Monday, December 31, 2012

Refleksi 2012

Hari terakhir 2012, aku tak bercadang nak membuat azam baru. Membuat azam bukan perangai aku sejak dulu lagi. Bagi aku, sebuah azam tak perlu nak tunggu tahun baru, atau tarikh cantik baru nak buat. Sekali dah nekad, teruskan saja.

Apa pencapaian aku aku pada tahun 2012? Pencapaian hanya boleh diukur jika ada matlamat. Macam KPI la konon. Soal pencapaian ni bagi aku hanya menambah tekanan tak perlu, jadi aku abaikan saja. Lebih banyak lagi suka-duka aku sepanjang tahun ni yang boleh aku kongsi bersama.

Jadi sebagai entri penutup tahun 2012, aku flashback semula beberapa pahit manis kehidupan aku.



  • Kembara ke Cambodia
Salah sebuah negara dalam Misi Asia Tenggara aku yang berjaya dilawati. Trip ni juga antara trip yang paling aku enjoy. Keindahan Angkor Wat dan kesan kekejaman rejim Pol Pot antara penyebab utama. Insya-Allah, aku bakal kembali lagi.

  • Kembara ke Laos
Satu lagi negara dalam Misi Asia Tenggara aku yang berjaya dilawati. Melepak di pergunungan Vang Vieng dan kota Vientiane. Plan asal nak ke Luang Prabang terpaksa kansel pasal jauh sangat. Mungkin boleh buat alasan untuk second trip :)

  • Kembara ke Koh Samui, Thailand
Trip ni tiada dalam perancangan asal 2012. Lebih kepada plan terkejut. Tiba-tiba suatu hari terdetik nak ke Koh Samui, jadi terus start kereta dan drive ke sana. Pulau yang cantik, sesuai untuk percutian relaks.

  • Berjumpa Yuna
Aku suka Yuna.

  • Kemalangan
Pertama kali aku kemalangan teruk sampai kereta kena angkut masuk bengkel, gara-gara kena langgar dengan lori. Alhamdulillah tiada sebarang kecederaan, cuma hati yang remuk tengok kereta kesayangan patah riuk. Ntah bila nak keluar bengkel. Nasib baik aku ada motor.

  • Cahaya Balqis
Anugerah dari Allah, setelah 6 tahun menunggu akhirnya dia datang jua. Namun Allah lebih menyayangimu. Aku yakin setiap kejadian ada hikmahnya, dan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kami. Insya-Allah kita akan bertemu lagi nanti. Al-Fatihah untukmu wahai anakku.

Sudah tentu kehadiran dan pemergian anakku paling meninggalkan kesan. Aku pasrah.



Apa harapan aku untuk tahun 2013? 

Entah. Aku hanya mampu merancang, Allah penentu segalanya.

Selamat tahun baru 2013.

Friday, November 30, 2012

Review - Life of Pi




Aku tak ingat bila aku baca novel karya Yann Martel ni. Karya ini juga antara novel yang dikatakan sebagai "mustahil" untuk difilemkan, sama seperti novel Perfume: Story of A Murderer dulu. Sekali lagi Ang Lee membuktikan mengapa dia adalah antara pengarah terbaik masa kini.

Mengisahkan perjalanan hidup Pissing Piscene Molitor Patel (Pi), satu-satunya yang terselamat dari  ribut yang menenggelamkan kapal yang turut mengorbankan keluarga dan haiwan zoo dari India ke Kanada. Dalam usahanya untuk terus hidup (bersama seekor harimau Bengal), dia juga berusaha mencari makna kehidupan dan kepercayaan kepada tuhan.

Antara filem terbaik pernah aku tonton. 

Tuesday, November 27, 2012

World of Coffee by illy




Weekend lepas aku dapat jemputan menghadiri bengkel World of Coffee by illy. Bengkel selama 2 jam ni dijalankan di Universita Del Caffe (Universiti Kopi???), Phileo Damansara.

Sebagai penggemar kopi, sudah tentu aku teruja. Asyik minum kopi je, kali ni nak tahu lebih lanjut gak pasal kopi.




