Thursday, December 12, 2013

Kembara Taiwan - Bhg 3: Taipei 101




Kalau dah sampai Taiwan, takkan lengkap kalau tak melawat Bangunan Taipei 101, bangunan yang menewaskan KLCC dari segi ketinggian. 

Asalnya acara melawat ni tiada dalam jadual, tapi penganjur buat juga pasal ada request dari peserta. Alang-alang dah sampai kan.




Disini juga aku merasa gempa bumi berukuran 6.7 di skala Richter. Seram gak. First time rasa gempa bumi. Tapi bagusnya bangunan ni dibina kalis gempa memandangkan Taiwan memang selalu dilanda gempa bumi. 

Sayang sekali malam tu kabus sangat tebal, pemandangan luar pun tak berapa jelas. 




Tiket naik berharga 450 Taiwan Dolar, tapi kami naik free. Untungla kan.




Paling tak puas hati bila open air observatory ditutup dek gempa bumi dan kabus yang sangat tebal. Oh well, next trip maybe? :p


Wednesday, November 20, 2013

Kembara Taiwan - Bhg 2




Good morning from Taipei!

Hari pertama workshop lebih kepada pengenalan diri dan organisasi serta pengenalan kursus. Dapat berkenal-kenal dengan para peserta dari 10 buah negara. Macam biasa lepas sesi perkenalkan diri, lecture bermula. Penerangan asas dulu, hari pertama la katakan.


 Kelas.


Disini pukul 6 dah gelap macam pukul 8. Hari ni juga ada welcoming dinner untuk semua peserta. Aku awal-awal dah declare aku ni vegetarian (hahaha) dan minta hidangan sayuran atau seafood saja.

Tengok saja la menu yang dihidangkan:

Pork. Pork everywhere.


Malamnya aku dan geng dari negara-negara lain ke Shilin Night Market. Banyak pasar malam di seluruh Taiwan, tapi Shilin di Taipei ialah yang paling besar dan paling meriah. Pergi ke sana naik MRT. Lebih murah dan lebih pantas. 

Taipei ialah sebuah bandaraya yang mesra pelancong. Hampir semua papan tanda disini dalam dua bahasa dan memudahkan pergerakan. Orang Taiwan juga boleh berbahasa Inggeris, walaupun sebutan agak hancur. Jauh beza dengan situasi semasa aku di Beijing dulu.


Lautan manusia di Shilin.


Beli ikan guna tangguk.


Aku masih tak tau apa gerai ni jual.


Apa ada di Shilin? Secara asasnya tak jauh beza dengan pasar malam kat Malaysia ni. Pakaian, aksesori telefon, makanan dan ntah apa-apa lagi. Cuma sedikit saja barangan yang membuat nampak unik. Harga pun tak mahal mana, lebih kurang je dengan Malaysia.

Pasar malam ni ditutup tengah malam. Sempat la pusing-pusing kejap dan beli apa yang berkenan di mata. Aku pun tak membeli sangat, cuma lebih kepada merasai pengalaman.




Berakhir hari pertama workshop.

Sunday, November 3, 2013

Kembara Taiwan - Bhg 1




Alhamdulillah minggu lepas aku berkesempatan ke Taipei, Taiwan selama 7 hari. Ini la first time naik kapal terbang tahun ni. Apa nak buat, jadual aku kini bukan lagi seperti dahulu. Gi Taiwan ni pun pasal ada workshop kat sana.

Penerbangan aku ke Taiwan menaiki China Airlines. Ini juga kali pertama aku naik airline lain selain AirAsia dan MAS. Perkhidmatan lebih kurang je, janji ada in-flight movie supaya aku tak bosan. Bab makanan pun takde masalah, tempah saja Halal Food masa buat tempahan tiket. Makanan khas akan sampai dulu sebelum makanan lain.

Pramugari: "Excuse me Mr Hadi, here is your halal meal as requested"
Aku: "Thank you"
Pramugari: "Would you like a beer or some wine with your meal?"
Aku: "LOL"

Di Taiwan sekarang cuaca memang best. Penghujung musim luruh, sejuk je sepanjang hari dan tak perlu nak berjaket kemana-mana. Salji belum turun, pergerakan pun tak terbatas.

