Friday, September 7, 2012

Kembara Koh Samui - Bhg 1




Weekend lepas aku berkesempatan travel ke Koh Samui, Thailand. Dah lama teringin ke pulau indah ini, namun baru kini dapat jejak kaki ke sana.

Yang lebih menarik, kali ni aku berkembara bukan menaiki bas, tetapi menaiki Toyota Landcruiser dari KL terus ke Koh Samui bersama Abby. Jalan ke sana serupa dengan jalan ke Koh Phangan, jadi aku tahu serba sedikit berdasarkan memori kembara jalan darat aku ke Koh Phangan dahulu.

Perjalanan telah dirancang sejak dua bulan lepas, dan tepat jam 12.00 tengah malam Khamis lepas, kami bertolak dari KL terus ke Bukit Kayu Hitam.Sasaran kami ialah sampai disana selepas subuh dan selesaikan urusan insurans dan pasport sebelum terus ke Hatyai.

Selesai segalanya, kami terus bergerak dari Hatyai ke Surat Thani terus ke Don Sak untuk menaiki feri ke Koh Samui. Perjalanan ini mengambil masa 5 jam. Pelabuhan ini juga ialah tempat menaiki feri ke Koh Phangan.




Kami berjaya dapatkan tiket feri jam 4 petang. Perjalanan feri selama sejam setengah. Kalau ke Koh Phangan ialah selama 2 jam setengah.

Raja Ferry adalah satu-satunya feri yang bawa kenderaan ke Samui, yang lain cuma bawa penumpang sahaja. Feri ini mendarat di Lipa Noi, Koh Samui. Satu lagi perkhidmatan feri iaitu Seatran mendarat di Nathon. 




Selepas mendarat di Lipa Noi, kami terus drive ke Lamai Beach, salah satu pantai tumpuan di Koh Samui selain Chaweng Beach.

Kami memilih untuk check-in di Lamai Inn 99 berdasarkan lokasi di hadapan pantai, harga yang ok dan berdekatan dengan restoran halal & kampung Melayu Koh Samui.

Selepas selesai check-in dan rehat, dinner time!



Pilihan kami tak sia-sia. Makanan di restoran ni memang sangat sedap! Dan harga lebih murah dari di KL. Seafood yang amat segar. Yang paling power ialah sambal belacan Siam. Sampai menjilat-jilat!

Sambil makan sambil berborak dengan tuan kedai. Pandai berbahasa Melayu dan juga offer segala macam tour yang ada kat Samui.

Selesai makan, kembali ke hotel untuk rehat. Esok mahu menjelajah pulau!



Sampai jugak aku di Koh Samui :D

4 comments:

akusangpenerbit said...

Formalin!!

marmalade said...

sambal belacan adalah makanan paling sedap dalam dunia. hahahahahaha.

Emy Tak Kecik said...

salam...baru nak riki2 pasal koh samui... :D

anasyaz said...

Salam,
Boleh tahu trip ke Koh Phangan review. kalau boleh bg sikit ifo pasal kedai mkn halal kat sane..
Trimas