Sunday, January 15, 2012

Yellow Cab Pizza

Aku dah lama teringin nak cuba makan kat Yellow Cab Pizza. Asyik makan Pizza Hut & Domino's pun bosan gak. Lebih-lebih lagi bila aku memang suka cuba benda baru yang di luar kebiasaan. Ada banyak pilihan bagi penggemar pizza kat KL ni, so kenapa nak hadkan pilihan?

Jadi nak dijadikan cerita pada Sabtu lepas aku berkesempatan melepak di area Kg Baru. Alang-alang nampak pulak Yellow Cab Pizza di corner Jalan Yap Ah Shak (dekat Asian Heritage Row). Warna kuning terang memang senang nampak dari jauh. Siap ada deretan Vespa kuning kat depan. 

By the way, Yellow Cab Pizza ni berasal dari Filipina ye. Bukannya New York hahaha. 

Aku order semangkuk spaghetti dan sekeping pizza 10". Nak merasa je kan? :p



Rasanya sungguh MARVELOUS!

Memang sedap, sungguh cheesy dan lembut. Lebih sedap dari Domino's. No wonder la makin banyak cawangan dibuka. Memang tidak mengecewakan. Sekeping pizza habis dalam 10 minit. 

Aku tak order apa-apa side dish, sekadar makan pizza je.

Kalau aku nak komplen pun, maybe tentang penggunaan olive oil yang sungguh generous. Aku tak kisah, pada aku rasa olive oil ni mmg sgt penting dengan pizza. Tapi lain orang, lain rasa. Tak tahu la korang camana kan.

Anyway, aku sangat berkenan dengan pizza di Yellow Cab Pizza ni. Rasa macam nak repeat lagi. Anyone wanna join? :)

7 comments:

cacah said...

i nak join... i makan dominos jah ari ni.. :) sedap juga classic chicken ngan meatasaurus dia.. tapi kalau u kata yellow cab lagi sedap mesti la nak try...

Al Hadi said...

cool... nanti i ajak u :D

nihadriz said...

ahhh!!! benci abang hadi!

terpaksa heret husband pegi beli yellow cab pizza lepas ni!

Al Hadi said...

yahahahaha nice! mesti dia suka >:p

nihadriz said...

keji okehhhh~

where's the nearest yellow cab pizza? haritu mcm nampak tapi tak ingat kat mana woowooo~

papaYA said...

Wajib cuba.. Aku penggemar piza. Thanks for the review :)

Al Hadi said...

Niha - rasanya ada 4 outlet. kat Jln Raja Abdullah, Ampang Point, Taipan USJ & Lot 10 Bukit Bintang.

Yaya - no problem :)