Sunday, November 3, 2013

Kembara Taiwan - Bhg 1




Alhamdulillah minggu lepas aku berkesempatan ke Taipei, Taiwan selama 7 hari. Ini la first time naik kapal terbang tahun ni. Apa nak buat, jadual aku kini bukan lagi seperti dahulu. Gi Taiwan ni pun pasal ada workshop kat sana.

Penerbangan aku ke Taiwan menaiki China Airlines. Ini juga kali pertama aku naik airline lain selain AirAsia dan MAS. Perkhidmatan lebih kurang je, janji ada in-flight movie supaya aku tak bosan. Bab makanan pun takde masalah, tempah saja Halal Food masa buat tempahan tiket. Makanan khas akan sampai dulu sebelum makanan lain.

Pramugari: "Excuse me Mr Hadi, here is your halal meal as requested"
Aku: "Thank you"
Pramugari: "Would you like a beer or some wine with your meal?"
Aku: "LOL"

Di Taiwan sekarang cuaca memang best. Penghujung musim luruh, sejuk je sepanjang hari dan tak perlu nak berjaket kemana-mana. Salji belum turun, pergerakan pun tak terbatas.

Sampai di airport, benda pertama buat lepas kuar dari Imigresen pastinya cari simcard. Gile ke hapa nak roaming, aku belum cukup kaya lagi. Aku memilih simcard prepaid dari Chunghwa Telecom. 7 hari unlimited data! Aku bukan nak call sapa-sapa pun, nak guna data je. NTD500 (RM50) untuk 7 hari unlimited data, ok la tu. Tiada masalah untuk BBM, WhatsApp, FB, Twitter dan Instagram semua boleh.

Malam pertama lepak hotel je la. Sampai hotel pun dah pukul 9 malam, unpack dan bersedia je la untuk hari esok. Bilik besar, katil dua tapi aku dok sorang. Layankan je.


Awesome!


3 comments:

marmalade said...

hadi, thank you for the postcard! :) hehehehehe. just got it sebab haritu singgah ofis kejap.

marmalade said...

ohhhh i forgot another comment.
there was a time, i took british airlines from st petersburg to london. asked for halal food when did the booking so it should be ok kan? somehow when the food came - it was chicken and rice, gut feeling said, "wait mala, wait". because i don't think they know the concept halal. they would just think "pork".

true enough. my meal was the same as the others. chicken and rice.

eventhough atas makanan tu ada sticker halal. but hey, memang dah was-was kan. so nasib ada roti. makan jela roti. and nasib flight hanya 2 jam lebih. masuk MAS, bantai nasi lemak sambal udang! hahahahahahaha. heaveeeennnnn.

so next time, memang kena mintak... vegetarian!

Abd Hadi Hamzah said...

kalau ayam tu mmg was-was gak la. nasib baik China Airlines bagi nasi & ikan, so bedal je la.