Saturday, February 9, 2013

Jalan-Jalan Hujung Minggu: Hatyai & Songkhla

Hujung minggu lepas aku ke Hatyai lagi. Aku sendiri dah lupa dah berapa kali aku datang sini. Kira macam dah biasa la kononnya. Tapi masih ada beberapa destinasi di sana yang aku belum tiba. 

Antaranya: Hatyai Cable Car.

Macam biasa, aku naik bas terus ke Hatyai. Sampai di Hatyai dalam pukul 12 tghari, check-in hotel, lunch dan terus ke destinasi.



Hatyai Cable Car ni terletak dalam Hatyai Municipal Park, dekat sangat dengan Hatyai Ice Dome. Itu pun salah satu tempat yang aku belum masuk, tapi rasanya takkan pergi kut. Setakat masuk dalam peti ais baik aku gi i-City Shah Alam je.

Tiket naik cable car n ialah 200 baht (RM20) untuk return trip. Jarak pun tak jauh macam cable car Langkawi, setakat manja-manja je. Boleh la buat lepas gian naik cable car.



Kat atas bukit tu macam biasa la ada tokong Buddha dengan pelbagai patung buddha emas, patung Hanuman, gajah kepala tiga dan tah-hapa-hapa lagi. Ada jugak pakej sembahan untuk penganut agama Buddha.

Bau colok agak tengik kat depan tokong tu.



Apa pun, pemandangan dari atas bukit ni memang cantik. Boleh nampak keseluruhan kawasan Hatyai & Songkhla. Kebetulan kat stesen cable car tu ada kafe, so bole la menghirup kopi sambil layan panorama alam. 

Serius layann....









Dah penat pusing-pusing atas bukit tu, balik hotel dan dinner. Malam gi layan show cabaret lak. Masa aku gi Phuket dulu pun ada gak layan show cabaret, so aku nak tengok gak Hatyai punya show.

Show cabaret ni kat Hansa Plaza, tiket boleh dibeli kat ejen tiket yang berlambak kat Hatyai tu. Tiket berharga 400 baht (RM40).

Apa pun, cabaret Hatyai memang takleh lawan cabaret Phuket. Berbaloi la kot dengan harga tiket, kat Phuket 800 baht (RM80). Seleksi lagu pun lagi best kat Phuket.




Lagu yang paling best: Dikir Puteri!




Okeh, esok aku nak ke Songkhla lak.


10 comments:

Ady skywalker said...
This comment has been removed by the author.
Ady skywalker said...
This comment has been removed by the author.
Ady skywalker said...

Bro kau slalu ker overland ke thailand? Mcm ni bleh jadi geng

Ady skywalker said...
This comment has been removed by the author.
Ady skywalker said...

Slalu turun thailand overland ke by air

Abd Hadi said...

Boleh je bro... ada geng lagi best nak travel :) biasa ke thailand overland je

Ady skywalker said...

Ok mcm tu.. Naik keta apa?.. Thailand sampai mana dah?

Abd Hadi said...

selalunya naik bas. malas nak drive + minyak Thai lagi mahal. Bhg selatan je baru, Bangkok & Chiang Mai x sampai lagi.

Ady skywalker said...

Ooo bas.. Ok laa . Aku naik keta je tak penah bas.. Da sampai laos ..

Abd Hadi said...

naik kereta sampai Laos? Respek! Aku ada plan nak drive ke Bangkok nanti. Masih dlm proses merancang.