Sebagai pengenalan, kami diberi pengenalan dan sejarah biji kopi dan jenis-jenis kopi yang ada. Yang aku tau selama ni cuma Arabica dgn Robusta je, rupanya banyak jenis lagi. Antara fakta yang aku pelajari;


  • 10 gram kafein boleh membunuh, tapi sebanyak 200 cawan kopi diperlukan untuk dapat 10 gram kafein. So setakat minum 2-3 cawan sehari tu insya-Allah tak keracunan kafein :p
  • Suhu, masa proses, tahap tekanan, kualiti biji kopi semuanya memainkan peranan berbeza. Sedikit perubahan akan membawa rasa yang berlainan.
  • Espresso = express order. Jenis kopi yang paling cepat disediakan.
  • Proses menghasilkan kopi dah macam eksperimen sains Form 5. Bukan sekadar taruk kopi dan curah air panas. Ada proses Drip, French Press, Japanese Siphon etc etc. Best gak hahaha





Terima kasih kepada Espressamente illy Malaysia yang buat bengkel ni dan ThirstMag yang jemput aku.


Monday, November 26, 2012

Poskad: Delhi & Krabi



Satu dari Delhi, India & satu dari Krabi, Thailand.

Thanks Hasina & Mala! :D

Wednesday, October 31, 2012

Dan Kudoakan Kebahagiaan Ke Akhir Hayat





Tahniah Mala.



"A real woman doesn't let her husband leave the house hungry or horny" - Anon.

Tuesday, October 30, 2012

Pusara







Akhirnya setelah hampir 3 bulan Cahaya pergi meninggalkan dunia ini, siap jua pusara tempat persemadiannya.

Al-Fatihah.

World Walking Day 2012




Sekali lagi aku menyertai walkathon tahunan anjuran Nestle ni. Tempat yang sama jua, di Putrajaya. Cuma tahun ni agak spesel sikit memandangkan tahun ni genap 100 tahun Nestle bertapak di Malaysia.

Warna baju tahun ni pun sama macam tahun lepas. Tak kisah la, baju free :p


PANORAMA: 6,000 peserta.

Next week; marathon another walkathon!

Tuesday, October 9, 2012

KFC World Hunger Relief 2012


Sekali lagi aku menyertai acara tahunan ni. Masuk tahun ni dah 4 tahun berturut-turut. Nak masuk marathon, aku sedar keupayaan diri. So, masuk walkathon je la :p

Macam biasa, tahun ni tshirt warna ungu lak. Warna tak jadi hal pada aku, yang penting material yang selesa dan menyerap peluh.

Nampaknya tahun ni penyertaan hampir 12,000 orang. Penuh seluruh dataran depan Istana Kehakiman. Putrajaya bertukar warna petang tu.



OK, jumpa lagi kat event tahun depan!

Wednesday, September 26, 2012

Ceramah & Penceramah



Alkisah aku baru pulang dari sebuah kursus di luar negeri. Minggu depan ada lagi kursus yang akan aku hadiri, cuma lokasi di utara Semenanjung pula.

Aku tak kisah ke kursus, malah sangat mengalu-alukan kalau kursus yangditawarkan itu memang aku minati dan boleh memberi manfaat sama ada kepada kerja harian. Kursus juga adalah salah satu cara rehat sebentar dari tugasan harian dan bertemu sahabat seangkatan dan berkenalan sekaligus menambah networking

Slot ceramah memang tak boleh nak dielak. Itu sudah pasti ada. Kadangkala penceramah dalaman, kadangkala penceramah luaran. Itu tidak penting. Yang penting ialah isi ceramah, dan gaya penceramahan. Dah banyak kursus yang aku ikuti, dan aku yakin hampir setiap kursus ada golongan penceramah begini.


  • Bosan Dan Delusional
Penceramah bosan ni ada banyak. Membosankan kerana lari tajuk, nada suara yang monotonous, membaca dari slide, yang tak faham tajuk dan gaya penyampaian yang membuai peserta ke alam mimpi. Dan dia rasa peserta sangat berminat!

  • Bil Air Tertunggak
Biasanya penceramah ialah lelaki berusia separuh abad dan berambut tipis di tengah. Setiap kali ceramah akan ada menyelitkan topik pengalaman malam pertama, tips gagah di ranjang dan kegelisahan bila hujan pada malam Jumaat. Kononnya nak menyegarkan peserta dengan elemen lucu, buat malu je ada la.

  • Mat Tengking
Penceramah jenis ni sangat la tak digemari. Bercakap macam nak mengulum mikrofon dan pecahkan gendang telinga peserta. Ada beza ye antara berceramah dan memekik. Tidak diketahui sama ada dia sangat suka dengar suara dia sendiri.

