Sunday, February 26, 2012

Makanan Sarawak Asli @ Restoran Pucuk Ubi


 
Aku jatuh cinta dengan makanan Sarawak (terutamanya mee kolok) sejak ke Kuching tahun lepas. Sejak pulang ke KL, aku pun cari lokasi restoran yang ada menghidangkan sajian serupa di sini. sayang sekali, susah gak nak jumpa yang asli.

Alhamdulillah, pencarian aku membuahkan hasil bila aku terjumpa Restoran Pucuk Ubi. Bagi aku sajian disini paling menghampiri rasa asli sajian Sarawak. Memang ada beberapa restoran / gerai lain yang turut menghidang makanan Sarawak, tapi ini yang terbaik.




Dah beberapa kali aku datang sini, setiap kali datang pasti makan mee kolok. Tapi selain itu, banyak lagi hidangan Sarawak yang boleh dinikmati.

Setakat ni yang aku pernah makan di Restoran Pucuk Ubi:


LAKSA SARAWAK




MANUK PANSUH




MEE KOLOK



Aku sebagai penggemar makanan eksotik juga sebenarnya dah dua kali kecewa di Kuching pasal makanan yang aku cari susah nak jumpa kat sana (rasanya pasal aku tak reti nak cari kot). 

Yang terbaik, sajian yang aku cari ada di Restoran Pucuk Ubi!



ULAT MULUNG (masak Black Pepper)



ULAT MULUNG (masak bawang putih)



Sedap woi ulat mulung @ ulat sagu ni. Sungguh rangup dan berkrim. Rangup tu kepala ulat, badan ulat tu yang rasa berlemak. Macam cheese cair. Sila cuba kalau korang jenis adventurous macam aku.

Lokasi restoran ni agak tersorok. Dinasihatkan guna GPS/Google Maps untuk carik supaya tak sesat. Alamat restoran ni:

Restoran Pucuk Ubi   
No.2 Jalan Dana 2
PJU 6A,Kampung Sungai Kayu Ara
Bandar Utama, 47400 Petaling Jaya

Secara keseluruhan, aku sangat berpuas hati dengan restoran ni. Hidangan pun sedap. Highly recommended.

9 comments:

cacah said...

nak try tu mee kolok tu... :P tak pernah rasa lagi...

Mr.Ein said...

aku suka laksa sarawak.. macam makan bihun dengan kuah ma'ajun ehehe

Al Hadi said...

ecah - bisa saja... jom plan :)

Mr.Ein - kuah laksa tu mmg rasa mcm makjun hahaha.. tapi sedap.

muhamadakmalwahab said...

nak makannnn...tapi tak sanggup nak try itu ulat...errrr...

Khairul Amri Ishak said...

hadi :

thn lps saja 3x aku smpai srawak bro..yg aku x try lg cuma ulat mulung & ayam pansuh je bro..

tp aku yakin sedap..ahaha

Al Hadi said...

sedap tau ulat tu. crunchy & creamy :D

zul said...

Harga berpatutan/aFfordable tak?

Abd Hadi said...

harga sangat berpatutan memandangkan kesukaran nak mencari makanan Sarawak di KL.

Anonymous said...

Restoran dapor sarawak kepunyaan Mahmud Ali Bashah pun mnjual mknan Sarawak... Kedai nye ade area blkg hospital tawakal kl.. Harus cuba mknan sarawak, sedapppp