Monday, December 31, 2012

Refleksi 2012

Hari terakhir 2012, aku tak bercadang nak membuat azam baru. Membuat azam bukan perangai aku sejak dulu lagi. Bagi aku, sebuah azam tak perlu nak tunggu tahun baru, atau tarikh cantik baru nak buat. Sekali dah nekad, teruskan saja.

Apa pencapaian aku aku pada tahun 2012? Pencapaian hanya boleh diukur jika ada matlamat. Macam KPI la konon. Soal pencapaian ni bagi aku hanya menambah tekanan tak perlu, jadi aku abaikan saja. Lebih banyak lagi suka-duka aku sepanjang tahun ni yang boleh aku kongsi bersama.

Jadi sebagai entri penutup tahun 2012, aku flashback semula beberapa pahit manis kehidupan aku.



  • Kembara ke Cambodia
Salah sebuah negara dalam Misi Asia Tenggara aku yang berjaya dilawati. Trip ni juga antara trip yang paling aku enjoy. Keindahan Angkor Wat dan kesan kekejaman rejim Pol Pot antara penyebab utama. Insya-Allah, aku bakal kembali lagi.

  • Kembara ke Laos
Satu lagi negara dalam Misi Asia Tenggara aku yang berjaya dilawati. Melepak di pergunungan Vang Vieng dan kota Vientiane. Plan asal nak ke Luang Prabang terpaksa kansel pasal jauh sangat. Mungkin boleh buat alasan untuk second trip :)

  • Kembara ke Koh Samui, Thailand
Trip ni tiada dalam perancangan asal 2012. Lebih kepada plan terkejut. Tiba-tiba suatu hari terdetik nak ke Koh Samui, jadi terus start kereta dan drive ke sana. Pulau yang cantik, sesuai untuk percutian relaks.

  • Berjumpa Yuna
Aku suka Yuna.

  • Kemalangan
Pertama kali aku kemalangan teruk sampai kereta kena angkut masuk bengkel, gara-gara kena langgar dengan lori. Alhamdulillah tiada sebarang kecederaan, cuma hati yang remuk tengok kereta kesayangan patah riuk. Ntah bila nak keluar bengkel. Nasib baik aku ada motor.

  • Cahaya Balqis
Anugerah dari Allah, setelah 6 tahun menunggu akhirnya dia datang jua. Namun Allah lebih menyayangimu. Aku yakin setiap kejadian ada hikmahnya, dan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kami. Insya-Allah kita akan bertemu lagi nanti. Al-Fatihah untukmu wahai anakku.

Sudah tentu kehadiran dan pemergian anakku paling meninggalkan kesan. Aku pasrah.



Apa harapan aku untuk tahun 2013? 

Entah. Aku hanya mampu merancang, Allah penentu segalanya.

Selamat tahun baru 2013.