Sampai di airport, benda pertama buat lepas kuar dari Imigresen pastinya cari simcard. Gile ke hapa nak roaming, aku belum cukup kaya lagi. Aku memilih simcard prepaid dari Chunghwa Telecom. 7 hari unlimited data! Aku bukan nak call sapa-sapa pun, nak guna data je. NTD500 (RM50) untuk 7 hari unlimited data, ok la tu. Tiada masalah untuk BBM, WhatsApp, FB, Twitter dan Instagram semua boleh.

Malam pertama lepak hotel je la. Sampai hotel pun dah pukul 9 malam, unpack dan bersedia je la untuk hari esok. Bilik besar, katil dua tapi aku dok sorang. Layankan je.


Awesome!


Tuesday, October 1, 2013

Rumahku Syurgaku.



Setelah setahun menunggu, akhirnya rumah yang aku beli dah siap dibina dan dah dapat CF. Kunci pun dah berada di tangan, dan kini hanya tunggu masa nak pindah.

Tapi sebelum pindah memang banyak lagi perkara kena ambil kira. Keperluan pasang grill, tinted cermin, basuh rumah, pasang lampu & kipas, etc etc selain logistik nak berpindah. Buat masa ini barang-barang kecil dah start dibungkus dan dikotakkan. Nak cari lori je untuk pindah sofa, peti sejuk & almari.

Akhirnya dah tak perlu menyewa. Tak perlu lagi bayar mahal2 setiap bulan untuk rumah yang bukan milik aku. 

Alhamdulillah.

Saturday, September 14, 2013

Matinya Sebuah Wii.

Selepas 6 tahun berkhidmat, Nintendo Wii aku dah tak berfungsi. Tak tahu apa yang rosak. Nak repair, aku banyak kepentingan lain yang perlukan wang. Nak repair dan jual, ada lagi ke orang yang nak beli Wii?

Simpan dulu kot.

Secara kebetulan jua PlayStation 4 bakal dilancarkan November ni. Kebetulan? Hehehe....





Monday, August 26, 2013

Metallica. Akhirnya Tiba Jua Di Malaysia.



21 Ogos 2013.

Akhirnya setelah sekian lama menunggu, Metallica sampai gak ke Malaysia. Bagai mimpi jadi kenyataan bila first time aku dapat berita ni. Layan Metallica sejak sekolah lagi dan kini bakal beraksi secara live depan mata. Mana boleh aku lepaskan peluang ni.


 Headbangers United.


Stadium Merdeka, KL. Actually aku pun belum pernah sampai sini. Kira rekod jugak la aku bertandang ke sini. 

Sekitar jam 3 petang dah ribuan yang menunggu kat luar stadium. Macam-macam gerai ada tapi kebanyakannya jual baju, headband, wristband dan makanan/minuman. Juga ada official merchandise kiosk tapi design macam tak berapa cun. 

Apa yang aku perhatikan, yang datang konsert 90% berusia 30 tahun ke atas. Tak memeranjatkan, aku pun salah seorang jugak :) Juga ada peminat berusia lebih 50 tahun dan bawak anak-anak datang layan. Respek!


 Soundcheck session.


Pukul 7 petang, pintu dibuka dan ribuan peminat menyerbu masuk. Tapi bagus juga semua peminat berdisiplin dan tak berasak-asak. Peminat matang la katakan.

Pukul 7.30 petang, Cromok memulakan opening act. Pun satu lagi band yang aku layan sejak sekolah lagi. Suara tetap maintain! Usia memang bukan penghalang.

Metallica dijadual beraksi jam 9 malam. Tapi hebatnya mereka, persembahan dimulakan 15 minit lebih awal! Agaknya diorang pun hayati falsafah PTD, on time is already late :p


 James Hetfield!

 Kirk Hammett!


