Wednesday, September 12, 2012

Panduan Jalan Darat Ke Koh Samui



Ada dua cara dari Kuala Lumpur ke Koh Samui melalui jalan darat; sama ada naik bas atau drive sendiri. Kedua-dua aku dah buat, jadi aku nak berkongsi caranya :D

Naik Bas:

  • Bas dari KL ke Hatyai tiket berharga RM45. Pilihan terbaik ialah naik bas pukul 8 atau 10 malam untuk sampai ke sempadan waktu subuh esoknya sebelum terus ke Hatyai.
  • Dari Hatyai, pergi ke mana-mana travel counter dan amik pakej Van + Feri ke Koh Samui. Harga dalam 400-500 Baht (RM40-50). 
  • Dari Hatyai van akan mengambil masa 5 jam untuk sampai ke pekan Surat Thani sebelum terus ke jeti Donsak. 
  • Dari feri Don Sak, bergantung pada travel agent, naik feri terus ke Koh Samui. Perjalanan feri mengambil masa 1 jam 30 minit.

Drive Sendiri:
  • Drive dari KL ke Bukit Kayu Hitam, selesaikan urusan insurans dan pasport di imigresen sebelum drive terus ke Hatyai. Bayaran insurans bawa masuk kenderaan ke Thailand ialah RM25 untuk 9 hari.
  • Dari Hatyai, pandu ikut Lebuhraya 41 terus ke Surat Thani. Kalau ada GPS, set terus ke Don Sak Ferry Pier. Tiada sebarang tol dari Hatyai ke Don Sak.
  • Tiba di Don Sak, beli tiket Raja Ferry, ini satu-satunya perkhidmatan feri yang membawa penumpang dan kenderaan ke Koh Samui. 
  • Harga tiket feri ialah 470 Baht (RM47) bagi Pemandu + Kenderaan.
  • Harga tiket feri bagi penumpang biasa ialah 150 Baht (RM15).
  • Perjalanan feri selama 1 jam 30 minit dan akan berlabuh di Lipa Noi, Koh Samui.

Mudah saja sebenarnya. Sebelum ni aku ke Krabi melalui jalan darat pun sama saja sehingga ke Hatyai. Hatyai sebagai pusat transit perjalanan sama ada bas, kereta, keretapi atau kapal terbang.

Kembara lepas ni mungkin nak naik terus ke Bangkok dan Chiang Mai pula, insya Allah :)

33 comments:

akusangpenerbit said...

Suka diingatkan tiket ferry pegi balik hanya boleh dibeli oleh pemandu sahaja..penumpang kena beli tiket balik asing2. Kecohan lampau amatlah dikesali kerana tidak dinyatakan dlm peringatan berbahasa inggeris..betul tak pak mat?

seyn nasruddin said...

salam. berapa total kos ke sana? sekali makan, tmpt tggl & transport?

Abd Hadi said...

Total kos tu bergantung juga kepada harga hotel & kekerapan makan. Hotel bajet sgt banyak sana, kos dari RM60 satu malam. Makan halal lebih kurang je harga gerai kat KL. Kos minyak je yang agak tinggi memandangkan harga minyak Thailand yang lebih mahal.

Perjalanan saya ni memakan kos RM400 pergi dan balik.

seyn nasruddin said...

berapa lama dekat sana? kos perbelanjaan lebih kurang macam bercuti dekat pulau m'sia sahaja.

seyn nasruddin said...

RM400 termasuk hotel, makan dan transport? berapa lama dekat sana?

Abd Hadi said...

saya di sana 3 hari 2 malam saja. bercuti di Thailand kalau kena tempat dan masa memang sangat berpatutan harga.

najwa's said...

ada entry tak holiday kat krabi tu? bagi link.. nak pegi krabi ikut jalan darat jugak ni. bg link kat blog saya ye.. TQ. =)

Anonymous said...

A'kum. nak tanya klu ambik bas dr kl cntoh pkl 10mlm,smpai hatyai agk2 dlm pkl bpe. n stlah tbe d hatyai bleh trus ke koh samui atau kne stay smlm d hatyai dlu? ade x hotel bajet kt koh samui n mahal x blnja sne. planning nk g sne mggu ni.

Ady skywalker said...

Bro kalau sula overland aku last dec dah ke laos overland satu thai da tawaf . Insyallah hujung tahun ni ke centarl vietnam atau ke myanmar..

Abd Hadi said...