  • Pengantin Dalam Kelambu
Ini juga antara penceramah yang tak digemari. Bukan bercakap, tapi lebih kepada berbisik. Bila ceramah dah macam siaran DJ Klasik Nasional di waktu malam, jangan la hairan bila peserta mula tidur / berborak / melukis / lepak toilet hisap rokok.

  • Hanya Aku Yang Betul
Yang ini lebih kepada masalah ego. Semua pendapat lain adalah salah. Semua pertanyaan yang memberi cadangan berbeza adalah salah. Semua teguran adalah salah. Lantak kau la.



Apa boleh buat? Isi je la borang penilaian kursus!

Wednesday, September 12, 2012

Panduan Jalan Darat Ke Koh Samui



Ada dua cara dari Kuala Lumpur ke Koh Samui melalui jalan darat; sama ada naik bas atau drive sendiri. Kedua-dua aku dah buat, jadi aku nak berkongsi caranya :D

Naik Bas:

  • Bas dari KL ke Hatyai tiket berharga RM45. Pilihan terbaik ialah naik bas pukul 8 atau 10 malam untuk sampai ke sempadan waktu subuh esoknya sebelum terus ke Hatyai.
  • Dari Hatyai, pergi ke mana-mana travel counter dan amik pakej Van + Feri ke Koh Samui. Harga dalam 400-500 Baht (RM40-50). 
  • Dari Hatyai van akan mengambil masa 5 jam untuk sampai ke pekan Surat Thani sebelum terus ke jeti Donsak. 
  • Dari feri Don Sak, bergantung pada travel agent, naik feri terus ke Koh Samui. Perjalanan feri mengambil masa 1 jam 30 minit.

Drive Sendiri:
  • Drive dari KL ke Bukit Kayu Hitam, selesaikan urusan insurans dan pasport di imigresen sebelum drive terus ke Hatyai. Bayaran insurans bawa masuk kenderaan ke Thailand ialah RM25 untuk 9 hari.
  • Dari Hatyai, pandu ikut Lebuhraya 41 terus ke Surat Thani. Kalau ada GPS, set terus ke Don Sak Ferry Pier. Tiada sebarang tol dari Hatyai ke Don Sak.
  • Tiba di Don Sak, beli tiket Raja Ferry, ini satu-satunya perkhidmatan feri yang membawa penumpang dan kenderaan ke Koh Samui. 
  • Harga tiket feri ialah 470 Baht (RM47) bagi Pemandu + Kenderaan.
  • Harga tiket feri bagi penumpang biasa ialah 150 Baht (RM15).
  • Perjalanan feri selama 1 jam 30 minit dan akan berlabuh di Lipa Noi, Koh Samui.

Mudah saja sebenarnya. Sebelum ni aku ke Krabi melalui jalan darat pun sama saja sehingga ke Hatyai. Hatyai sebagai pusat transit perjalanan sama ada bas, kereta, keretapi atau kapal terbang.

Kembara lepas ni mungkin nak naik terus ke Bangkok dan Chiang Mai pula, insya Allah :)

Sunday, September 9, 2012

Kembara Koh Samui - Bhg 3

Seterusnya kami terus ke Chaweng Beach, pantai utama yang menjadi tumpuan para pelancong. Walaupun kawasan ni sangat komersial, namun pantainya masih lagi cantik dan kebiruan. Banyak sungguh yang berjemur kat sini. 

Jalan-jalan sampai lapar, kemudian singgah di Restoran Fareast. Seperti biasa, isi perut dulu. restoran ni agak popular di Chaweng Beach memandangkan tak banyak restoran halal di kawasan Chaweng. Tak kisah la, janji ada.





Selesai mengalas perut, kami meneroka segala ceruk kawasan Chaweng. Sempat juga singgah di Samui Airport, saja nak bergambar.

Agenda seterusnya nak mengunjungi Big Buddha, patung besar di atas bukit. Namun rupanya lokasi agak jauh dan macam buang masa je. Jadi lepak saja di kawasan Chaweng.

Malamnya kami ke Chaweng Walking Street.

Tak jauh beza dengan night market di Hatyai, Krabi dan Phuket. Barangan yang hampir sama.






Kemudian kami ke Soi Green Mango, kawasan nightlife Chaweng. hebat juga dengan bar, kelab-kelab muzik elektronik, restoran dengan live band, kabaret pondan dan persembahan showgirls Rusia. Tidak dilupakan juga deretan pusat-pusat urut yang amat murah.

Hebat. Tapi still tak boleh lawan Phuket.

