Sunday, February 26, 2012

Makanan Sarawak Asli @ Restoran Pucuk Ubi


 
Aku jatuh cinta dengan makanan Sarawak (terutamanya mee kolok) sejak ke Kuching tahun lepas. Sejak pulang ke KL, aku pun cari lokasi restoran yang ada menghidangkan sajian serupa di sini. sayang sekali, susah gak nak jumpa yang asli.

Alhamdulillah, pencarian aku membuahkan hasil bila aku terjumpa Restoran Pucuk Ubi. Bagi aku sajian disini paling menghampiri rasa asli sajian Sarawak. Memang ada beberapa restoran / gerai lain yang turut menghidang makanan Sarawak, tapi ini yang terbaik.




Dah beberapa kali aku datang sini, setiap kali datang pasti makan mee kolok. Tapi selain itu, banyak lagi hidangan Sarawak yang boleh dinikmati.

Setakat ni yang aku pernah makan di Restoran Pucuk Ubi:


LAKSA SARAWAK




MANUK PANSUH




MEE KOLOK



Aku sebagai penggemar makanan eksotik juga sebenarnya dah dua kali kecewa di Kuching pasal makanan yang aku cari susah nak jumpa kat sana (rasanya pasal aku tak reti nak cari kot). 

Yang terbaik, sajian yang aku cari ada di Restoran Pucuk Ubi!



ULAT MULUNG (masak Black Pepper)



ULAT MULUNG (masak bawang putih)



Sedap woi ulat mulung @ ulat sagu ni. Sungguh rangup dan berkrim. Rangup tu kepala ulat, badan ulat tu yang rasa berlemak. Macam cheese cair. Sila cuba kalau korang jenis adventurous macam aku.

Lokasi restoran ni agak tersorok. Dinasihatkan guna GPS/Google Maps untuk carik supaya tak sesat. Alamat restoran ni:

Restoran Pucuk Ubi   
No.2 Jalan Dana 2
PJU 6A,Kampung Sungai Kayu Ara
Bandar Utama, 47400 Petaling Jaya

Secara keseluruhan, aku sangat berpuas hati dengan restoran ni. Hidangan pun sedap. Highly recommended.

Thursday, February 2, 2012

Kenangan Yang Paling Tak Boleh Aku Lupakan Di Cambodia

Setiap perjalanan pasti ada kenangan.

Setiap kembara pasti ada cerita.

Dan sudah pasti ada cerita dan kenangan yang kita tak boleh lupakan. Kembara aku di Cambodia juga begitu. 

Kisah ni terjadi masa aku stop kat satu kedai terapung di Tasik Tonle Sap. Macam biasa, bila ada pelancong yang singgah, pasti ramai budak-budak tempatan yang cuba jual bunga, air minuman, etc etc. 

Ini kisah aku:




Memang aku tak boleh lupa.