Wednesday, July 27, 2011

Kundasang War Memorial


Antara tempat yang aku pergi semasa di Sabah ialah Kundasang War Memorial. Tak jauh dari Kinabalu, aku tertarik nak melawat tempat ni selepas melawat sebuah memorial Perang Dunia Kedua di Labuan.


Memorial ni dibuat bagi mengenang 2,500 tawanan perang Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Hampir kesemua tawanan ialah askar Australia dan bakinya askar British. Dah namanya pun tawanan perang (POW), sudah pasti jadi buruh paksa. Daripada 2,500 tawan perang yang dijadikan buruh paksa, hanya 6 yang terselamat dan berjaya melarikan diri.



Aku kagum dengan cara memorial ini dijaga. Bersih, kemas dan mengundang rasa simpati kepada askar-askar Australia yang mati akibat diseksa tentera Jepun semasa membina landasan keretapi. Peruntukan daripada kerajaan Australia melalui Office of Australian War Graves memastikan semua memorial yang melibatkan askar Australia berada dalam keadaan terbaik.



Memorial ini terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian pertama ialah British Garden bagi mengenang dan menghormati askar-askar British yang terkorban. Bahagian kedua, Australian Garden pula bagi askar-askar Australia manakala bahagian ketiga ialah sebuah ruang luas yang menempatkan plak nama-nama semua tawanan perang yang terkorban.



Melihat betapa memorial ini dijaga, aku tertanya juga. Mengapa kita tidak ada memorial sebegini? Mana memorial Leftenan Adnan? Mengapa makam Hang Lekir dan Hang Lekiu tiada? Takkan kita tak menghargai pahlawan-pahlawan kita?

Kepada siapa aku perlu bertanya.

2 comments:

marmalade said...

can hang tuah and friends be considered as national heroes?

Al Hadi said...

from my point of view, they can. and they should be considered national heroes.