Wednesday, September 26, 2012

Ceramah & Penceramah



Alkisah aku baru pulang dari sebuah kursus di luar negeri. Minggu depan ada lagi kursus yang akan aku hadiri, cuma lokasi di utara Semenanjung pula.

Aku tak kisah ke kursus, malah sangat mengalu-alukan kalau kursus yangditawarkan itu memang aku minati dan boleh memberi manfaat sama ada kepada kerja harian. Kursus juga adalah salah satu cara rehat sebentar dari tugasan harian dan bertemu sahabat seangkatan dan berkenalan sekaligus menambah networking

Slot ceramah memang tak boleh nak dielak. Itu sudah pasti ada. Kadangkala penceramah dalaman, kadangkala penceramah luaran. Itu tidak penting. Yang penting ialah isi ceramah, dan gaya penceramahan. Dah banyak kursus yang aku ikuti, dan aku yakin hampir setiap kursus ada golongan penceramah begini.


  • Bosan Dan Delusional
Penceramah bosan ni ada banyak. Membosankan kerana lari tajuk, nada suara yang monotonous, membaca dari slide, yang tak faham tajuk dan gaya penyampaian yang membuai peserta ke alam mimpi. Dan dia rasa peserta sangat berminat!

  • Bil Air Tertunggak
Biasanya penceramah ialah lelaki berusia separuh abad dan berambut tipis di tengah. Setiap kali ceramah akan ada menyelitkan topik pengalaman malam pertama, tips gagah di ranjang dan kegelisahan bila hujan pada malam Jumaat. Kononnya nak menyegarkan peserta dengan elemen lucu, buat malu je ada la.

  • Mat Tengking
Penceramah jenis ni sangat la tak digemari. Bercakap macam nak mengulum mikrofon dan pecahkan gendang telinga peserta. Ada beza ye antara berceramah dan memekik. Tidak diketahui sama ada dia sangat suka dengar suara dia sendiri.

  • Pengantin Dalam Kelambu
Ini juga antara penceramah yang tak digemari. Bukan bercakap, tapi lebih kepada berbisik. Bila ceramah dah macam siaran DJ Klasik Nasional di waktu malam, jangan la hairan bila peserta mula tidur / berborak / melukis / lepak toilet hisap rokok.

  • Hanya Aku Yang Betul
Yang ini lebih kepada masalah ego. Semua pendapat lain adalah salah. Semua pertanyaan yang memberi cadangan berbeza adalah salah. Semua teguran adalah salah. Lantak kau la.



Apa boleh buat? Isi je la borang penilaian kursus!

7 comments:

marmalade said...

hahahahahaha!
yang first tuh sangattttttt ramai :)

penilaian kursus you isi bebetul ke hadi?

Abd Hadi said...

biasanya borang penilaian kursus tu kan Anonymous, so isi la sejujur mungkin :)

Hasina Terebuzzu said...

ehhh.. kursus luar negeri?? ke manakah?? kenapa aku tidak tahu.. (harus aku siasat! ahahahha)

akusangpenerbit said...

kesemua yang dinyatakan sangat betul...rasa nak membunuh aje kalau terpaksa kursus dgn panel mcm tu

Mr.Ein said...

sebagai peringatan supaya kita tidak mengulangi situasi yang sama bila sampai waktunya nanti :)

pa'e faizah said...

jika bosan dgn penceramah2 kayak gini, apa lagi..main la BINGO dgn rakan di sebelah. hahaha!

The2ndBUN said...

Analisis yg sangat menarik! haha!