Wednesday, July 27, 2011

Kundasang War Memorial


Antara tempat yang aku pergi semasa di Sabah ialah Kundasang War Memorial. Tak jauh dari Kinabalu, aku tertarik nak melawat tempat ni selepas melawat sebuah memorial Perang Dunia Kedua di Labuan.


Memorial ni dibuat bagi mengenang 2,500 tawanan perang Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Hampir kesemua tawanan ialah askar Australia dan bakinya askar British. Dah namanya pun tawanan perang (POW), sudah pasti jadi buruh paksa. Daripada 2,500 tawan perang yang dijadikan buruh paksa, hanya 6 yang terselamat dan berjaya melarikan diri.



Aku kagum dengan cara memorial ini dijaga. Bersih, kemas dan mengundang rasa simpati kepada askar-askar Australia yang mati akibat diseksa tentera Jepun semasa membina landasan keretapi. Peruntukan daripada kerajaan Australia melalui Office of Australian War Graves memastikan semua memorial yang melibatkan askar Australia berada dalam keadaan terbaik.



Memorial ini terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian pertama ialah British Garden bagi mengenang dan menghormati askar-askar British yang terkorban. Bahagian kedua, Australian Garden pula bagi askar-askar Australia manakala bahagian ketiga ialah sebuah ruang luas yang menempatkan plak nama-nama semua tawanan perang yang terkorban.



Melihat betapa memorial ini dijaga, aku tertanya juga. Mengapa kita tidak ada memorial sebegini? Mana memorial Leftenan Adnan? Mengapa makam Hang Lekir dan Hang Lekiu tiada? Takkan kita tak menghargai pahlawan-pahlawan kita?

Kepada siapa aku perlu bertanya.

Monday, July 25, 2011

In Love With Korean Food


Lately aku sangat suka makan hidangan Korea. Tak tau la apa yang sampuk aku, tapi tak mungkin pengaruh kumpulan SNSD kot.

Dan of course bukan pengaruh kumpulan melayu perasan korea yang sangat shitbrix.

Btw, nama hidangan yang aku suka ni ialah Bul Go Gi. Atau bahasa melayunya; nasi putih dan daging black pepper sizzling. Selain tu ada gak ikan bilis sambal, kobis pedas, sup teratai, ntah apa sengkuang dan rumput lagi tah yang aku tak ingat. Nasi pun guna beras kanji, so boleh disepit dengan chopstik. Aneh gak makan nasi guna chopstik ni :p

Selain tu aku ada try gak Yuk Gae Jang atau bahasa melayunya; nasi tomyam. Sedap gak tapi kurang kaw bagi manusia maging macam aku.

So, kalau ada selera dan nak cuba something new, sila cari di restoran Korea berhampiran.

Monday, July 18, 2011

30 Tahun


Alhamdulillah.

14 Julai 2011, genap usia aku 30 tahun. Agak signifikan memandangkan angka didepan dah bertukar sekali lagi selepas 10 tahun dulu.

Menyambut usia 30 aku laksana dengan melengkapkan kembara seluruh Malaysia. Akhirnya aku menjejak kaki di negeri Sabah dan di Labuan. Lengkap sudah 13 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan di Malaysia aku jejaki.

Misi seterusnya, seluruh Asia Tenggara? :)

Aku rasa macam aku patut menulis pelbagai perasaan, kehendak, keperluan, perspektif dan pelbagai lagi bila usia dah menjangkau 3 dekad. Aku tahu selepas ini sedikit demi sedikt, kehidupan akan berubah.

Tidak akan ada lagi kegilaan semasa aku berusia 17 tahun. Tidak akan ada lagi keseronokan tanpa peduli semasa aku berusia 21 tahun. Tidak akan ada lagi debaran menjelang hari-hari terakhir usia 20-an.

Orang boleh berkata; "Life starts at 40", "Age is just a number" dan lain-lain. Tapi aku takkan dapat ubah apa perasaan sebenar dalam hati, perspektif baru kehidupan aku dan kesedaran aku tentang erti sebuah tanggungjawab.

Mungkinkah aku sudah mula matang?

Mungkin.

