Sunday, July 7, 2013

Eskandar Dzulkarnain Bin Abd Hadi




7 Julai 2013. Ahad. 7.00 pagi.

Pagi itu aku dikejutkan oleh isteri tersayang yang mengadu terasa sakit dan meminta ke hospital segera. Aku akur, sangkaku mungkin kerana anak dalam kandungan terlebih aktif dari biasa. Apatah lagi tarikh dijangka bersalin masih berbaki 7 hari.

Sampai di PPUM, isteriku check-in ke wad materniti dan ditahan sebentar untuk pemeriksaan doktor. Oleh kerana lelaki (termasuk suami) tidak dibenarkan masuk ke wad materniti, aku terpaksa menunggu di luar. Nurse situ memaklumkan aku supaya menelefon dalam tempoh sejam untuk mengetahui status selepas diperiksa doktor.

Aku menunggu dengan sabar. Layan handset, sejam tak terasa. Tepat sejam kemudian, aku menelefon wad materniti dan diberitahu bahawa "sudah terbuka 4cm". Aku agak kaget. Nurse memaklumkan aku supaya telefon lagi pada jam 12tgh untuk status seterusnya.

Pantas aku ke Hulu Kelang, pick-up mak mertua aku supaya dia boleh meneman isteriku di wad. Aku tahu isteriku perlukan segala sokongan (fizikal dan moral) dalam keadaan begitu. Pantas jua aku kembali ke PPUM bersama mak mertuaku.

Sesampainya di PPUM jam 11 pagi, kami terus ke wad materniti untuk bertanya status isteriku. Dengan non-chalant dan penuh selamba jer nurse tu jawab:


"Dah bersalin pun. Kejap ye, tengah uruskan baby"


Aku terlopong sebentar. Terduduk sekejap kat kerusi depan kaunter nurse tu. Blank sekejap fikiran aku.

Dan kemudian muncul seorang nurse menolak troli bayi. Dia minta aku azankan baby sebelum dihantar ke wad post-natal.

Aku sebenarnya takut nak pegang baby yang berusia dibawah 6 bulan a.k.a yang masih merah. Tapi saat nurse itu menghulur anak aku, dengan pantas dan kemas aku mendakap anakku. Rasa risau dan kaget tadi terus hilang. 

Perlahan aku bisikkan azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kirinya. Saat yang amat indah.

Alhamdulillah, setelah 7 tahun bergelar seorang suami, hari ini aku naik pangkat dan kini dah bergelar seorang bapa. Lahirnya anak lelaki aku setelah sabar menunggu sembilan bulan dalam kandungan. 

7 Julai 2013. Lahirnya Eskandar Dzulkarnain Bin Abd Hadi seberat 2.7kg pada jam 10.53 pagi.

Aku menitiskan air mata kegembiraan. 


 



Syukur ke hadrat-Mu ya Allah.

Friday, July 5, 2013

Genap Setahun Kau Pergi


Hari ini genap setahun zuriat pertamaku Cahaya Balqis kembali ke Rahmatullah. Tiada apa yang mampu kulakukan selain membersihkan pusara kecilnya dan menyedekahkan ayat-ayat suci alQuran kepadanya.

Moga kau tenang disana, sayang.

Al-Fatihah.

Monday, July 1, 2013

Metallica Live In Kuala Lumpur!




METALLICA IS COMING TO KL YEEAAAAAHHHHH!!!!