Wednesday, November 20, 2013

Kembara Taiwan - Bhg 2




Good morning from Taipei!

Hari pertama workshop lebih kepada pengenalan diri dan organisasi serta pengenalan kursus. Dapat berkenal-kenal dengan para peserta dari 10 buah negara. Macam biasa lepas sesi perkenalkan diri, lecture bermula. Penerangan asas dulu, hari pertama la katakan.

Workshop ni tajuknya The 2013 International Training Workshop on Earth Sciences. Berkampung kat sini dari 28 Oktober - 1 November, 2013.

Tempat workshop pula di National Science and Technology Center for Disaster Reduction (NCDR), Minquan Road, Taipei, Taiwan. Berdekatan Dapinglin MRT Station. Tak jauh dari hotel menginap iaitu New Taipei Convention Center Hotel.


 Kelas.


Disini pukul 6 dah gelap macam pukul 8. Hari ni juga ada welcoming dinner untuk semua peserta. Aku awal-awal dah declare aku ni vegetarian (hahaha) dan minta hidangan sayuran atau seafood saja.

Tengok saja la menu yang dihidangkan:

Pork. Pork everywhere.


Malamnya aku dan geng dari negara-negara lain ke Shilin Night Market. Banyak pasar malam di seluruh Taiwan, tapi Shilin di Taipei ialah yang paling besar dan paling meriah. Pergi ke sana naik MRT. Lebih murah dan lebih pantas. 

Taipei ialah sebuah bandaraya yang mesra pelancong. Hampir semua papan tanda disini dalam dua bahasa dan memudahkan pergerakan. Orang Taiwan juga boleh berbahasa Inggeris, walaupun sebutan agak hancur. Jauh beza dengan situasi semasa aku di Beijing dulu.


Lautan manusia di Shilin.


Beli ikan guna tangguk.


Aku masih tak tau apa gerai ni jual.


Apa ada di Shilin? Secara asasnya tak jauh beza dengan pasar malam kat Malaysia ni. Pakaian, aksesori telefon, makanan dan ntah apa-apa lagi. Cuma sedikit saja barangan yang membuat nampak unik. Harga pun tak mahal mana, lebih kurang je dengan Malaysia.


Pasar malam ni ditutup tengah malam. Sempat la pusing-pusing kejap dan beli apa yang berkenan di mata. Aku pun tak membeli sangat, cuma lebih kepada merasai pengalaman.




Berakhir hari pertama workshop.

Sunday, November 3, 2013

Kembara Taiwan - Bhg 1




Alhamdulillah minggu lepas aku berkesempatan ke Taipei, Taiwan selama 7 hari. Ini la first time naik kapal terbang tahun ni. Apa nak buat, jadual aku kini bukan lagi seperti dahulu. Gi Taiwan ni pun pasal ada workshop kat sana.

Penerbangan aku ke Taiwan menaiki China Airlines. Ini juga kali pertama aku naik airline lain selain AirAsia dan MAS. Perkhidmatan lebih kurang je, janji ada in-flight movie supaya aku tak bosan. Bab makanan pun takde masalah, tempah saja Halal Food masa buat tempahan tiket. Makanan khas akan sampai dulu sebelum makanan lain.

Pramugari: "Excuse me Mr Hadi, here is your halal meal as requested"
Aku: "Thank you"
Pramugari: "Would you like a beer or some wine with your meal?"
Aku: "LOL"

Di Taiwan sekarang cuaca memang best. Penghujung musim luruh, sejuk je sepanjang hari dan tak perlu nak berjaket kemana-mana. Salji belum turun, pergerakan pun tak terbatas.

Sampai di airport, benda pertama buat lepas kuar dari Imigresen pastinya cari simcard. Gile ke hapa nak roaming, aku belum cukup kaya lagi. Aku memilih simcard prepaid dari Chunghwa Telecom. 7 hari unlimited data! Aku bukan nak call sapa-sapa pun, nak guna data je. NTD500 (RM50) untuk 7 hari unlimited data, ok la tu. Tiada masalah untuk BBM, WhatsApp, FB, Twitter dan Instagram semua boleh.

Malam pertama lepak hotel je la. Sampai hotel pun dah pukul 9 malam, unpack dan bersedia je la untuk hari esok. Bilik besar, katil dua tapi aku dok sorang. Layankan je.


Awesome!