Monday, May 27, 2013

Roadtrip Pantai Timur - Bhg. 1

Alkisah aku tahun ni masih belum travel. Semua salah kerja yang berlambak-lambak. Apa nak buat, mencari sesuap nasi memang la kena kerja ye tak? Jadi bila akhirnya cuti dah dicairkan (sebelum ni dibekukan) aku apply cuti seminggu. Hasrat hati nak ke luar negara, tapi tiket flight last minit mahal. The next best thing - roadtrip!

Memandangkan aku dah lama sangat tak ke pantai timur, aku buat plan ke sana. Takyah nak fikir passport dan tukaran wang asing. Itinerary pun mudah, drive je satu pusingan besar dan singgah ke tempat2 menarik yang aku jumpa. Hotel pun takyah booking. Dengan lafaz Bismillah, bermulalah roadtrip.

KL - Cameron Highland - Gua Musang - Kota Bharu - Tasik Kenyir - Kuala Terengganu - Cherating - Temerloh - KL


Pitstop #1: Cameron Highland


Dari KL terus ke Cameron Highland. Mahu menikmati cuaca sejuk, strawberi coklat dan teh blackcurrant. Seperti yang dijangka, hotel semua kosong dan harga murah. RM50 satu malam yo!

Tiada apa agenda pun disini. Pasar malam Brinchang juga tak bukak. Bukak masa weekend je kot. Melahap steambot panas dikala cuaca bersuhu 22°Celcius dan bermalam disini. 



Pitstop #2: Kota Bharu, Kelantan


Esoknya terus ke pekan Gua Musang, Kelantan. Lunch dan rehat sebelum bertolak ke Kota Bharu.

Kali terakhir aku ke Kelantan ialah 13 tahun lepas. Itu pun pasal ada kursus 3 hari 2 malam yang aku pun dah lupa apa isinya. Jadi roadtrip kali ni aku manfaat sepenuhnya untuk teroka tempat-tempat yang biasa aku dengar tapi tak pernah sampai.

Antara tempat yang aku singgah lawat:

  • Air Terjun Gunung Stong - Tinggi. Pastu kena bayar nak masuk. No thanks.
  • Zon Bebas Cukai Rantau Panjang - Baju2 murah. Sepelaung dari Golok.
  • Wakaf Che Yeh - macam uptown je. Penuh dengan baju Siam dan rokok elektronik.
  • Pasar Siti Khadijah - pasar tani. Macam-macam bau ada sini. Ugh.
  • Pantai Cahaya Bulan - pantai ni langsung takde angin. Maggi ketam sedap.

Tapi alang-alang dah sampai Serambi Mekah, wajib lawat......




 Buddha Berdiri!



Buddha Duduk!



Buddha Baring!


Dan yang paling awesome...

Tyrannosaurus Rex!



Aku pun confuse kenapa ada Dinosaur dalam tokong Buddha tu.

Secara keseluruhan aku puas hati dengan lawatan ke sini. At least dah sampai beberapa tempat baru dan dapat refresh memori aku kat negeri ni.

Bermalam di Kota Bharu dan rehat sebelum ke destinasi seterusnya.

No comments: