Saturday, October 1, 2011

Catatan Filipina




Pada 26 September lepas aku bertolak dengan pesawat AirAsia menuju ke Filipina. Travel trip kali ini aku dah rancang sejak bulan Februari lepas. Perjalanan kali ini mencatat sejarah peribadi bukan saja kerana ini pertama kali aku ke Filipina, tapi ini juga kali pertama aku mengembara seorang diri ke luar negara.

Setelah berjaya melengkapkan kembara seluruh Malaysia, kini fokus aku ialah kembara seluruh Asia Tenggara. Insya-Allah.

Nasib aku tak berapa elok kerana hari pertama aku sampai di bumi Filipina (mendarat di Diosdado Macapagal International Airport, Clark) juga merupakan hari pertama Filipina dilanda Taufan Nesat

Tapi alang-alang dah sampai, taufan pun tak dapat sekat kemahuan kembara aku :D


Diorama pembunuhan Dr Jose Rizal


Segala yang aku rancang dapat aku laksanakan. Melawat Rizal Park, meneroka Intramuros, menjenguk Fort Santiago, melepak di Hard Rock Cafe (dan beli t-shirt), merasai kehidupan malam di Angeles City dan lain-lain.

Suasana di Manila, Makati dan Angeles City tak jauh berbeza dengan kotaraya Asia Tenggara yang lain. Secara peribadi, jika sudah sampai di Indonesia dan Thailand, tidak akan ada masalah di Filipina.



Tram di Intramuros


Masalah bahasa hampir tidak wujud. Di Filipina bahasa Inggeris ialah bahasa kedua mereka selepas Tagalog. Cuma mungkin pelat saja yang akan mengganggu pemahaman :)

Mencari makanan halal pula ialah satu cabaran. Agak sukar mencari makanan halal di Filipina terutama di bandar Makati. Nasib aku agak baik, dapat jumpa 2 buah restoran Arab.


Oh nasi goreng!


Harga barangan, kos pengangkutan, makanan dan lain-lain boleh dikatakan lebih murah dari di KL, bergantung pada tempat dan kehandalan tawar-menawar. Seperti biasa bila melawat tempat luar, mulut kena manis.

Orang Filipina sama seperti orang di Thailand; menghormati pelancong dan sentiasa bersedia membantu. Peramah dan mesra ;)
 

 Gadis penyeri di Angeles City

Insya-Allah, aku akan kembali lagi. Tapi tunggulah aku habiskan kembara Asia Tenggara dulu.

7 comments:

marmalade said...

niceeeee :)
but dah dua kali pi manila, cukuplah kut. sebulan kut duduk kat sana! hahahaha.

dapat lawat gunung berapi tak? hihihi. and mesti jumpa pinays hahahaha

Al Hadi said...

hasrat nak lawat gunung berapi terpaksa kansel pasal taufan :(

insya-Allah, next time kut

muhamadakmalwahab said...

pernah pergi manila...tapi a very short biz trip...memang tak sempat buat aper aper...

so...rasanya aku nak kena gi lagi skali nieh...hahaha...aku pon nak wat cam ko gak ler...sorang diri kembara...

Al Hadi said...

kau dah otai bab travel ni, so mmg takkan ada masalah :D

cacah said...

yeah!
makati macam mewah sikit kan... :)
semoga cita2 nak gi lawat negara Asia tenggara yang lain tercapai!

so, where to next?

Al Hadi said...

Makati kan central business district, mmg mewah sket dari Manila.

next, insya-Allah, Vietnam :)

Anonymous said...

:)