Sunday, September 9, 2012

Kembara Koh Samui - Bhg 3

Seterusnya kami terus ke Chaweng Beach, pantai utama yang menjadi tumpuan para pelancong. Walaupun kawasan ni sangat komersial, namun pantainya masih lagi cantik dan kebiruan. Banyak sungguh yang berjemur kat sini. 

Jalan-jalan sampai lapar, kemudian singgah di Restoran Fareast. Seperti biasa, isi perut dulu. restoran ni agak popular di Chaweng Beach memandangkan tak banyak restoran halal di kawasan Chaweng. Tak kisah la, janji ada.





Selesai mengalas perut, kami meneroka segala ceruk kawasan Chaweng. Sempat juga singgah di Samui Airport, saja nak bergambar.

Agenda seterusnya nak mengunjungi Big Buddha, patung besar di atas bukit. Namun rupanya lokasi agak jauh dan macam buang masa je. Jadi lepak saja di kawasan Chaweng.

Malamnya kami ke Chaweng Walking Street.

Tak jauh beza dengan night market di Hatyai, Krabi dan Phuket. Barangan yang hampir sama.






Kemudian kami ke Soi Green Mango, kawasan nightlife Chaweng. hebat juga dengan bar, kelab-kelab muzik elektronik, restoran dengan live band, kabaret pondan dan persembahan showgirls Rusia. Tidak dilupakan juga deretan pusat-pusat urut yang amat murah.

Hebat. Tapi still tak boleh lawan Phuket.

Jam 11.00 malam, kami bergerak pulang ke Lamai. Ada satu lagi agenda kami sebelum pulang ke hotel: pertandingan tomoi.




Pertandingan tomoi bila ditonton secara live sangat beza feelingnya. Terasa kemeriahan para penyokong, kekuatan hayunan kaki dan penumbuk, keghairahan gadis-gadis manis separa bogel mempromosi minuman dan keseronokan para pengunjung.

Announcer lantang bagi ulasan. Haram tak faham, cakap Siam.

Selain dari lelaki VS lelaki, ada juga wanita VS wanita. Penampilan intimewa: pondan VS pondan. Agak kelakar.




Sekitar jam 1.00 pagi kami dah keletihan amat. Balik hotel & tidur.

Esok pagi akan checkout dan ke Hatyai pula.

5 comments:

Encik Moshuchi said...

uiiiihh best best...banyak jual senjata hehehe...bintang ninja pun ada. banyak pisau ramboo yang nampak cantik2 tu...

woihh tak beli seluar tomoi ke buat tido malam hahaha..

Abd Hadi said...

ada pisau Rambo, crossbow, kerambit, pistol etc etc. tak konfiden aku nak bawak lepas Kastam

cikpia said...

dari lamai ke chaweng beach jauh tak?

Abd Hadi said...

tak jauh, naik skuter berkelajuan biasa dalam 15-20 minit saja.

cik nor said...

menarik nih...

in shaa ALLAH koh samui akan menjadi destinasi saya seterusnya melalui darat.. selepas Krabi.

terima kasih berkongsi pengalaman anda..
boleh dapatkan contact atau email anda? ni email/fb saya eixora_my@yahoo.com