The Ecstasy of Gold 
Hit the Lights 
Master of Puppets 
Fuel 
Harvester of Sorrow 
Fade to Black 
Ride the Lightning 
Cyanide 
Welcome Home (Sanitarium) 
Sad but True 
Orion 
One 
For Whom the Bell Tolls 
Blackened 
Nothing Else Matters 
Enter Sandman 
Encore:
Creeping Death 
Battery 
Seek & Destroy 


 Hammett & Trujillo mengibar Jalur Gemilang


Tiada kata yang mampu aku tulis untuk gambarkan perasaan aku menonton kehebatan persembahan mereka malam itu. Apa yang aku tunggu sekian lama akhirnya terzahir depan mata. 18 lagu didendang penuh tenaga. Sudah tentu aku (dan 30,000 lagi penonton) mahukan lebih.

Seperti kata Hetfield malam itu: "After 31 years, of course you deserved more".



Hetfield, Ulrich, Hammett & Trujillo


Sebuah persembahan yang EPIK. Terima kasih, Metallica!

Tuesday, August 20, 2013

Aidilfitri 2013

Antara perkara yang aku suka buat masa Hari Raya ialah beraya ke rumah geng-geng. Memang la orang kata itu dah macam kemestian, tapi aku rasa macam dah lama tak betul-betul berkunjung kesana-sini. Seronok gi beraya ni lain feeling dari gi suka-suka masa hari biasa.

Antara rumah rakan-rakan yang sempat dikunjungi Aidilfitri tahun ni;

 Hasina @ Parit Buntar. Terima kasih kerana dapatkan diskaun untuk homestay terhebat dan bawak kami makan mee ketam berasap. 


 Akmal @ Alor Setar.


 Shuko & Pae @ Jitra.


Bad @ Anak Bukit. 


Shira & Ila @ Sri Manjung.



OK la kan?

Wednesday, August 7, 2013

Selepas Sebulan




Hari ini 7 Ogos 2013. Genap sebulan Eskandar Dzulkarnain dilahirkan dan genap sebulan jua aku bergelar seorang ayah. Ada perubahan? Of course!

  • Banyak ucapan tahniah dan kesyukuran yang kami terima selepas kelahiran Eskandar. Dan hampir semua kawan-kawan yang dah ada anak turut ucap "selamat berjaga malam". Awalnya aku sekadar senyum dan faham. Tapi bila dah alami, hahaha horror gak rupanya. Perasaannya lagi liat dari nak bangun sahur. Tapi mengenangkan cahaya mata sendiri, Alhamdulillah semuanya lancar. 
  • Aku perasan berat badan aku turun sikit. Besar kemungkinan pasal tak cukup tidur dan juga sebab bulan Ramadhan. Ada gak beberapa rakan yang tegur, tapi aku layan je la. Bila timbang, sah turun 3 kg. Haha thanks Eskandar :p 
  • Sejak dah jadi ayah, mula juga kenal dengan jenama Fiffy, Medela, Spectra3, PetPet dan ntah hapa hapa lagi jenama barangan baby. Puas jugak la nak buat reserach nak dapatkan barangan yang berbaloi dan berkualiti untuk Eskandar. 
  • Sebulan juga aku tak sempat bercukur. Dah macam rumput karpet bulu kat pipi aku ni hahaha.
  • Sekali tu aku bawa satu family berbuka diluar. Habis separuh kereta dengan barang Eskandar je. Fuhh ada hikmah juga aku eksiden bulan 11 aritu. Kalau kereta lama aku tu memang konfirm takkan muat.
  • Buat satu akaun Facebook khas untuk Eskandar. Disitu aku masukkan gambar-gambar dia sebagai memori membesar. Aku tak mahu banjiri akaun aku dengan gambar bayi. Aku tahu itu sangat annoying pada rakan-rakan yang belum berkahwin & yang belum dapat rezeki. Aku jua salah seorang seperti mereka sebelum dikurniakan rezeki.
  • Esok hari raya Aidilfitri. Baju raya aku recycle je tahun lepas punya. Fokus lebih untuk barang-barang baby. Sapa peduli pun kalau recycle baju kan?
  • Semua plan travel tahun ni aku batalkan. Ada dua tiga destinasi yang dirancang tapi aku tunda hingga Eskandar boleh naik kapal terbang. Tak kemana la aku tahun ni. Kecuali 24 Ogos nanti hehehe...
  • Sejak dah jadi ayah ni aku sangat tersentuh hati bila dengar lagu Mockingbird nyanyian Eminem. Feeling dah lain. Boleh bikin nangis woo...



