Wednesday, June 27, 2012

Kaw Kaw Burger Bakar @ Lokas Makana




Sejak kebelakangan ni burger bakar macam sangat popular. Selalu gak kawan-kawan bercerita di FB dan Twitter. Mula-mula aku tak berapa nak layan sangat. Antara sebabnya pasal lokasi di Wangsa Maju yang bagi aku jauh. Dan jugak kena beratur 3 jam nak makan sebiji burger pasal ramai gile orang beratur nak beli. Gila ke hapa. 

Ada beberapa gerai yang turut sama jual burger bakar, tapi aku mahu yang original. Kemudian aku dapat tahu kedai Kaw Kaw Burger Bakar ni dah ada lokasi baru di Medan Selera Lokas Makana, Puchong Utama. Apa lagi, aku mesti cuba!

By the way, Lokas Makana = singkatan Lokasi Makanan :D






Aku tak mahu beratur 3 jam, so aku datang awal. Kedai ni hanya akan start amik order pukul 6.45 petang, so datang je lepas kerja. Setiap pelanggan kena amik nombor dan order, bukan main terjah je. At least bertamadun la sikit kan cara pengendalian macam ni.

Dan aku dapat nombor 2. Hehehe takyah tunggu lama.



Bayar siap-siap untuk lebih cepat. Dan aku hanya tunggu 15 minit je. Datang awal, dapat awal :D

Oleh kerana ni kali pertama aku nak try, aku order Burger Bakar Cheezy Double (Ayam + Lembu) + Baconizer + Hotdog. Alang-alang dah sampai kan...

Ini burgernya...



Masya-Allah lazat woi! Berkemungkinan besar burger paling sedap pernah aku jamah.

Sos + mayonaise + keju cair bermain di lidah, patty bakar enak dikunyah, roti lembut terbelah meriah, salad segar rangup direncah.

Patut la orang sanggup tunggu sampai 3 jam nak makan burger ni. 

Aku mesti repeat!

Sunday, June 24, 2012

Sepang Super GT Race 2012

10 Jun lalu aku bersama Mr Moshuchi bersama ke Litar F1 Sepang untuk menyaksikan perlumbaan Super GT 2012. Aku bernasib baik memenangi tiket grandstand dan dua keping kad Touch N Go Super GT dari BlackBerry Malaysia. Kebetulan Mr Moshuchi juga minat sukan permotoran, jadi aku ajak dia sekali.

Ini juga kali pertama aku ke sana. Aku tak minat F1 dan MotoGP, so takde apa sangat yang nak menarik minat aku ke Litar F1 Sepang.

Sempat jua mengusha kereta-kereta, motosikal dan entah macam-macam lagi yang ada disana sementara menunggu perlumbaan utama bermula. 

Subaru Impreza WRX STi Sedan juga turut dilancarkan, dan Mr Moshuchi sebagai peminat Subaru of course la ada kat situ. Aku turut sama enter-frame :p

 Aku dan Mr Moshuchi enter-frame. Sumber.

Menonton perlumbaan dari grandstand utama memang syok, tapi lagi best kalau di grandstand K1, disitu dapat lihat aksi sebenar. Tapi pasal tiket free, takyah la nak komplen sangat kan?

Apa pun, pengumuman "Gentlemen, start your engine!" memang sangat ditunggu.

Boleh tahan gak bingit bunyi enjin SuperGT nih.






Untuk gambar-gambar perlumbaan, sila rujuk di entri Mr Moshuchi. Lensa aku agak beralih perhatian pada hari itu :D









Hari yang hebat.

Terima kasih Mr Moshuchi, dan terima kasih BlackBerry Malaysia atas sumbangan tiket :D

Tuesday, June 12, 2012

Untuk Masa Depan

Sekadar update ringkas memandangkan lama aku tak update.

  1. Alhamdulillah, setakat ni kandungan isteri tersayang dah masuk trimester kedua / bulan ke-4. Doktor mengesahkan kandungan sihat dan normal. Malah masa nak scan jantina, baby tak bagi kerjasama dek kerana aktif bergerak :')

  2. Rasanya ini normal, tapi kenaikan berat badan aku dah seiring pulak dengan kadar pregnancy wife aku. Sindrom apekah?? :p

  3. Aku juga nekad berhenti merokok secara drastik. Hari ini genap sebulan aku berhenti secara mendadak. So far, aku berjaya lalui tanpa sebarang withdrawal symptom. Mula-mula tu agak sangap, tapi aku gagahkan jua demi masa depan.

  4. Lately, beberapa perubahan kecil berlaku di ofis dan kini aku lebih sibuk dari biasa. So far aku masih enjoy kerja yang diamanahkan dan insya-Allah segala cabaran baru aku mampu hadapi. Perubahan itu perlu :)

  5. Dah start menjenguk-jenguk MPV dan kenderaan dengan ruang dalaman yang luas. Nissan Grand Livina cun gak kan? Kalau ada bajet la :D