Tuesday, January 31, 2012

Kembara Cambodia - Day 4 & 5

 

Hari keempat di Cambodia. 

Misi pertama hari ini ialah melawat The Killing Fields a.k.a Choeung Ek. Tuk-tuk dah bersedia awal membawa kami ke sana. Tempatnya kira-kira 15km diluar Phnom Penh, antara tempat wajib pergi kalau sampai disini.


Di sini tempat ribuan rakyat Khmer dibunuh beramai-ramai oleh rejim Pol Pot. Suasana disini agak hening. Tiket masuk berharga USD2 seorang (tanpa audioguide). Bangunan utama disini ialah sebuah menara atau stupa yang menempatkan ribuan tengkorak dan tulang-tulang mangsa pembunuhan. Longgokan pakaian mangsa juga ditempatkan di aras paling bawah sekali. 

Tengkorak diletakkan di aras-aras bawah manakala tulang-tulang lain diletakkan di aras yang lebih tinggi.


Di sekeliling stupa pula menempatkan banyak kubur besar tempat mayat dibuang. Kami juga dimaklumkan belum semua kubur telah digali.

Kawasan The Killing Fields ini juga asalnya ialah tapak perkuburan Cina. Tentera rejim Pol Pot memusnahkan semua kubur sedia ada dan jadikan tempat pembunuhan rakyat mereka sendiri.


Terdapat juga dua pokok besar yang jadi tumpuan. Satu pokok dijadikan tempat menghempas kepala kanak-kanak dan bayi manakala satu lagi pokok tempat menggantung pembesar suara yang memainkan muzik kuat. Ini bertujuan untuk menutup bunyi jeritan mangsa yang sedang diseksa / dibunuh. 
 
Di sana-sini ada bekas-bekas kaca mempamerkan tulang-tulang, pakaian serta gigi mangsa yang telah digali.



Ada tayangan video di muzium sini yang memberi gambaran lebih jelas tentang cara pembunuhan dilakukan. Mangsa dewasa dikelar leher atau dipecahkan kepala manakala bayi dan kanak-kanak pula dihayun ke pokok sampai mati.

Gila babi kejam rejim Pol Pot ni -.-

Selepas Choeung Ek, kami menuju ke Tuol Sleng Genocide Museum, juga dikenali sebagai S21 Prison. Inilah tempat semua mangsa tahanan rejim Pol Pot dipenjara dan diseksa sebelum dihantar ke Choeung Ek untuk dibunuh.



Asalnya bangunan ini merupakan sebuah sekolah, kemudian dijadikan pusat tahanan dan penyeksaan dan kini dijadikan muzium.
Ada 4 blok di sini. Blok A menempatkan tempat seksaan. Ada bilik-bilik yang mempamerkan tempat seksaan dan gambar mayat-mayat yang ditemui.

Serius sadis.


Blok-blok yang lain pula menempatkan sel tahanan yang sangat kecil. Alat-alat seksaan juga dipamerkan serta diorama dan gambaran seksaan yang dijalankan.

Semua blok juga dilapisi dengan kawat berduri bagi mengelakkan tahanan cuba terjun dan membunuh diri. Tahanan yang mati diseksa akan dicampak saja manakala yang cuba melawan akan di tusuk di kepala dengan sabit.

Maha kejam.


Disini juga ada dipamerkan semua gambar-gambar tahanan yang menjadi mangsa. Setiap mangsa yang dibawa kesini akan direkodkan nama dan gambar diambil.

Dimaklumkan juga bahawa daripada kira-kira 17,000 orang tahanan yang diseksa di sini, hanya 7 yang terselamat dari dibunuh.

Sedih.



Selepas selesai melawat Tuol Sleng, destinasi seterusnya ke Russian Market. 

Mula-mula ingatkan ada la barangan berunsur Rusia di sini, yang ada macam kat uptown je. T-shirt, kasut, cenderamata etc etc. Tiada apa yang dibeli disini. Terus pula ke Monumen Kemerdekaan, Istana Cambodia & Wat Phnom. Semua tempat ni tak masuk pun, cuma tengok dari luar pasal nampak tak berapa menarik sangat.

Singgah kejap kat Cambodia Post Office beli setem dan hantar poskad balik ke Malaysia. Setem untuk poskad ke Malaysia ialah 2000 Riel (lebih kurang RM1.50). Akhir sekali, singgah di Central Market beli keychain dan fridge magnet untuk mereka yang mengirim. Dan juga beli cincin :D

Hari terakhir di Cambodia, flight balik pun dah pukul 8 pagi so just checkout hotel dan terus ke airport.

Aku sangat seronok dan puas hati dengan trip ni. Banyak perkara yang aku pelajari dan banyak perkara yang membuka minda aku.

Insya-Allah, aku akan kembali lagi :)

Monday, January 30, 2012

Kembara Cambodia - Day 3




Hari ketiga di Cambodia. Tiba masa untuk meninggalkan Siem Reap.

Kami bangun awal, packing barang dan terus check-out dari hotel pasal bas ke Phnom Penh datang menjemput kami di pintu hotel pukul 8 pagi. Bermula lagi perjalanan kematu bontot selama 6 jam dalam bas. 


Tiba di Phnom Penh pada pukul 2.30 petang dan terus ke Asia Hotel, penginapan kami di Phnom Penh. Hotel ni lebih kurang harga macam hotel Ta Phrom di Siem Reap gak tapi tak se-best Ta Phrom. Tak kisah la, hotel ni aku pilih atas beberapa sebab; lokasi yang strategik, dekat dengan Central Market, harga satu malam kurang dari RM100 dan ada KFC dalam hotel tu. Bab makanan halal dah settle.

Sepanjang petang kami berehat je tengok TV. Penat duduk dalam bas dan penat daki Angkor Wat masih bersisa lagi. Malam je baru keluar, jalan-jalan di riverfront atau juga dikenali sebagai Sisowath Quay. 

Agak happening gak waktu malam disitu. Penuh dengan manusia menikmati pemandangan malam, kumpulan orang dewasa menari poco-poco(?) dan kumpulan remaja menari ala K-Pop(!). 


Dinner malam itu dinikmati di Restaurant Asmak 81, mencuba hidangan ala Khmer. Sedap gak, macam masakan Thai tapi kurang pedas. Makan-makan sambil menggelakkan translation english yang agak WTF.

Rehat awal, esok mahu ke Killing Fields dan Genocide Prison pula.

Saturday, January 28, 2012

Kembara Cambodia - Day 2

Hari menjelajah Angkor Archaeological Park tiba jua. Bangun awal, breakfast dan tunggu tuk-tuk datang pukul 7 pagi. Sebenarnya boleh juga untuk pergi seawal 5 pagi nak tengok sunrise di Angkor Wat, tapi bukankah tidur itu suatu nikmat? hehehe....

Tiket masuk Angkor Archaeological Park untuk satu hari ialah USD20. Siap amik gambar lagi kat pass masuk tu. Mula-mula ingatkan terus pergi Angkor Wat, tapi brader tuk-tuk tu nasihatkan pergi Bayon Temple untuk elak crowd ramai di Angkor Wat waktu pagi. 



Perhentian pertama ialah South Gate of Angkor Thom. Kira pintu masuk la ni.

Sekejap je kat sini, terus ke Bayon Temple. Yang ni memang besar dan penuh dengan menara bermuka empat. Setiap satu muka menghala ke timur, barat, utara dan selatan. Kira dewa diorang ni ada mata di segenap alam la kot. 
 

Bayon Temple memang besar. Tapi tak terlalu tinggi. Boleh lagi panjat sampai ke puncak.

Seterusnya, ke Baphuon Temple. Yang ni lebih besar dan tinggi dari Bayon Temple. Jalan masuk aje dah 200 meter. 



Temple ni bertingkat-tingkat. Tangga yang disediakan pulak sangat la curam. Nak naik dan turun kena mengetam, takut hilang balance. Mencungap gak sampai ke atas sekali.

Sayangnya kat atas tu ada satu lagi tingkat, tapi ditutup. Takut roboh kot.



