Tuesday, November 27, 2012

World of Coffee by illy




Weekend lepas aku dapat jemputan menghadiri bengkel World of Coffee by illy. Bengkel selama 2 jam ni dijalankan di Universita Del Caffe (Universiti Kopi???), Phileo Damansara.

Sebagai penggemar kopi, sudah tentu aku teruja. Asyik minum kopi je, kali ni nak tahu lebih lanjut gak pasal kopi.




Sebagai pengenalan, kami diberi pengenalan dan sejarah biji kopi dan jenis-jenis kopi yang ada. Yang aku tau selama ni cuma Arabica dgn Robusta je, rupanya banyak jenis lagi. Antara fakta yang aku pelajari;


  • 10 gram kafein boleh membunuh, tapi sebanyak 200 cawan kopi diperlukan untuk dapat 10 gram kafein. So setakat minum 2-3 cawan sehari tu insya-Allah tak keracunan kafein :p
  • Suhu, masa proses, tahap tekanan, kualiti biji kopi semuanya memainkan peranan berbeza. Sedikit perubahan akan membawa rasa yang berlainan.
  • Espresso = express order. Jenis kopi yang paling cepat disediakan.
  • Proses menghasilkan kopi dah macam eksperimen sains Form 5. Bukan sekadar taruk kopi dan curah air panas. Ada proses Drip, French Press, Japanese Siphon etc etc. Best gak hahaha





Terima kasih kepada Espressamente illy Malaysia yang buat bengkel ni dan ThirstMag yang jemput aku.


3 comments:

marmalade said...

best!
kalau ada bengkel-bengkel macam ni pasal coffee, sila ajak i. i love coffee! :)

Encik Moshuchi said...

nasib baik dia tak ajar juga macam mana kopi luak dihasilkan kehkehkeh...siap bawa musang lagi buat demo kan...

kalau kat kampung2, kopi tumbuk paling best, bagus kalau tau cara2 orang melayu dulu2 buat kopi tumbuk tu...pasti menumbuk hahahaha

Abd Hadi said...

Mala - sure, will do :)

Shuko - Kalau dia bawak kuar musang aritu mmg aku tabik spring hahaha