Sunday, August 14, 2011

BlackBerry PlayBook Workshop


Semalam aku menghadiri sebuah bengkel anjuran Research In Motion (RIM) dan BlackBerry User Group Malaysia (BbugMY) di Hotel Boulevard, Midvalley. Walaupun aku dah tahu dan faham tatacara penggunaan PlayBook, tak salah turut sertai bengkel ni. Dapat gak free gift dari RIM :p


Kehadiran pakar terlatih dari RIM sangat membantu dalam mendalami selok-belok penggunaan tablet ni terutama pada mereka yang baru memilikinya. Selain aspek pengenalan, penggunaan melalui aspek yang lebih teknikal turut diperjelaskan beserta demonstrasi dan tunjuk ajar.



Seronok gak berjumpa rakan-rakan pengguna PlayBook yang lain. Lagi best bila dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru yang sama minat. Berbincang mengenai OS7, model-model BB baru dan macam biasa, bertukar-tukar BB pin.



Tapi yang paling buat aku teruja sudah pasti Android App Player. Sayang sekali masih lagi dalam beta build dan belum ada versi rasmi.

Takpe, bukankah sabar itu separuh dari iman? :D

No comments: