Thursday, November 17, 2011

Jalan Jalan Saigon, Vietnam


Weekend trip 11-13 Nov 2011. 

Selepas Filipina, destinasi aku seterusnya dalam misi kembara Asia Tenggara ialah Ho Chi Minh City @ Saigon, Vietnam. Kalau ke Filipina dulu aku buat kembara solo, kali ini aku bersama 9 orang pula ke Vietnam. Group trip yo!

Peserta rombongan bersama aku kali ni ialah Akmal, Jepp, Amy, Aliya, Yantie, Farah, Hasina, Azrin dan birthday girl, Jaja.

Seperti biasa, bajet aku setiap kali keluar negara ialah RM500. Untuk Vietnam, aku siapkan 3 juta Dong (RM465).




Tiket AirAsia KL-Saigon aku beli bulan Julai dulu berharga RM156 return inclusive tax. Aku mana mampu naik MAS hahaha. Hotel book lain, yang penting flight dulu.

Kat Saigon stay kat La Jolie Hotel & Spa. Yang paling best sebelah hotel je ada restoran halal. Bukan sekadar halal, tapi KEDAI MAKAN MELAYU! So bab makanan halal dah settle. 

Hotel ni juga terletak dalam District 1, kawasan tengah bandar Saigon. Dekat dengan tempat-tempat tumpuan pelancong.
 


Antara tempat wajib lawat di Saigon ialah Notre Dame, Pasar Ben Thanh, Opera House dan Pejabat Pos Saigon. Bangunan rekabentuk Perancis memang cun apatah lagi waktu malam. Ala-ala gothic tu.


Pasar Ben Thanh ni macam Central Market KL. Penuh dgn barangan cenderahati, beg, kain, kopi Vietnam dan ntah hapa-hapa lagi. Aku beli kopi sepaket sudah. Disini gak penuh dengan makcik-makcik Malaysia yang gelap mata shopping hahaha.


Majoriti orang Vietnam ni langsung tak reti cakap English. Memang ayam cakap dgn itik jadinya. Yang boleh cakap sangat sikit, itu pun hancur lebur.  

Harga barangan boleh kata murah, tapi kena bargain kalau di kedai-kedai biasa. Di sini juga wang US Dollar diterima gara-gara Dong yang terlalu rendah.

100,000 Dong = USD5 = RM15.




Malam pertama, terus ke Hard Rock Cafe beli t-shirt, makan-makan dan pusing-pusing Saigon ke Jalan Pham Ngu Lao cari tour untuk Sabtu dan Ahad. Beli direct kat travel agency adalah jauh lebih murah daripada book kat hotel.

Pagi Sabtu, terus naik tour van untuk Mekong River Tour. 2 jam perjalanan sebelum tiba di jeti Mekong. Pastu naik bot merentasi Sungai Mekong.





Tour ni melibatkan lawatan ke beberapa pulau, lawatan ke pusat industri kampung, naik kereta kuda, taman buaya dan naik sampan menyusuri pecahan Sungai Mekong.




Tour ni inclusive makan tengahari, sayang sekali yang disediakan ialah hidangan babi goreng FFFFUUUUUU. Terpaksalah makan vegetarian dan extra order ikan goreng berbalut rice paper. Lapar woi, telan je.




Juga ada lawatan ke pusat ternakan lebah madu. Siap ada demo teh madu. Sedap gak teh madu campur debunga lebah dan perahan limau nipis.

Siap ada persembahan nyanyian lagu tradisi Vietnam. Suara diorang macam keluar ikut hidung ngahahahaha. Saksikan dan dengar sendiri:




Siap mintak derma lagi cis hampeh. Dan aku dengan murah hati menderma senyuman aku yang paling manis untuk mereka nyeahahahahaha.....


 


Hari Ahad pula pergi ke Cu Chi Tunnel, terowong yang digunakan oleh pejuang Vietkong menentang tentera Amerika semasa perang Vietnam dulu. Sempit gak terowong tu walaupun dah dibesarkan untuk tujuan pelancongan. 

Selain terowong, ada juga tayangan video sejarah perang Vietnam, pameran perangkap maut, demonstrasi buat kasut dari tayar dan kereta kebal tinggalan tentera Amerika.

Selesai tour Cu Chi, terus kembali ke Saigon dan bersedia ke airport. Flight balik KL  pukul 8 malam. 




Jumlah masa di Saigon = 2 hari 2 malam.
Jumlah belanja (hotel + makan + tour + shopping) = RM 360. 
Siap ada baki 770,000 Dong (RM100).

Dan kini kembara Asia Tenggara aku tinggal 3 negara lagi; Cambodia, Laos dan Myanmar.
Next trip? hehehe.....