Sunday, August 14, 2011

BlackBerry PlayBook Workshop


Semalam aku menghadiri sebuah bengkel anjuran Research In Motion (RIM) dan BlackBerry User Group Malaysia (BbugMY) di Hotel Boulevard, Midvalley. Walaupun aku dah tahu dan faham tatacara penggunaan PlayBook, tak salah turut sertai bengkel ni. Dapat gak free gift dari RIM :p


Kehadiran pakar terlatih dari RIM sangat membantu dalam mendalami selok-belok penggunaan tablet ni terutama pada mereka yang baru memilikinya. Selain aspek pengenalan, penggunaan melalui aspek yang lebih teknikal turut diperjelaskan beserta demonstrasi dan tunjuk ajar.



Seronok gak berjumpa rakan-rakan pengguna PlayBook yang lain. Lagi best bila dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru yang sama minat. Berbincang mengenai OS7, model-model BB baru dan macam biasa, bertukar-tukar BB pin.



Tapi yang paling buat aku teruja sudah pasti Android App Player. Sayang sekali masih lagi dalam beta build dan belum ada versi rasmi.

Takpe, bukankah sabar itu separuh dari iman? :D

Thursday, August 4, 2011

Kalau Jeles Kata Je La Jeles

Aku yakin korang ada terbaca post ni yang asyik di-repost balik kat facebook:

When I was a kid, I didn't have a laptop, iPod, Blackberry , PS3, Wifi or iPads. I played outside with friends, bruised my knees, made up stories and played hide and seek. I ate what my mom made. I would think twice before I said "no" to my parents. Life wasn't hard, it was good & I survived. Kids these days are spoiled. Re-post this if you appreciate the way you were raised. I think we were happier kids.

Happier kids? LOL WTFBBQ2INCI

Kalau jeles tu kata je la jeles hahahahahahahahaha..... Dengki ke tengok budak-budak sekarang main iPad sambil BBM dengan kawan-kawan?

Cuba bayangkan kalau mak bapak kita dulu ada facebook. Mungkin akan ada post macam ni;

When I was a kid, I didn't have a walkman, electronic calculator, Super Nintendo, or saturday morning cartoons. I played outside with friends, bruised my knees, and played Tetris. I ate what my mom made or buy. I would never think of saying "no" to my parents. Life wasn't hard, it was good & I survived. Kids these days are spoiled. Re-post this if you appreciate the way you were raised. I think WE were happier kids.

Kita langkau satu lagi generasi. Agaknya kalau datuk nenek kita pulak ada facebook camni kot post diorang;

When I was a kid, I didn't have a TV, refrigerator or even a proper kitchen. I have no time to play. We have to work to help our family. It was wartime, and the Japanese didnt make our lives any easier. I ate what we can find. I would never say "no" to THE JAPANESE ARMY. Life was so damn hard, but I survived. Kids these days are SO spoiled. Re-post this if you appreciate the way you were raised. I think WE were happier kids.

Nampak perbezaan? Tidak adil untuk membandingkan generasi sekarang dengan generasi lama.

Masa sudah berubah. Kenapa nak kekal di takuk lama?

Wednesday, August 3, 2011

Kelazatan BlackBerry

Akhirnya setelah beberapa bulan menunggu, RIM dah melancarkan LIMA smartphone BlackBerry terbaru. Dan yang paling menarik perhatian aku semestinya BlackBerry Torch 9850.

Dah 2 tahun setengah aku setia dengan Bold 9000. Rasanya dah tiba masa untuk aku upgrade.






Cepat la sampai Malaysia :D

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

Wahai orang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu supaya kamu bertakwa. (puasa yang wajib itu ialah) beberapa hari yang tertentu:sesiapa antara kamu yang sakit ataupun dalam musafir, (bolehlah ia berbuka). Kemudian dia wajib berpuasa (sebanyak hari yang dia berbuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan fidyah, maka itu adalah satu kebaikan baginya (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui”.

Surah al-Baqarah, ayat 183 – 184


Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua pembaca blog aku. Moga kita mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini. Insya-Allah.