Kemungkinan besar aku takkan berubah banyak dari segi pergaulan sosial dan dari segi komunikasi sesama rakan. Itu memang sukar diubah. Kalau boleh diubah pun bukan dalam masa singkat. Mengubah diri selepas 30 tahun bukannya sesuatu yang mudah.

Kepada keluargaku, ketahuilah aku berazam mahu menjadi seorang insan yang lebih baik, lebih matang dan lebih bertanggungjawab.

Kepada para sahabat, aku masih seperti dulu. Gila mengembara dan masih seorang sicko. Umur yang bertambah tak menjanjikan perubahan kelakuan yang drastik :D

Moga usia 30-an ini bakal aku lalui dengan izin-Nya dalam mencapai kenikmatan hidup.

Insya-Allah.

Monday, July 4, 2011

Universal Studios Singapore


Akhirnya aku sampai jua di bumi Singapura. Bukan tak mahu pergi, tapi tukaran mata wang yang tak menguntungkan selain tak reti transportation membantutkan hasrat aku. Perjalanan ni pun bukanlah rancangan asal. Plan asal sebenarnya nak ke Pulau Tioman, akhirnya tukar last minute ke Universal Studios Singapore.

Dan alhamdulillah, sampai jua akhirnya :D



Untuk memudahkan perjalanan ke sana, aku dapatkan khidmat "orang dalam" iaitu ejen pelancongan yang direkomen kawan. Dah siap kawtim, so dapat la harga lebih murah dari biasa. Pakej hotel, kereta + driver a.ka tour guide, dan tiket masuk USS.

Oh ya, tiket masuk USS ialah SGD72 pada weekend dan SGD62 pada hari biasa.

Ini kali pertama aku masuk Singapura, aku tak tau nak bawak berapa dollar. Just to be safe, aku bawak SGD200. Mana la tau nak beli apa-apa kan.



Bergerak dari JB Central Hotel pukul 8 pagi terus ke USS di Sentosa Island. Biasanya kalau party-goers pasti biasa ke Siloso Beach, venue untuk ZoukOut.

Trafik lancar, malah boleh kata kosong jalan masuk ke Singapura. BIasanya weekend memang macam tu, orang Singapura akan masuk Malaysia masa weekend. Lebih murah nak holiday dan shopping di Malaysia ;)


Apa yang best di USS? Semua best!

Taman tema perfileman, of course la best. Macam-macam theme ada sini. Mula-mula masuk akan lalu Hollywood Boulevard. Sini je dah banyak benda nak tengok. Tapi apa-apahal kena lunch dulu kat 80's cafe. Sebijik macam dalam filem Back To The Future.

Nak makan takut tak halal, so order burger ikan je. Dah habis bayar baru nampak lambang halal. Sungguh hampeh.

Sesekali akan ada watak-watak filem/kartun yang muncul. Yang aku jumpa ialah Betelgeuse, Betty Boop, Po, Woody Woodpecker dan Charlie Chaplin.


Antara bahagian-bahagian dalam USS ni ialah:
  • Sci-Fi City
  • BattleStar Galactica (high speed roller-coaster)
  • Revenge Of The Mummy
  • Madagascar
  • Jurassic Park
  • Shrek 4D
  • Waterworld
Ride Madagascar sangat best dan buat orang panik hahahaha.

Tapi ride Shrek 4D kena bayar extra SGD40, so aku xnak buang duit kat sini. Next time kot.



Pasal aku pergi weekend, punya la ramai beratur nak main. Tak sempat nak naik semua ride. Ada yang kena tunggu 2 jam baru dapat naik aaaaaaaaaaa hangin aku. Takpe, aku mesti pergi lagi. Dan elakkan weekend!

Selain ride bertemakan filem, banyak ride/show lain bertemakan Hollywood dan muzikal. Show Lights, Camera, Action! menampilkan special effect yg sangat best.

Sebelum keluar, sempat lagi singgah Universal Studios Store dan beli barang cenderahati. Sorry la, aku tak dapat nak belikan keychain ke hapa. Gila ah mahal.



Universal Studios Singapore, aku akan kembali!