Apa pun, kehidupan memang sudah mula berubah. Dan perubahan ini insya Allah bakal mematangkan kami dalam segala aspek. 7 tahun kami menunggu, dan akhirnya rezeki tiba jua. Apa yang boleh aku kata, semua orang ada rezekinya. Cuma masa bakal menentukan insya Allah.

Dan di kesempatan ini juga aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin!

Sunday, July 7, 2013

Eskandar Dzulkarnain Bin Abd Hadi




7 Julai 2013. Ahad. 7.00 pagi.

Pagi itu aku dikejutkan oleh isteri tersayang yang mengadu terasa sakit dan meminta ke hospital segera. Aku akur, sangkaku mungkin kerana anak dalam kandungan terlebih aktif dari biasa. Apatah lagi tarikh dijangka bersalin masih berbaki 7 hari.

Sampai di PPUM, isteriku check-in ke wad materniti dan ditahan sebentar untuk pemeriksaan doktor. Oleh kerana lelaki (termasuk suami) tidak dibenarkan masuk ke wad materniti, aku terpaksa menunggu di luar. Nurse situ memaklumkan aku supaya menelefon dalam tempoh sejam untuk mengetahui status selepas diperiksa doktor.

Aku menunggu dengan sabar. Layan handset, sejam tak terasa. Tepat sejam kemudian, aku menelefon wad materniti dan diberitahu bahawa "sudah terbuka 4cm". Aku agak kaget. Nurse memaklumkan aku supaya telefon lagi pada jam 12tgh untuk status seterusnya.

Pantas aku ke Hulu Kelang, pick-up mak mertua aku supaya dia boleh meneman isteriku di wad. Aku tahu isteriku perlukan segala sokongan (fizikal dan moral) dalam keadaan begitu. Pantas jua aku kembali ke PPUM bersama mak mertuaku.

Sesampainya di PPUM jam 11 pagi, kami terus ke wad materniti untuk bertanya status isteriku. Dengan non-chalant dan penuh selamba jer nurse tu jawab:


"Dah bersalin pun. Kejap ye, tengah uruskan baby"


Aku terlopong sebentar. Terduduk sekejap kat kerusi depan kaunter nurse tu. Blank sekejap fikiran aku.

Dan kemudian muncul seorang nurse menolak troli bayi. Dia minta aku azankan baby sebelum dihantar ke wad post-natal.

Aku sebenarnya takut nak pegang baby yang berusia dibawah 6 bulan a.k.a yang masih merah. Tapi saat nurse itu menghulur anak aku, dengan pantas dan kemas aku mendakap anakku. Rasa risau dan kaget tadi terus hilang. 

Perlahan aku bisikkan azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kirinya. Saat yang amat indah.

Alhamdulillah, setelah 7 tahun bergelar seorang suami, hari ini aku naik pangkat dan kini dah bergelar seorang bapa. Lahirnya anak lelaki aku setelah sabar menunggu sembilan bulan dalam kandungan. 

7 Julai 2013. Lahirnya Eskandar Dzulkarnain Bin Abd Hadi seberat 2.7kg pada jam 10.53 pagi.

Aku menitiskan air mata kegembiraan. 


 



Syukur ke hadrat-Mu ya Allah.

Friday, July 5, 2013

Genap Setahun Kau Pergi


Hari ini genap setahun zuriat pertamaku Cahaya Balqis kembali ke Rahmatullah. Tiada apa yang mampu kulakukan selain membersihkan pusara kecilnya dan menyedekahkan ayat-ayat suci alQuran kepadanya.

Moga kau tenang disana, sayang.

Al-Fatihah.

Monday, July 1, 2013

Metallica Live In Kuala Lumpur!