Jam 11.00 malam, kami bergerak pulang ke Lamai. Ada satu lagi agenda kami sebelum pulang ke hotel: pertandingan tomoi.




Pertandingan tomoi bila ditonton secara live sangat beza feelingnya. Terasa kemeriahan para penyokong, kekuatan hayunan kaki dan penumbuk, keghairahan gadis-gadis manis separa bogel mempromosi minuman dan keseronokan para pengunjung.

Announcer lantang bagi ulasan. Haram tak faham, cakap Siam.

Selain dari lelaki VS lelaki, ada juga wanita VS wanita. Penampilan intimewa: pondan VS pondan. Agak kelakar.




Sekitar jam 1.00 pagi kami dah keletihan amat. Balik hotel & tidur.

Esok pagi akan checkout dan ke Hatyai pula.

Saturday, September 8, 2012

Kembara Koh Samui - Bhg 2




Pagi di Samui. Bangun tidur disambut dengan deruan ombak dan semangat jelajah pulau.

Memandangkan kami ada kenderaan sendiri, jadi tak perlu nak ikut sebarang tour. Segalanya boleh dijejaki berdasarkan GPS Garmin. Tempat pertama kami pergi ialah Samui Aquarium & Tiger Zoo. Melihat harga masuk berharga 950 Baht (RM95), kami terus blah. Gile mahal takat nak tengok ikan dan harimau.





Destinasi seterusnya ialah Baan Chang Elephant Trekking. Ini juga merupakan pengalaman pertama kami menaiki gajah. Tak jauh beza dengan menaiki kuda, pergerakan pinggang amat penting :p

Gajah kami bernama Anita, baru berusia 25 tahun. Ditemani penjaga gajah, kami berpusing-pusing dalam hutan di kaki bukit itu. Kami ambil pakej 30 minit saja. Kalau pakej 60 minit gajah akan bawa ke air terjun Na Muang. Tak perlu lah semua tu. Banyak lagi tempat nak pergi.





Seterusnya kami mencari tempat perlawanan kerbau. Yup, sini ada gelanggang lawan kerbau. Malangnya tempat yang dicari sangat confusing, last-last kami give up. 

Hasrat seterusnya nak mencari Mummified Monk, satu tokong dimana ada mayat seorang sami yang dah diawet dan dipamerkan. Entah kenapa, tak jumpa lokasi tokong ni. Give-up lagi.

Terus pula ke Samui Viewpoint. Ada tokong apa tah kat atas ni, dan ada satu Buddha emas tengah mengiring. Bergambar kejap kat sini. Pandangan pulau dan laut dari sini sangat cantik.




Tengahari menjelma. Perut dah lapar.

Kami terus ke pekan Lamai dan mencari restoran halal. Tak susah mencari, di sini ada saja restoran halal. Perhatikan saja simbol bulan sabit dan bintang.

Disini juga berjumpa dengan group motor dari Sungai Petani. Sama-sama buat weekend trip ke Samui. 




Selesai lunch, terus ke Chaweng Beach. Tengok apa ada di sana...

Friday, September 7, 2012

Kembara Koh Samui - Bhg 1




Weekend lepas aku berkesempatan travel ke Koh Samui, Thailand. Dah lama teringin ke pulau indah ini, namun baru kini dapat jejak kaki ke sana.

Yang lebih menarik, kali ni aku berkembara bukan menaiki bas, tetapi menaiki Toyota Landcruiser dari KL terus ke Koh Samui bersama Abby. Jalan ke sana serupa dengan jalan ke Koh Phangan, jadi aku tahu serba sedikit berdasarkan memori kembara jalan darat aku ke Koh Phangan dahulu.

Perjalanan telah dirancang sejak dua bulan lepas, dan tepat jam 12.00 tengah malam Khamis lepas, kami bertolak dari KL terus ke Bukit Kayu Hitam.Sasaran kami ialah sampai disana selepas subuh dan selesaikan urusan insurans dan pasport sebelum terus ke Hatyai.

Selesai segalanya, kami terus bergerak dari Hatyai ke Surat Thani terus ke Don Sak untuk menaiki feri ke Koh Samui. Perjalanan ini mengambil masa 5 jam. Pelabuhan ini juga ialah tempat menaiki feri ke Koh Phangan.




Kami berjaya dapatkan tiket feri jam 4 petang. Perjalanan feri selama sejam setengah. Kalau ke Koh Phangan ialah selama 2 jam setengah.