Anon - w'salam. kalau dari KL jam 10 malam, akan tiba di Hatyai dalam jam 8 pagi. Dari situ kena naik van pula terus ke pelabuhan Dong Sak di Surat Thani untuk naik feri ke Koh Samui. Di Koh Samui banyak hotel bajet, pilih saja mana yang berkenan.

Kasturi Langkasuka said...

btol ke bajet dr hatyai ke donsak + feri ke koh samui dalam 40-50 rggt...juz nak cnfrm...heheheh

Abd Hadi said...

Berdasarkan pengalaman sendiri, ya. Kalau berasingan, tiket van dari Hatyai ke Dongsak ialah dalam RM40 dan tiket feri penumpang ke Ko Samui pula ialah RM15.

Unknown said...

salam nak tnya..kalau dari hatyai nak ke bangkok, awk tau tak?berapa kos n transport apa yg available?

Abd Hadi said...

Maaf, saya belum pernah buat trip dari Hatyai ke Bangkok. Setahu saya pilihan perjalanan darat yang ada ialah melalui bas, keretapi atau drive sendiri.

Eddie Asuan said...

as salam.nak tnya klo naik bus dari Hentian Duta..nnt smpai sane sempat solat subuh ke ?

Abd Hadi said...

Sempat. Boleh saja minta pemandu bas berhenti di RnR atau mana-mana masjid/surau untuk solat dahulu.

Amira said...

Masa nak apply sinurance kereta tu kan, depa kata kena ada surat geran kereta semua ka? kalau tak dak macam mana tu.

Abd Hadi said...

Perlu ada geran atau pun salinan fotostat geran. itu syarat wajib nak apply insuran Thailand.

Ahmad Nizar said...

salam...bole cadangkan tak hotel yg mane prefer utk muslim di koh samui..planning nk pegi lepas raya travel over land jee

Ahmad Nizar said...

salam..mohon share kn cadangan hotel yg ok di koh samui

Abd Hadi said...

Lamai Inn selesa dan harga murah semasa weekdays. Jarak dengan perkampungan Muslim dan masjid Ko Samui juga tak jauh.

Ayna Najla said...

Salam...perlu ke ada lesen memandu antarabangsa kalu nk gi jauh dr border? sy prnh bkenderaan sampai hatyai-songkhla je

Abd Hadi said...

menurut rakan yang pernah drive ke Bangkok, tak perlukan lesen antarabangsa. Lesen memandu Malaysia diterima pakai.

Anonymous said...

Sy brcdg nk g shopping utk rayer, boleh tolong cadangkan hotel yg sesuai n restoran muslim d hatyai

Abd Hadi said...

saya cadangkan hotel Lamai Inn berdasarkan harga yang OK dan berhadapan laut serta berdekatan dengan perkampungan Muslim Ko Samui.

Anonymous said...

trip nie makan minum tempat tinggal transport utk drive sendiri sorang rm400 or 1 keta?

Abd Hadi said...

RM400 seorang. kos makan & hotel disana tak mahal. yang mahal ialah minyak dan tol pergi balik.

Win Win Trading said...

sya pon sdah smpai koh samui pada tahun baru cina yang lalu.. mmg best di sana... dgan pemandangan yg cantik... pejalan naik feri dlam 2jam mcm tu...
untuk mkanan halal.. terdpat di perkampungan melayu di sna.. makanan yang paling sya suka nasi goreng masaman... pergh... + tomyam dia.. mmg terangkat habis...

Anonymous said...

salam..saya nk tanya..untuk ke krabi ada jugak ke sewa van dr hatyai?boleh saya tahu berapa kos utk satu van sewa?yg koh samui tu rm40 utk seorang atau satu van?:) maaf byk bertanya..hihi

Abd Hadi Hamzah said...

Anon - selain Koh Samui, dari Hatyai ada banyak perkhidmatan van untuk ke Krabi, Koh Lanta, Phuket dan lain-lain tempat. Saya tak ingat harga ke Krabi tu tapi masih dibawah RM50 seorang. Harga adalah bagi setiap orang.

Anonymous said...

terima kasih byk2..jasamu dikenang :)

Anonymous said...

Aslm sy bcadang nk bcuti ke phuket menaiki bas dr kl trus ke hatyai n phuket... Tau tak kalau dari hatyai nk naik bas ke phuket brape rm n brape jam nk sampai phuket? Sy bcadang nk sewa bilik area patong...

Abd Hadi Hamzah said...

Dari Hatyai ada disediakan van untuk ke Phuket. Harga saya sudah lupa, tapi rasanya dalam lingkungan RM50 seorang. Perjalanan kira-kira 6 jam.