METALLICA IS COMING TO KL YEEAAAAAHHHHH!!!!



Wednesday, June 19, 2013

Selepas Setahun Dibela



Membela janggut selama setahun. Aku tak mengharap jadi macam Gandalf, tak larat nak syampu kalau panjang camtu. Cuma aku rasa muka aku lebih sesuai bila ada facial hair. 

Bila dah panjang camni, mula la rakan-rakan menegur. Ada yang respek, ada yang minta petua kesuburan, ada yang geli, ada yang nak belai dan ada yang stim. Pernah juga dikata serupa pemain bass System Of A Down

Aku tak pasti sampai bila nak simpan. Nak biar terus memanjang atau potong pendek sikit. Kalau cukur licin aku tak selesa, asyik gatal dagu bila nak tumbuh kembali.

Apa pendapat korang?

Saturday, June 15, 2013

Review - Man of Steel




  • Jalan cerita - agak confusing.
  • Action - awesome, explosive, epic. *two thumbs up*
  • Tiada "kneel before Zod!"
  • Selepas kecewa dengan Superman Returns yang maha bosan tu, aku rasa movie ni OK. Not perfect, just OK. At least non-stop action dan kurang emo.






Thursday, May 30, 2013

Roadtrip Pantai Timur - Bhg. 2


Roadtrip bermula selepas checkout dari hotel dan terus ke destinasi seterusnya: Terengganu. Tapi bukan terus ke Kuala Terengganu sebaliknya aku pergi ke satu lagi destinasi yang dah lama aku teringin nak jejak:

Tasik Kenyir.








Memang cantik dan tenang disini. Walaupun jalan nak masuk agak jauh dan menyeramkan (tiada lampu jalan), namun memang berbaloi kalau nak lepak sini 2-3 malam dan relaks. Lagi best kalau anda suka memancing. Aku takde kesabaran nak memancing :p

Aku sampai disitu dalam jam 4.30 petang. Dari jalan besar nak cecah Tasik Kenyir dalam 40 minit drive. Oleh kerana aku tak bercadang nak bermalam situ (harga mahal woi) dan jalan masuk langsung takde lampu, aku bergerak ke Kuala Terengganu dalam jam 6 petang. Insya-Allah aku akan kembali ke Tasik Kenyir lagi. Maybe lepak 1-2 malam.

Bermalam di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.

Destinasi pertama keesokan hari ialah Taman Tamadun Islam. Teringin nak melawat Masjid Kristal dan replika-replika masjid seluruh dunia di sini.



Masjid Kristal


 Masjid As Sakhra, Palestin


 Masjid Sulemaniye, Turki


 Masjidil Haram, Mekah


Aku tak ingat berapa jumlah keseluruhan replika masjid kat sini, tapi tak larat aku nak amik gambar semua. Mana yang sempat je la. Ada beberapa replika yang turut menyediakan ruang tayangan video dan ruang pameran artifak untuk menambah info.

Tapi sebenarnya yang paling menarik perhatian aku ialah cycle buggy yang aku sewa ni. Mana nak beli eh? Cambest lak :p


Cycle buggy!


3-4 jam juga aku habiskan disini. Tapi rasa macam tak cukup gak pasal masih banyak monumen yang belum aku belek betul-betul. Takpe, boleh je nak datang lain kali.

Waktu pun dah tengahari, kebetulan member sekolah pulak ada kat rumah mertua dia kat Pasir Panjang, so terus je lah kesana. Thanks for lunch bro!


 Kampung style!

Warning: jagan makan melampau bila nak drive jauh di waktu cuaca panas. Mengantuk woi.

Lalu di Pantai Kuala Abang, nampak cambest je tido tei pantai. So stop la kejap tidur dulu.





Next and final pitstop: Cherating. Sekadar nak lelapkan mata dan rehatkan badan sebelum terus kembali ke Kuala Lumpur.