Raja Ferry adalah satu-satunya feri yang bawa kenderaan ke Samui, yang lain cuma bawa penumpang sahaja. Feri ini mendarat di Lipa Noi, Koh Samui. Satu lagi perkhidmatan feri iaitu Seatran mendarat di Nathon. 




Selepas mendarat di Lipa Noi, kami terus drive ke Lamai Beach, salah satu pantai tumpuan di Koh Samui selain Chaweng Beach.

Kami memilih untuk check-in di Lamai Inn 99 berdasarkan lokasi di hadapan pantai, harga yang ok dan berdekatan dengan restoran halal & kampung Melayu Koh Samui.

Selepas selesai check-in dan rehat, dinner time!



Pilihan kami tak sia-sia. Makanan di restoran ni memang sangat sedap! Dan harga lebih murah dari di KL. Seafood yang amat segar. Yang paling power ialah sambal belacan Siam. Sampai menjilat-jilat!

Sambil makan sambil berborak dengan tuan kedai. Pandai berbahasa Melayu dan juga offer segala macam tour yang ada kat Samui.

Selesai makan, kembali ke hotel untuk rehat. Esok mahu menjelajah pulau!



Sampai jugak aku di Koh Samui :D

Wednesday, September 5, 2012

Panorama Laos

Gambar-gambar dalam gaya panorama. Amik guna handset je memandangkan sistem Android 4.0 turut disertakan fungsi ini. Nak beli kamera yang boleh swipe panorama, aku belum mampu. So ini je la yang boleh aku layan.

Enjoy.


Panorama dari balkoni bilik hotel di Vang Vieng.


 Panorama Sungai Nam Song di waktu petang.


 Panorama Patuxay Park menghadap Patuxay.


 Panorama kotaraya Vientiane dari atas Patuxay.


 Panorama dataran dihadapan Pha That Luang, Vientiane.


*Klik gambar untuk saiz lebih besar.

Friday, August 31, 2012

Kembara Laos - Bhg 3

Pagi terakhir di Vang Vieng.

Macam semalam, sarapan yang sama: baguette dan telur goreng. Selepas pulangkan motorsikal sewa dan check-out, kami bergerak ke stesen bas untuk kembali ke Vientiane.

Kali ini pilihan kami adalah tepat; amik bas pelancong pulak. Minibus actually. Penuh dengan pelancong Caucasian dan pelancong Korea. Suasana lebih selesa dan lebih laju. Dijadualkan bertolak jam 10.00 pagi. Harga sama seperti bas ekspres rakyat tempatan; 60,000 Kip seorang.

Kami tiba di Vientiane 3 jam setengah kemudian. Baru la efisyen! :p Tapi agak aneh bila kami diturunkan bukan di stesen bas, tapi berdekatan Stadium Chao Anouvong. Tak mengapa la, pasal hotel yang ditempah pun dekat je so kami jalan kaki ke Inter City Boutique Hotel

Aku memilih hotel ni atas beberapa sebab iaitu lokasi 50 meter dari depan sungai Mekong, terdapat restoran halal di sebelah hotel dan Vientiane Night Market juga di hadapan hotel.

Selepas check-in dan berehat sebentar, kami meneruskan agenda meneroka Vientiane. Agenda pertama: pergi pejabat pos untuk beli setem poskad cenderahati :D

Agenda kedua: Pha That Luang. Sebuah tokong emas sebagai simbol nasional negara Laos.





Ada dataran yang agak luas dihadapan Pha That Luang, mengingatkan aku kepada Dataran Tianamen di Beijing. Tapi dataran ini tidak berturap, agak berdebu dan hanya penuh bila festival That Luang diadakan. 

Sempat juga singgah sebentar di Ban Nongbone atau Monumen Revolusi Lao.






Agenda ketiga: Patuxay atau Gerbang Kemenangan Rakyat Laos.





Tersergam megah di tengah-tengah Patuxay Park, asalnya kerajaan Amerika memberi bantuan simen dan kewangan kepada kerajaan Laos untuk membina lapangan terbang baru. Namun Laos memandai buat Patuxay sebagai lambang kemenangan dan kemerdekaan dari Perancis. Agak ironik bila Patuxay dibina berasaskan Arc De Triomphe di Paris. 

Mungkin Laos tak faham maksud ironi :p

Agenda keempat: That Dam atau Black Stupa.






Lagenda Laos menyatakan dalam That Dam ni ada naga berkepala tujuh yang melindungi rakyat Laos dari serangan tentera Siam pada tahun 1827. Kononnya la...

