Thursday, May 12, 2011

Kuching Weekend Backpacking

Weekend lepas aku backpacking ke Kuching. Sekadar weekend trip 3 hari 2 malam, rasa macam dah berzaman aku tak holiday kemana-mana. Saja nak melepas gian naik kapal terbang :p

Ini kali kedua aku ke Sarawak, dan pertama kali sampai di Kuching. Oleh kerana banyak tempat aku nak pergi dan takut kena sembelih dengan teksi, aku sewa kereta kat airport terus. Viva 1.0 Auto sewa RM120 sehari. Kira standard la mcm harga harga kat KL pun. Nak kesana-sini, Encik Garmin memang banyak membantu.

Stay kat Basaga Holiday Residences. Cantik tempat ni, bilik luas, aircond tahap beku, parking senang, lokasi pun strategik. Rate bilik ialah RM 130 semalam untuk weekend. Terbaik!


Pool Basaga memang syok!

Kuching Waterfront memang tempat wajib. Cari kek lapis yang lazat, lepak Planet Sambal dan Top Spot. Kat sini jugak merasa laksa Sarawak yg original dan first time merasa Midin (hidangan pucuk paku) dan siput Ambal masak kari. Gile sedap weh!

Melawat pasar Srikin di sempadan Sarawak-Kalimantan. Takde apa yg aku beli, just nak tau camana rupa tempat tu. Tapi kalau shopaholics yg datang dengan barisan anak, memang habih duit kat sini je.

Gua Kilafairy Fairy aku tak sampai walaupun satu laluan ke Serikin. Tah mana ceruk tah gua tu. Gagal hasrat aku nak cave trekking. So, terus ke Santubong.

Area Santubong memang sangat heavenly. Deretan pepohon, view laut, dan gunung di background. Memang cun habis. Gunung Santubong, tak sempat merasa ke puncak. Aku mesti cuba lagi!

Sarawak Cultural Village yang ala-ala Mini Malaysia kat Melaka tu. Segala macam rumah, muzik, senjata & tarian dari seluruh Sarawak ada kat sini. Bayaran masuk RM60 sorang, all day access. Sila pergi kalau dah sampai Kuching.


Interior Rumah Iban.

Antara perkara wajib kalau di Kuching ialah singgah di Satok. Kat sini ada pasar Satok yang ala-ala pasar tani je aku tengok. Tapi makanan sini memang taste Sarawak, so memang unik. Nak cari souvenir, baju, gajet, makanan semua ada.Macam Uptown.

Sebut pasal Satok, bukan beli ikan terubuk je. Kat sini juga lokasi mee kolok yang terbaik! Sudah pastinya di Restoran Sepinang Sari, mee kolok Haji Salleh yang terkenal. Kalau pergi weekend memang penuh dengan pelanggan. Pekena mee kolok special + teh c peng special.


Sekali pandang, nampak biasa. Sekali rasa, ORGASMIC!

Punya la sedap, aku order 2 mangkuk. Licin aku telan. Its THAT delicious! Sampai sekarang aku masih terasa sedapnya. Mana la aku nak cari mee kolok kat KL ni?

All & all, aku sangat enjoy trip ni. Next time pergi sana, aku nak;
  • pergi Taman Negara Bako.
  • makan di Raja Ayam Penyet.
  • naik jungle river kayak cruise.
  • makan ulat sagu.
  • pergi Tebedu.
  • makan mee kolok Haji Salleh lagi!

I LOVE KUCHING!

4 comments:

Hasina Terebuzzu said...

wow! hotel tu sgt menarik & murah! teruja siot!

(sebut pasal mee kolok.. tetiba teringin nk makan mee kolok... huhuhu)

Al Hadi said...

yes, hotel tu mmg sgt puas hati! malam pun layan gak hehehe

mee kolok kat KL ni x original, susah nak cari yg betul2 powerrrr

chip chip said...

Komen:

* pergi Taman Negara Bako - Stay satu malam. Baru worth segala sen yang kau akan keluarkan di situ


* makan di Raja Ayam Penyet - emm.. better pegi tempat lain. sebabnya takyah la aku disclose di sini, tp ada kaitan dgn hygiene.


* naik jungle river kayak cruise. - dekat mana?

* makan ulat sagu. - Jangan makan sebarangan. Sesetengah org allergic dengan ulat ni :)

* pergi Tebedu - pg tebedu nak buat apa?

* makan mee kolok Haji Salleh lagi! - wajib.

Al Hadi said...

chip chip:

- planning mmg nak spend satu malam di Bako.

- 2 org kawan di kuching pun nasihat jgn makan situ. thanks.

- jungle river cruise tu x sure kat mana, travel agent yg offer.

- ulat sagu ni just curious je. gatal nak try :)

- tebedu tu kan pintu masuk ke Pontianak. bole tambah tempat yg dah pergi.