Monday, July 18, 2011

30 Tahun


Alhamdulillah.

14 Julai 2011, genap usia aku 30 tahun. Agak signifikan memandangkan angka didepan dah bertukar sekali lagi selepas 10 tahun dulu.

Menyambut usia 30 aku laksana dengan melengkapkan kembara seluruh Malaysia. Akhirnya aku menjejak kaki di negeri Sabah dan di Labuan. Lengkap sudah 13 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan di Malaysia aku jejaki.

Misi seterusnya, seluruh Asia Tenggara? :)

Aku rasa macam aku patut menulis pelbagai perasaan, kehendak, keperluan, perspektif dan pelbagai lagi bila usia dah menjangkau 3 dekad. Aku tahu selepas ini sedikit demi sedikt, kehidupan akan berubah.

Tidak akan ada lagi kegilaan semasa aku berusia 17 tahun. Tidak akan ada lagi keseronokan tanpa peduli semasa aku berusia 21 tahun. Tidak akan ada lagi debaran menjelang hari-hari terakhir usia 20-an.

Orang boleh berkata; "Life starts at 40", "Age is just a number" dan lain-lain. Tapi aku takkan dapat ubah apa perasaan sebenar dalam hati, perspektif baru kehidupan aku dan kesedaran aku tentang erti sebuah tanggungjawab.

Mungkinkah aku sudah mula matang?

Mungkin.

Kemungkinan besar aku takkan berubah banyak dari segi pergaulan sosial dan dari segi komunikasi sesama rakan. Itu memang sukar diubah. Kalau boleh diubah pun bukan dalam masa singkat. Mengubah diri selepas 30 tahun bukannya sesuatu yang mudah.

Kepada keluargaku, ketahuilah aku berazam mahu menjadi seorang insan yang lebih baik, lebih matang dan lebih bertanggungjawab.

Kepada para sahabat, aku masih seperti dulu. Gila mengembara dan masih seorang sicko. Umur yang bertambah tak menjanjikan perubahan kelakuan yang drastik :D

Moga usia 30-an ini bakal aku lalui dengan izin-Nya dalam mencapai kenikmatan hidup.

Insya-Allah.

7 comments:

marmalade said...

happy reaching thirty :)
i wish you all the best in life and sorry sebab semalam tak dapat ikut celebrate. i had to work late because it is "the time of the year" again.

Al Hadi said...

thanks Mala =)

Ara Izat said...

Enjoy your thirties! muda lagi tu.

Al Hadi said...

hehehe will do =)

IkraamSuarez said...

selamat menyambut 2 tahun lebih tua dari aku =P

akusangpenerbit said...

dear Hadi, lalu kehidupan seadanya..jangan fikirkan masa jauh dihadapan sehingga yang didepan mata terabai.be happy and welcome to da club yo!

Al Hadi said...

kelab ni mmg semua org akan jadi ahli hehehe... thanks =)