Wednesday, September 26, 2012

Ceramah & Penceramah



Alkisah aku baru pulang dari sebuah kursus di luar negeri. Minggu depan ada lagi kursus yang akan aku hadiri, cuma lokasi di utara Semenanjung pula.

Aku tak kisah ke kursus, malah sangat mengalu-alukan kalau kursus yangditawarkan itu memang aku minati dan boleh memberi manfaat sama ada kepada kerja harian. Kursus juga adalah salah satu cara rehat sebentar dari tugasan harian dan bertemu sahabat seangkatan dan berkenalan sekaligus menambah networking

Slot ceramah memang tak boleh nak dielak. Itu sudah pasti ada. Kadangkala penceramah dalaman, kadangkala penceramah luaran. Itu tidak penting. Yang penting ialah isi ceramah, dan gaya penceramahan. Dah banyak kursus yang aku ikuti, dan aku yakin hampir setiap kursus ada golongan penceramah begini.


  • Bosan Dan Delusional
Penceramah bosan ni ada banyak. Membosankan kerana lari tajuk, nada suara yang monotonous, membaca dari slide, yang tak faham tajuk dan gaya penyampaian yang membuai peserta ke alam mimpi. Dan dia rasa peserta sangat berminat!

  • Bil Air Tertunggak
Biasanya penceramah ialah lelaki berusia separuh abad dan berambut tipis di tengah. Setiap kali ceramah akan ada menyelitkan topik pengalaman malam pertama, tips gagah di ranjang dan kegelisahan bila hujan pada malam Jumaat. Kononnya nak menyegarkan peserta dengan elemen lucu, buat malu je ada la.

  • Mat Tengking
Penceramah jenis ni sangat la tak digemari. Bercakap macam nak mengulum mikrofon dan pecahkan gendang telinga peserta. Ada beza ye antara berceramah dan memekik. Tidak diketahui sama ada dia sangat suka dengar suara dia sendiri.

  • Pengantin Dalam Kelambu
Ini juga antara penceramah yang tak digemari. Bukan bercakap, tapi lebih kepada berbisik. Bila ceramah dah macam siaran DJ Klasik Nasional di waktu malam, jangan la hairan bila peserta mula tidur / berborak / melukis / lepak toilet hisap rokok.

  • Hanya Aku Yang Betul
Yang ini lebih kepada masalah ego. Semua pendapat lain adalah salah. Semua pertanyaan yang memberi cadangan berbeza adalah salah. Semua teguran adalah salah. Lantak kau la.



Apa boleh buat? Isi je la borang penilaian kursus!

Wednesday, September 12, 2012

Panduan Jalan Darat Ke Koh Samui



Ada dua cara dari Kuala Lumpur ke Koh Samui melalui jalan darat; sama ada naik bas atau drive sendiri. Kedua-dua aku dah buat, jadi aku nak berkongsi caranya :D

Naik Bas:

  • Bas dari KL ke Hatyai tiket berharga RM45. Pilihan terbaik ialah naik bas pukul 8 atau 10 malam untuk sampai ke sempadan waktu subuh esoknya sebelum terus ke Hatyai.
  • Dari Hatyai, pergi ke mana-mana travel counter dan amik pakej Van + Feri ke Koh Samui. Harga dalam 400-500 Baht (RM40-50). 
  • Dari Hatyai van akan mengambil masa 5 jam untuk sampai ke pekan Surat Thani sebelum terus ke jeti Donsak. 
  • Dari feri Don Sak, bergantung pada travel agent, naik feri terus ke Koh Samui. Perjalanan feri mengambil masa 1 jam 30 minit.

Drive Sendiri:
  • Drive dari KL ke Bukit Kayu Hitam, selesaikan urusan insurans dan pasport di imigresen sebelum drive terus ke Hatyai. Bayaran insurans bawa masuk kenderaan ke Thailand ialah RM25 untuk 9 hari.
  • Dari Hatyai, pandu ikut Lebuhraya 41 terus ke Surat Thani. Kalau ada GPS, set terus ke Don Sak Ferry Pier. Tiada sebarang tol dari Hatyai ke Don Sak.
  • Tiba di Don Sak, beli tiket Raja Ferry, ini satu-satunya perkhidmatan feri yang membawa penumpang dan kenderaan ke Koh Samui. 
  • Harga tiket feri ialah 470 Baht (RM47) bagi Pemandu + Kenderaan.
  • Harga tiket feri bagi penumpang biasa ialah 150 Baht (RM15).
  • Perjalanan feri selama 1 jam 30 minit dan akan berlabuh di Lipa Noi, Koh Samui.

