Monday, October 10, 2011

BlackBerry Malaysia 2nd Community Gathering



Selepas kejayaan Community Gathering yang pertama, BlackBerry Malaysia mengadakan gathering kedua di Zouk Club KL pula. Sebagai fanboy BB, dah tentu aku hadir :D

Kalau dulu aku hadir bersama Akmal dan Jepp, kali ni aku hadir seorang. Tak sempat nak ajak dan Gathering ni pun diadakan pada hari aku balik dari Filipina. Hadir seorang tak jadi masalah, kat Filipina pun boleh survive sorang-sorang, ini pula di KL. Lagipun ramai geng-geng BBUGMY ada disana.

Gathering kali ini tak banyak game yang dibuat, tapi lebih kepada pelancaran model-model baru dan persembahan dari The Azenders dan Nadhira.


 Nadhira!

Banyak lucky draw malam tu. Macam biasa, aku tak dapat apa-apa (cis!). Dapat goodies bag penuh dgn barangan BB pun jadi la kan. Dan dapat kenal-kenal dengan BB users yang lain :D

Gathering tamat around pukul 10, dan disambung dengan sesi teh tarik di NZ Garden bersama geng BBUGMY.


 Geng BBUGMY

OK, bila agaknya gathering ketiga?

Saturday, October 1, 2011

Catatan Filipina




Pada 26 September lepas aku bertolak dengan pesawat AirAsia menuju ke Filipina. Travel trip kali ini aku dah rancang sejak bulan Februari lepas. Perjalanan kali ini mencatat sejarah peribadi bukan saja kerana ini pertama kali aku ke Filipina, tapi ini juga kali pertama aku mengembara seorang diri ke luar negara.

Setelah berjaya melengkapkan kembara seluruh Malaysia, kini fokus aku ialah kembara seluruh Asia Tenggara. Insya-Allah.

Nasib aku tak berapa elok kerana hari pertama aku sampai di bumi Filipina (mendarat di Diosdado Macapagal International Airport, Clark) juga merupakan hari pertama Filipina dilanda Taufan Nesat

Tapi alang-alang dah sampai, taufan pun tak dapat sekat kemahuan kembara aku :D


Diorama pembunuhan Dr Jose Rizal


Segala yang aku rancang dapat aku laksanakan. Melawat Rizal Park, meneroka Intramuros, menjenguk Fort Santiago, melepak di Hard Rock Cafe (dan beli t-shirt), merasai kehidupan malam di Angeles City dan lain-lain.

Suasana di Manila, Makati dan Angeles City tak jauh berbeza dengan kotaraya Asia Tenggara yang lain. Secara peribadi, jika sudah sampai di Indonesia dan Thailand, tidak akan ada masalah di Filipina.



Tram di Intramuros


Masalah bahasa hampir tidak wujud. Di Filipina bahasa Inggeris ialah bahasa kedua mereka selepas Tagalog. Cuma mungkin pelat saja yang akan mengganggu pemahaman :)

Mencari makanan halal pula ialah satu cabaran. Agak sukar mencari makanan halal di Filipina terutama di bandar Makati. Nasib aku agak baik, dapat jumpa 2 buah restoran Arab.


Oh nasi goreng!


Harga barangan, kos pengangkutan, makanan dan lain-lain boleh dikatakan lebih murah dari di KL, bergantung pada tempat dan kehandalan tawar-menawar. Seperti biasa bila melawat tempat luar, mulut kena manis.

Orang Filipina sama seperti orang di Thailand; menghormati pelancong dan sentiasa bersedia membantu. Peramah dan mesra ;)
 

 Gadis penyeri di Angeles City

Insya-Allah, aku akan kembali lagi. Tapi tunggulah aku habiskan kembara Asia Tenggara dulu.