Perjalanan diteruskan ke Phimeanakas Temple lak. Penuh dengan patung singa yang dah pecah. Ada juga yang yang masih elok dan berlumut.

Next, Elephants Terrace. Ni asalnya pintu masuk utama sebelum mengadap raja. Penuh dengan ukiran gajah dan lambang kekuatan tentera Khmer dulu.

Last sekali, Leper King Terrace. Dikatakan dulu ada dua raja Khmer yang berpenyakit kusta dan terpaksa diasingkan dari pembesar istana. Dan disinilah tempat diorang bersemayam. Agaknya kot.

Selesai dengan kompleks situ, sambung naik tuk-tuk terus ke Ta Keo Temple. Temple ni adalah satu-satunya temple yang tak pernah siap dibina. Besar jugak la. Tak larat nak pusing habis.

Perhentian seterusnya ialah Ta Phrom Temple. Juga dikenali sebagai Tomb Raider Temple pasal dulu filem Tomb Raider shooting kat sini. Popular dengan pokok-pokok besar yang dah jadi sebahagian dari temple tu sendiri.


Sayangnya kerja-kerja restoration sedang giat dijalankan. Dapat masuk kawasan depan, tepi dan belakang je. Kawasan tengah ditutup kepada pelancong.

Lunch kejap. Kat dalam kompleks ni takde restoran halal, so makan seafood la macam biasa.
Dan akhirnya; Angkor Wat!


Seriously magnificent. Memang besar dan dikelilingi terusan air selebar 200 meter. Ada 5 pagoda utama di bangunan utama Angkor Wat. 5 pagoda ni melambangkan 5 puncak Gunung Meru dalam mitos Hindu. 

Asalnya Ankor Wat ni dibina sebagai kuil Hindu dan kemudian dijadikan kuil Buddha. Itu sebab kenapa di dinding penuh dengan ukiran Dewa Vishnu tapi setiap lorong dipenuhi patung Buddha.


Tangga naik ke pagoda utama sangat la curam. Mengetam lagi. Tapi puas woi dapat sampai tingkat atas sekali. Berbaloi!

Untuk naik ke tingkat atas sekali ada had bilangan yang dibenarkan. Petugas situ akan pastikan ada orang yang turun sebelum benarkan orang lain naik. Isu keselamatan rasanya.


Keluar dari Angkor Archaeological Park dalam pukul 4 petang dan terus ke Tasik Tonle Sap. Tasik ni ialah tasik terbesar di Asia Tenggara. 

Melihat kehidupan rakyat Khmer sambil menikmati sunset. Sangat cantik.


Kat perkampungan air Tonle Sap bukan sekadar adarumah terapung, malah kedai terapung, bengkel terapung, gereja terapung, sekolah terapung dan gelanggang badminton terapung! 

Selesai di Tonle Sap kami kembali semula ke hotel, rehat kejap dan ke Pub Street pulak untuk lepak sambil layan tarian Apsara.


Kalau di Bali ada tarian Kecak dan di Thailand ada tarian bogel, di Cambodia pula ada tarian Apsara. Wajib tengok kalau dah sampai sana.

Akhir sekali, pergi foot massage sebelum balik hotel. Gila sedap kena urut :p

Friday, January 27, 2012

Kembara Cambodia - Day 1


Isnin 23 Januari lepas aku bersama Abby bertolak ke Cambodia. Dua tujuan; pertama untuk menyambut hari ulangtahun Abby dan kedua, satu lagi negara dalam misi Asia Tenggara aku. 

Flight AirAsia dah ditempah sejak Ogos tahun lepas dan hotel penginapan juga dah ditempah lebih awal. 23 dan 24 Januari adalah Tahun Baru Cina, jadi lebih baik bersedia lebih awal. Setelah terbang 1 jam 30 minit, kami selamat mendarat di Phnom Penh International Airport jam 8 pagi. 



