Sunday, June 24, 2012

Sepang Super GT Race 2012

10 Jun lalu aku bersama Mr Moshuchi bersama ke Litar F1 Sepang untuk menyaksikan perlumbaan Super GT 2012. Aku bernasib baik memenangi tiket grandstand dan dua keping kad Touch N Go Super GT dari BlackBerry Malaysia. Kebetulan Mr Moshuchi juga minat sukan permotoran, jadi aku ajak dia sekali.

Ini juga kali pertama aku ke sana. Aku tak minat F1 dan MotoGP, so takde apa sangat yang nak menarik minat aku ke Litar F1 Sepang.

Sempat jua mengusha kereta-kereta, motosikal dan entah macam-macam lagi yang ada disana sementara menunggu perlumbaan utama bermula. 

Subaru Impreza WRX STi Sedan juga turut dilancarkan, dan Mr Moshuchi sebagai peminat Subaru of course la ada kat situ. Aku turut sama enter-frame :p

 Aku dan Mr Moshuchi enter-frame. Sumber.

Menonton perlumbaan dari grandstand utama memang syok, tapi lagi best kalau di grandstand K1, disitu dapat lihat aksi sebenar. Tapi pasal tiket free, takyah la nak komplen sangat kan?

Apa pun, pengumuman "Gentlemen, start your engine!" memang sangat ditunggu.

Boleh tahan gak bingit bunyi enjin SuperGT nih.






Untuk gambar-gambar perlumbaan, sila rujuk di entri Mr Moshuchi. Lensa aku agak beralih perhatian pada hari itu :D









Hari yang hebat.

Terima kasih Mr Moshuchi, dan terima kasih BlackBerry Malaysia atas sumbangan tiket :D

5 comments:

Encik Moshuchi said...

hahahaa...miss Honda mana??
Hangat..hangat...

Abd Hadi said...

hahaha Miss Honda tu spesel sket :p

pa'e faizah said...

amboiiii...melentik2!

beginilah para suami bila isteri2nya tak ikut ke litar...*sigh*

Abd Hadi said...

Moshuchi yang paksa i amik gambar2 begini. Percayalah! :p

Mr.Ein said...

menarik sungguh suasana litar ni ye...