Thursday, September 22, 2011

Apa Mereka Tahu Tentang Islam?



 Soal jawab mengenai pemahaman orang Amerika mengenai Islam dan orang Arab.


1. What food that Muslims cannot eat? - Beef.

2. What is the Muslim's holy month? - Jihad.

3. What is the Muslim's holy month? - January.

4. Where is Mecca? - India

5. Where is Mecca? - Israel.

6. Where is Mecca? - Pakistan.

7. Why do Arabs wear turban? - Because they have no hair.


Rasa kelakar dan sedih tengok video nih -.-

Monday, September 19, 2011

Konflik Warna


First of all, tahniah kepada Ms Leila Lopes dari Angola yang dinobatkan sebagai Miss Universe 2011 menewaskan ramai lagi hot chicks dari negara-negara lain.

Macam biasa, kemenangan seorang peserta berkulit hitam akan mencetus ayat-ayat seperti;
  • "Black is beautiful"
  • "Hitam itu menawan"
  • "Once you go black, you never go back"
Hahaha habis tu kenapa produk putihkan kulit berlambak kat pasaran? Bila nak ada produk hitamkan kulit ye. 

Rasanya syarikat yg keluarkan Fair N Lovely akan keluarkan tak produk bernama Dark N Lovely? 

Atau mungkin syarikat De' Putih akan keluarkan produk De' Hitam?

Atau akan ada Night Darkening Cream?





Sudah tentu takkan ada.

Wednesday, September 7, 2011

Tuan Kedai Yang Suka Bergurau

Di suatu hari tak lama dulu, aku ke sebuah kedai makan. Aku order nasi goreng cendawan dan teh o halia. Aku pesan nak extra halia, lebih power. Aku memang penggemar halia dalam minuman dan makanan aku. Tak kisah la walau lepas tu asyik berangin je badan.

Macam biasa, minuman akan sampai dulu.

Ini yang aku dapat;




Woi tuan kedai, kau sindir aku ye?

Hampeh.