Mudah saja sebenarnya. Sebelum ni aku ke Krabi melalui jalan darat pun sama saja sehingga ke Hatyai. Hatyai sebagai pusat transit perjalanan sama ada bas, kereta, keretapi atau kapal terbang.

Kembara lepas ni mungkin nak naik terus ke Bangkok dan Chiang Mai pula, insya Allah :)

Sunday, September 9, 2012

Kembara Koh Samui - Bhg 3

Seterusnya kami terus ke Chaweng Beach, pantai utama yang menjadi tumpuan para pelancong. Walaupun kawasan ni sangat komersial, namun pantainya masih lagi cantik dan kebiruan. Banyak sungguh yang berjemur kat sini. 

Jalan-jalan sampai lapar, kemudian singgah di Restoran Fareast. Seperti biasa, isi perut dulu. restoran ni agak popular di Chaweng Beach memandangkan tak banyak restoran halal di kawasan Chaweng. Tak kisah la, janji ada.





Selesai mengalas perut, kami meneroka segala ceruk kawasan Chaweng. Sempat juga singgah di Samui Airport, saja nak bergambar.

Agenda seterusnya nak mengunjungi Big Buddha, patung besar di atas bukit. Namun rupanya lokasi agak jauh dan macam buang masa je. Jadi lepak saja di kawasan Chaweng.

Malamnya kami ke Chaweng Walking Street.

Tak jauh beza dengan night market di Hatyai, Krabi dan Phuket. Barangan yang hampir sama.






Kemudian kami ke Soi Green Mango, kawasan nightlife Chaweng. hebat juga dengan bar, kelab-kelab muzik elektronik, restoran dengan live band, kabaret pondan dan persembahan showgirls Rusia. Tidak dilupakan juga deretan pusat-pusat urut yang amat murah.

Hebat. Tapi still tak boleh lawan Phuket.

Jam 11.00 malam, kami bergerak pulang ke Lamai. Ada satu lagi agenda kami sebelum pulang ke hotel: pertandingan tomoi.




Pertandingan tomoi bila ditonton secara live sangat beza feelingnya. Terasa kemeriahan para penyokong, kekuatan hayunan kaki dan penumbuk, keghairahan gadis-gadis manis separa bogel mempromosi minuman dan keseronokan para pengunjung.

Announcer lantang bagi ulasan. Haram tak faham, cakap Siam.

Selain dari lelaki VS lelaki, ada juga wanita VS wanita. Penampilan intimewa: pondan VS pondan. Agak kelakar.




Sekitar jam 1.00 pagi kami dah keletihan amat. Balik hotel & tidur.

Esok pagi akan checkout dan ke Hatyai pula.

Saturday, September 8, 2012

Kembara Koh Samui - Bhg 2




Pagi di Samui. Bangun tidur disambut dengan deruan ombak dan semangat jelajah pulau.

Memandangkan kami ada kenderaan sendiri, jadi tak perlu nak ikut sebarang tour. Segalanya boleh dijejaki berdasarkan GPS Garmin. Tempat pertama kami pergi ialah Samui Aquarium & Tiger Zoo. Melihat harga masuk berharga 950 Baht (RM95), kami terus blah. Gile mahal takat nak tengok ikan dan harimau.





Destinasi seterusnya ialah Baan Chang Elephant Trekking. Ini juga merupakan pengalaman pertama kami menaiki gajah. Tak jauh beza dengan menaiki kuda, pergerakan pinggang amat penting :p

Gajah kami bernama Anita, baru berusia 25 tahun. Ditemani penjaga gajah, kami berpusing-pusing dalam hutan di kaki bukit itu. Kami ambil pakej 30 minit saja. Kalau pakej 60 minit gajah akan bawa ke air terjun Na Muang. Tak perlu lah semua tu. Banyak lagi tempat nak pergi.





Seterusnya kami mencari tempat perlawanan kerbau. Yup, sini ada gelanggang lawan kerbau. Malangnya tempat yang dicari sangat confusing, last-last kami give up. 

