Sunday, July 29, 2012

Catatan Julai


  1. Sudah lebih 3 minggu pemergian Cahaya Balqis dari dunia ini. Sesekali bila diingatkan, bergenang jua air mata, namun aku tahu, hidup mesti terus. Insya-Allah akan ada hikmah di sebalik ujian Allah ini. Moga kau tenang disana...
  2. 14 Julai lalu genap usia aku 31 tahun. Tiada mood untuk sebarang sambutan. Terima kasih kepada Fariq yang setia memberi aku hadiah birthday setiap tahun :')
  3. Bulan Ramadhan dah masuk hari ke-10. Baju raya dah siap beli awal. Malas nak bersesak dan berhimpit dengan lautan manusia tatkala menjelang Syawal. Cuti raya tahun ni amik seminggu, cukup nak beraya ala kadar di kampung dan lari menikmati cuti dan rehat.
  4. Kerja di ofis agak slow semasa Ramadhan. Biasa la kan. Nak cuti panjang dan travel ke Eropah memang konfirm takkan dapat. Ugh. 
  5. Semua kucing-kucing aku kat kampung dah mati. Aku agak sedih.
  6. Ada bonus raya tahun ni. Dan juga ada pelarasan gaji. Alhamdulillah.
  7. Terima kasih banyak kepada Hasina, Hayati, Fariq dan Akram yang datang melawat di PPUM tempoh hari. Kedatangan kalian amat aku hargai.

3 comments:

muhamadakmalwahab said...

Insya Allah. ada rezeki ko nanti.

marmalade said...

kenapa kucing kat kampung semua mati? sedihnye!

Abd Hadi said...

Mala - ada yg sakit, ada yang hilang.. kena cari kucing lain nampaknya