Tuesday, January 31, 2012

Kembara Cambodia - Day 4 & 5

 

Hari keempat di Cambodia. 

Misi pertama hari ini ialah melawat The Killing Fields a.k.a Choeung Ek. Tuk-tuk dah bersedia awal membawa kami ke sana. Tempatnya kira-kira 15km diluar Phnom Penh, antara tempat wajib pergi kalau sampai disini.


Di sini tempat ribuan rakyat Khmer dibunuh beramai-ramai oleh rejim Pol Pot. Suasana disini agak hening. Tiket masuk berharga USD2 seorang (tanpa audioguide). Bangunan utama disini ialah sebuah menara atau stupa yang menempatkan ribuan tengkorak dan tulang-tulang mangsa pembunuhan. Longgokan pakaian mangsa juga ditempatkan di aras paling bawah sekali. 

Tengkorak diletakkan di aras-aras bawah manakala tulang-tulang lain diletakkan di aras yang lebih tinggi.


Di sekeliling stupa pula menempatkan banyak kubur besar tempat mayat dibuang. Kami juga dimaklumkan belum semua kubur telah digali.

Kawasan The Killing Fields ini juga asalnya ialah tapak perkuburan Cina. Tentera rejim Pol Pot memusnahkan semua kubur sedia ada dan jadikan tempat pembunuhan rakyat mereka sendiri.


Terdapat juga dua pokok besar yang jadi tumpuan. Satu pokok dijadikan tempat menghempas kepala kanak-kanak dan bayi manakala satu lagi pokok tempat menggantung pembesar suara yang memainkan muzik kuat. Ini bertujuan untuk menutup bunyi jeritan mangsa yang sedang diseksa / dibunuh. 
 
Di sana-sini ada bekas-bekas kaca mempamerkan tulang-tulang, pakaian serta gigi mangsa yang telah digali.



Ada tayangan video di muzium sini yang memberi gambaran lebih jelas tentang cara pembunuhan dilakukan. Mangsa dewasa dikelar leher atau dipecahkan kepala manakala bayi dan kanak-kanak pula dihayun ke pokok sampai mati.

Gila babi kejam rejim Pol Pot ni -.-

Selepas Choeung Ek, kami menuju ke Tuol Sleng Genocide Museum, juga dikenali sebagai S21 Prison. Inilah tempat semua mangsa tahanan rejim Pol Pot dipenjara dan diseksa sebelum dihantar ke Choeung Ek untuk dibunuh.



Asalnya bangunan ini merupakan sebuah sekolah, kemudian dijadikan pusat tahanan dan penyeksaan dan kini dijadikan muzium.
Ada 4 blok di sini. Blok A menempatkan tempat seksaan. Ada bilik-bilik yang mempamerkan tempat seksaan dan gambar mayat-mayat yang ditemui.

Serius sadis.


Blok-blok yang lain pula menempatkan sel tahanan yang sangat kecil. Alat-alat seksaan juga dipamerkan serta diorama dan gambaran seksaan yang dijalankan.

Semua blok juga dilapisi dengan kawat berduri bagi mengelakkan tahanan cuba terjun dan membunuh diri. Tahanan yang mati diseksa akan dicampak saja manakala yang cuba melawan akan di tusuk di kepala dengan sabit.

Maha kejam.


Disini juga ada dipamerkan semua gambar-gambar tahanan yang menjadi mangsa. Setiap mangsa yang dibawa kesini akan direkodkan nama dan gambar diambil.

Dimaklumkan juga bahawa daripada kira-kira 17,000 orang tahanan yang diseksa di sini, hanya 7 yang terselamat dari dibunuh.

Sedih.



Selepas selesai melawat Tuol Sleng, destinasi seterusnya ke Russian Market. 

Mula-mula ingatkan ada la barangan berunsur Rusia di sini, yang ada macam kat uptown je. T-shirt, kasut, cenderamata etc etc. Tiada apa yang dibeli disini. Terus pula ke Monumen Kemerdekaan, Istana Cambodia & Wat Phnom. Semua tempat ni tak masuk pun, cuma tengok dari luar pasal nampak tak berapa menarik sangat.

Singgah kejap kat Cambodia Post Office beli setem dan hantar poskad balik ke Malaysia. Setem untuk poskad ke Malaysia ialah 2000 Riel (lebih kurang RM1.50). Akhir sekali, singgah di Central Market beli keychain dan fridge magnet untuk mereka yang mengirim. Dan juga beli cincin :D

Hari terakhir di Cambodia, flight balik pun dah pukul 8 pagi so just checkout hotel dan terus ke airport.

Aku sangat seronok dan puas hati dengan trip ni. Banyak perkara yang aku pelajari dan banyak perkara yang membuka minda aku.

Insya-Allah, aku akan kembali lagi :)

2 comments:

akusangpenerbit said...

Tqs for the cincin..me love u long time..

muhamadakmalwahab said...

kejam kan...gilosss are itu worang...