Hasrat seterusnya nak mencari Mummified Monk, satu tokong dimana ada mayat seorang sami yang dah diawet dan dipamerkan. Entah kenapa, tak jumpa lokasi tokong ni. Give-up lagi.

Terus pula ke Samui Viewpoint. Ada tokong apa tah kat atas ni, dan ada satu Buddha emas tengah mengiring. Bergambar kejap kat sini. Pandangan pulau dan laut dari sini sangat cantik.




Tengahari menjelma. Perut dah lapar.

Kami terus ke pekan Lamai dan mencari restoran halal. Tak susah mencari, di sini ada saja restoran halal. Perhatikan saja simbol bulan sabit dan bintang.

Disini juga berjumpa dengan group motor dari Sungai Petani. Sama-sama buat weekend trip ke Samui. 




Selesai lunch, terus ke Chaweng Beach. Tengok apa ada di sana...

Friday, September 7, 2012

Kembara Koh Samui - Bhg 1




Weekend lepas aku berkesempatan travel ke Koh Samui, Thailand. Dah lama teringin ke pulau indah ini, namun baru kini dapat jejak kaki ke sana.

Yang lebih menarik, kali ni aku berkembara bukan menaiki bas, tetapi menaiki Toyota Landcruiser dari KL terus ke Koh Samui bersama Abby. Jalan ke sana serupa dengan jalan ke Koh Phangan, jadi aku tahu serba sedikit berdasarkan memori kembara jalan darat aku ke Koh Phangan dahulu.

Perjalanan telah dirancang sejak dua bulan lepas, dan tepat jam 12.00 tengah malam Khamis lepas, kami bertolak dari KL terus ke Bukit Kayu Hitam.Sasaran kami ialah sampai disana selepas subuh dan selesaikan urusan insurans dan pasport sebelum terus ke Hatyai.

Selesai segalanya, kami terus bergerak dari Hatyai ke Surat Thani terus ke Don Sak untuk menaiki feri ke Koh Samui. Perjalanan ini mengambil masa 5 jam. Pelabuhan ini juga ialah tempat menaiki feri ke Koh Phangan.




Kami berjaya dapatkan tiket feri jam 4 petang. Perjalanan feri selama sejam setengah. Kalau ke Koh Phangan ialah selama 2 jam setengah.

Raja Ferry adalah satu-satunya feri yang bawa kenderaan ke Samui, yang lain cuma bawa penumpang sahaja. Feri ini mendarat di Lipa Noi, Koh Samui. Satu lagi perkhidmatan feri iaitu Seatran mendarat di Nathon. 




Selepas mendarat di Lipa Noi, kami terus drive ke Lamai Beach, salah satu pantai tumpuan di Koh Samui selain Chaweng Beach.

Kami memilih untuk check-in di Lamai Inn 99 berdasarkan lokasi di hadapan pantai, harga yang ok dan berdekatan dengan restoran halal & kampung Melayu Koh Samui.

Selepas selesai check-in dan rehat, dinner time!



Pilihan kami tak sia-sia. Makanan di restoran ni memang sangat sedap! Dan harga lebih murah dari di KL. Seafood yang amat segar. Yang paling power ialah sambal belacan Siam. Sampai menjilat-jilat!

Sambil makan sambil berborak dengan tuan kedai. Pandai berbahasa Melayu dan juga offer segala macam tour yang ada kat Samui.

Selesai makan, kembali ke hotel untuk rehat. Esok mahu menjelajah pulau!



Sampai jugak aku di Koh Samui :D

Wednesday, September 5, 2012

Panorama Laos

Gambar-gambar dalam gaya panorama. Amik guna handset je memandangkan sistem Android 4.0 turut disertakan fungsi ini. Nak beli kamera yang boleh swipe panorama, aku belum mampu. So ini je la yang boleh aku layan.

Enjoy.


Panorama dari balkoni bilik hotel di Vang Vieng.


 Panorama Sungai Nam Song di waktu petang.


 Panorama Patuxay Park menghadap Patuxay.


 Panorama kotaraya Vientiane dari atas Patuxay.


 Panorama dataran dihadapan Pha That Luang, Vientiane.


*Klik gambar untuk saiz lebih besar.