Dari airport terus menuju ke bandaraya Phnom Penh menaiki tuk-tuk. Sementara menunggu bas ke Siem Reap, jalan-jalan jap keliling bandar. Cuaca serupa macam Malaysia, panas dan lembap. Walaupun bandar Phnom Penh agak berdebu, tapi bersih. Nak jumpa tong sampah yang penuh pun susah. Singgah jap kat satu restoran Melayu, brunch dulu.

Tepat jam 1 tgh, bertolak dengan bas terus ke Siem Reap. Perjalanan selama 6 jam. Kematu bontot wehh... Berhenti sekali je, itu pun 20 minit kasi luruskan kaki.



Tiba di Siem Reap dalam pukul 7.30 mlm. Terus ke hotel Ta Phrom. Dalam website nampak lawa, dan realitinya memang cantik hotel ni. Penuh ukiran kayu, staff yg friendly, aircond sejuk dan hot shower. Lokasi pun sangat strategik, betul-betul depan Angkor Night Market dan 5 minit ke Pub Street. Harga satu malam: RM65. 

Highly recommended.



Lepas rehat sikit lebih kurang, kami ke Angkor Night Market. Biasa la, barangan cenderahati, keychain, t-shirt, fridge magnet etc etc. Ada satu ice cream snow kat sini yang sangat power dan sedap mencengkam.

Terjumpa lak satu movie hall lak yang tayang dokumentari sejarah Cambodia. Alang-alang dah sampai, amik la satu tayangan dokumentari sejarah Pol Pot. 



Abis tayangan dalam pukul 12.00 tgh mlm, esok pun nak jelajah Angkor Archaeological Park so singgah jap Pub Street cuci mata, balik hotel dan tido.


Sunday, January 15, 2012

Yellow Cab Pizza

Aku dah lama teringin nak cuba makan kat Yellow Cab Pizza. Asyik makan Pizza Hut & Domino's pun bosan gak. Lebih-lebih lagi bila aku memang suka cuba benda baru yang di luar kebiasaan. Ada banyak pilihan bagi penggemar pizza kat KL ni, so kenapa nak hadkan pilihan?

Jadi nak dijadikan cerita pada Sabtu lepas aku berkesempatan melepak di area Kg Baru. Alang-alang nampak pulak Yellow Cab Pizza di corner Jalan Yap Ah Shak (dekat Asian Heritage Row). Warna kuning terang memang senang nampak dari jauh. Siap ada deretan Vespa kuning kat depan. 

By the way, Yellow Cab Pizza ni berasal dari Filipina ye. Bukannya New York hahaha. 

Aku order semangkuk spaghetti dan sekeping pizza 10". Nak merasa je kan? :p



Rasanya sungguh MARVELOUS!

Memang sedap, sungguh cheesy dan lembut. Lebih sedap dari Domino's. No wonder la makin banyak cawangan dibuka. Memang tidak mengecewakan. Sekeping pizza habis dalam 10 minit. 

Aku tak order apa-apa side dish, sekadar makan pizza je.

Kalau aku nak komplen pun, maybe tentang penggunaan olive oil yang sungguh generous. Aku tak kisah, pada aku rasa olive oil ni mmg sgt penting dengan pizza. Tapi lain orang, lain rasa. Tak tahu la korang camana kan.

Anyway, aku sangat berkenan dengan pizza di Yellow Cab Pizza ni. Rasa macam nak repeat lagi. Anyone wanna join? :)

Friday, January 13, 2012

New Year, New Berry



Alkisah Bold 9000 aku telah menemui ajalnya bulan lepas setelah berkhidmat selama 3 tahun setengah. Pada awalnya aku fikirkan masih lagi boleh diselamatkan macam dulu, tapi nampaknya dah tamat riwayat.

Jadi sempena tahun baru 2012, aku perlukan handset baru. terfikir juga nak guna handset lain pulak. Aku agak berkenan dengan Nokia Lumia 800, tapi sayang masih belum ada kat Malaysia.

Akhirnya aku memilih Torch 9810 @ Torch 2 sebagai pengganti. Apa boleh buat, aku memang BB FanBoy. Lagipun dah lama aku teringin nak guna handset slider. 

Terima kasih Bold 9000, jasamu takkan dilupa.