Dari That Dam kami menuju ke Fathima Restaurant yang menghidangkan masakan halal India dan Malaysia. Rasanya inilah satu-satunya restoran hidangan Malaysia di Vientiane. 

Sedap!





Seterusnya kami melawat Namphou Fountain, Masjid Jamia Vientiane dan Tugu Raja Anouvong di Dataran Anouvong, Mekong Riverside.


Di Dataran ini juga ada aerobik beramai-ramai. Agaknya acara harian kot.





Menikmati sunset di Mekong Riverside sebelum ke night market mencari barangan cenderahati dan t-shirt sebagai kenangan. Harga macam biasa, kena tawar-menawar seagresif mungkin :p


Peniaga-peniaga disini tak seagresif peniaga di Vietnam atau Thailand. Mereka akan menawar, kalau kita tak mahu, mereka tidak memaksa. Sangat berbeza dengan peniaga di Vietnam atau Thailand.



Habis meneroka Vientiane, kami kembali ke hotel. Rehat dan beradu awal. Esok penerbangan awal pagi kembali ke Kuala Lumpur.

Selamat tinggal Laos. Thanks for the memories :)

Thursday, August 30, 2012

Kembara Laos - Bhg 2



Sabaidee! (Hello dalam bahasa Lao)

Pagi di Vang Vieng agak magikal. Penuh dengan kabus, kicauan burung dan bunyi aliran air sungai. Kalau ikut hati memang taknak bangkit dari katil. Keempukan bantal dan selimut sangat la menggoda... tapi kembara mesti diteruskan! :p

Sarapan simple je pagi ni, telur goreng dan sebuku baguette dengan mentega. Sewa motosikal berharga 70,000 Kip untuk 24 jam. Berbekalkan peta lukisan tangan yang boleh diterima akal, kami bertolak ke destinasi pertama. 




Pak Khoum Cave dan Blue Lagoon. Terletak kira-kira 20 minit di sebelah timur dari pekan Vang Vieng, tempat ni tak susah nak dicari, tapi banyak tempat lain yang turut "mendakwa" sebagai Blue Lagoon. Cari saja signboard yang nampak macam rasmi, bukan tulisan tangan :-)





Jalan menuju ke sini ialah jalan tanah merah, melalui kampung-kampung di celah gunung ganang. Terasa macam nak buat video klip balik raya je hehehe.... Tapi pemandangan dan suasana disini memang best. Segar dan menyegarkan!

Blue Lagoon tak sebesar yang disangka. Oleh kerana malam tadi hujan, maka air tak betul-betul biru tapi biru kehijauan. Boleh la tu. Lepak sebentar sini. Gua dikatakan tengah licin akibat hujan, jadi sebagai langkah keselamatan kami tak masuk. Safety first :)





Destinasi seterusnya; Kaeng Nyui Waterfall. Terletak 5 km dari pekan Vang Vieng disebelah barat. 5km memang tak jauh mana, tapi keadaan jalan yang sangat teruk dan berlopak & berlubang membuat perjalanan terasa agak lama. Bila sampai, terus ke air terjun dan melepaskan penat. Sempat tidur sekejap :D




Cara piknik keluarga Laos tak jauh beza dengan keluarga Melayu. Bila piknik pasti akan bawa tikar getah, bekalan makanan & minuman, set BBQ dan tuala secukupnya.


Kat sini juga ada menjual tikus panggang, kelawar panggang dan telur rebus on-a-stick. Selain itu ada juga ikan panggang bersalut tepung dan ntah apa daging yang tak berapa meyakinkan. Berselera? 







Tengahari menjelma, perut pun lapar. So kami kembali ke pekan Vang Vieng dan memilih restoran yang menayang siri Friends. Nampaknya sangat popular disini. Hampir semua restoran menayang Friends. Ada jua yang menayang South Park dan Family Guy.

Selesai lunch, kami mengelilingi pekan Vang Vieng dan kawasan persekitaran. Melihat keindahan alam dan meneroka Sungai Nam Song. Disini jua tempat aktiviti tubing yang amat popular. Meriah dengan bar tepi sungai yang memainkan muzik rancak sepanjang hari.





Untuk dinner, kami kembali ke restoran tadi. Makan sambil layan Friends lagi. Dah lama tak layan Friends boleh sangkut balik hehehe.

Layan punya layan sampai la malam. Rehat saja, esok kami akan kembali ke Vientiane!