Monday, May 27, 2013

Roadtrip Pantai Timur - Bhg. 1

Alkisah aku tahun ni masih belum travel. Semua salah kerja yang berlambak-lambak. Apa nak buat, mencari sesuap nasi memang la kena kerja ye tak? Jadi bila akhirnya cuti dah dicairkan (sebelum ni dibekukan) aku apply cuti seminggu. Hasrat hati nak ke luar negara, tapi tiket flight last minit mahal. The next best thing - roadtrip!

Memandangkan aku dah lama sangat tak ke pantai timur, aku buat plan ke sana. Takyah nak fikir passport dan tukaran wang asing. Itinerary pun mudah, drive je satu pusingan besar dan singgah ke tempat2 menarik yang aku jumpa. Hotel pun takyah booking. Dengan lafaz Bismillah, bermulalah roadtrip.

KL - Cameron Highland - Gua Musang - Kota Bharu - Tasik Kenyir - Kuala Terengganu - Cherating - Temerloh - KL


Pitstop #1: Cameron Highland


Dari KL terus ke Cameron Highland. Mahu menikmati cuaca sejuk, strawberi coklat dan teh blackcurrant. Seperti yang dijangka, hotel semua kosong dan harga murah. RM50 satu malam yo!

Tiada apa agenda pun disini. Pasar malam Brinchang juga tak bukak. Bukak masa weekend je kot. Melahap steambot panas dikala cuaca bersuhu 22°Celcius dan bermalam disini. 



Pitstop #2: Kota Bharu, Kelantan


Esoknya terus ke pekan Gua Musang, Kelantan. Lunch dan rehat sebelum bertolak ke Kota Bharu.

Kali terakhir aku ke Kelantan ialah 13 tahun lepas. Itu pun pasal ada kursus 3 hari 2 malam yang aku pun dah lupa apa isinya. Jadi roadtrip kali ni aku manfaat sepenuhnya untuk teroka tempat-tempat yang biasa aku dengar tapi tak pernah sampai.

Antara tempat yang aku singgah lawat:

  • Air Terjun Gunung Stong - Tinggi. Pastu kena bayar nak masuk. No thanks.
  • Zon Bebas Cukai Rantau Panjang - Baju2 murah. Sepelaung dari Golok.
  • Wakaf Che Yeh - macam uptown je. Penuh dengan baju Siam dan rokok elektronik.
  • Pasar Siti Khadijah - pasar tani. Macam-macam bau ada sini. Ugh.
  • Pantai Cahaya Bulan - pantai ni langsung takde angin. Maggi ketam sedap.

Tapi alang-alang dah sampai Serambi Mekah, wajib lawat......




 Buddha Berdiri!



Buddha Duduk!



Buddha Baring!


Dan yang paling awesome...

Tyrannosaurus Rex!



Aku pun confuse kenapa ada Dinosaur dalam tokong Buddha tu.

Secara keseluruhan aku puas hati dengan lawatan ke sini. At least dah sampai beberapa tempat baru dan dapat refresh memori aku kat negeri ni.

Bermalam di Kota Bharu dan rehat sebelum ke destinasi seterusnya.

Saturday, May 25, 2013

Review - Fast & Furious 6



  • Faster & more Furious than ever.
  • The Rock returns, with bigger arms.
  • Vin Diesel, still the family man.
  • Tyrese Gibson, still the comic relief.
  • Finally the story comes full circle. Now Fast & Furious: Tokyo Drift actually makes sense.
  • Tanks! Planes! Gravity-defying physics!
  • JASON STATHAM!
  • Now i can't wait for Fast & Furious 7.


Saturday, May 18, 2013

Review - Star Trek Into Darkness




  • Star Trek kembali lagi!
  • Benedict Cumberbatch! (Nama yang sungguh British)
  • Lagi banyak aksi!
  • Klingon! Tapi apahal sekejap sangat
  • Alice Eve = pointless.
  • Scotty penyelamat keadaan.
  • Intergalactic bromance yo
  • KHAAAANNNNNNNNN!!!!
  • Lensflare masih banyak. Gile silau.
  • Ending scene serupa Star Trek II: The Wrath of Khan. Tukar orang je.
  • Layan la, best gak citer ni.