Wednesday, June 27, 2012

Kaw Kaw Burger Bakar @ Lokas Makana




Sejak kebelakangan ni burger bakar macam sangat popular. Selalu gak kawan-kawan bercerita di FB dan Twitter. Mula-mula aku tak berapa nak layan sangat. Antara sebabnya pasal lokasi di Wangsa Maju yang bagi aku jauh. Dan jugak kena beratur 3 jam nak makan sebiji burger pasal ramai gile orang beratur nak beli. Gila ke hapa. 

Ada beberapa gerai yang turut sama jual burger bakar, tapi aku mahu yang original. Kemudian aku dapat tahu kedai Kaw Kaw Burger Bakar ni dah ada lokasi baru di Medan Selera Lokas Makana, Puchong Utama. Apa lagi, aku mesti cuba!

By the way, Lokas Makana = singkatan Lokasi Makanan :D






Aku tak mahu beratur 3 jam, so aku datang awal. Kedai ni hanya akan start amik order pukul 6.45 petang, so datang je lepas kerja. Setiap pelanggan kena amik nombor dan order, bukan main terjah je. At least bertamadun la sikit kan cara pengendalian macam ni.

Dan aku dapat nombor 2. Hehehe takyah tunggu lama.



Bayar siap-siap untuk lebih cepat. Dan aku hanya tunggu 15 minit je. Datang awal, dapat awal :D

Oleh kerana ni kali pertama aku nak try, aku order Burger Bakar Cheezy Double (Ayam + Lembu) + Baconizer + Hotdog. Alang-alang dah sampai kan...

Ini burgernya...



Masya-Allah lazat woi! Berkemungkinan besar burger paling sedap pernah aku jamah.

Sos + mayonaise + keju cair bermain di lidah, patty bakar enak dikunyah, roti lembut terbelah meriah, salad segar rangup direncah.

Patut la orang sanggup tunggu sampai 3 jam nak makan burger ni. 

Aku mesti repeat!

6 comments:

nihadriz said...

boleh pegi nantiiii!!!

chup, menu yg abg hadi makan tu bape hengget? :D

eh, sape yang mengidam ni? eheheh~

Hasina Terebuzzu said...

woiiii.. kejiiii... nk jugakkkkk!!!!

wait... kt puchong??? nk serang gak la.. nnt bg landmark ye..

Abd Hadi said...

Niha - menu ni berharga RM18.50. sedap woooo~

Ina - hehehe bisa diatur... landmarknya Carrefour Puchong Utama.

Mr.Ein said...

ni baik punya melantak.. segala macam ada.. custom made punya burger ke? satu lagi memang burger di bakar? atau tokey kedai dia nama "Bakar" ehehe

Abd Hadi said...

home-made patty bro.. bukan Ramly punya. dia bakar on-the-spot gak. ada masa nanti try la

Sheikh Papa-NtiQ said...

Hi....saya baru jer upload pics dalam blog masa makan ngan famili kat Burger Kaw Kaw branch Puchong. Memang betul ramai orang. Masa tu takde kasik nombor so kene la beratur...
Senang2 tu jengok la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com konsep pasal makan jer 100% takde topik lain.
Kalu sudi tu follow yer blog saya TQ, TQ, TQ