Thursday, May 26, 2011

A Sick Weekend

Weekend with my fellow Sickos.

There's nothing like it.







All for one, and one for all.

Tuesday, May 24, 2011

Selamat Pengantin Baru, Saudaraku

21 Mei 2011.

Masjid Darul Barakah, Kuching.

Maxwell Francis bin Abdullah dan Baini Mustafa.

Selepas dua bulan menerima cahaya hidayah, kini sah bergelar seorang suami.


Suasana ceria dan riang ria.

Namun aku berusaha menahan air mata.

Saat saudara baruku lancar melafaz akad.

Alangkah indah nikmat cahaya dariNya.



Lafaz sudah terlaksana,

Hidup baru kini bermula,

Usah risau wahai saudara,

Hidayah dari Allah penyuluh sempurna.



Selamat pengantin baru wahai saudaraku.

Thursday, May 19, 2011

Khasiat Teh


  • Rendam 2 uncang teh dalam air suam dan letakkan di atas kelopak mata yang tertutup selama 20 minit untuk bertindak seperti pupur mata. Ia boleh mengurangkan kesembapan dan menyegarkan mata yang lesu.
  • Teh boleh digunakan untuk menjadikan rambut yang kering bersinar secara semula jadi. Hanya gunakan 1 liter air teh kosong suam (tanpa gula) sebagai air bilasan terakhir selepas anda mensyampu rambut seperti biasa.
  • Teh boleh mengurangkan bau kaki yang tidak menyenangkan dengan merendam kaki setiap hari selama 20 minit.
  • Letakkan beberapa uncang teh dalam air mandian panas dan relaks sambil menikmati aroma yang menenangkan anda.
  • Uncang teh pula boleh digunakan untuk menghilangkan keletihan mata dengan hanya meletakkan uncang teh lembab pada kelopak mata selama 15 minit.
  • Uncang teh juga boleh menjadi bahan ketawa dan bahan usik-mengusik antara Sickos dan mereka yg innocent.

Thursday, May 12, 2011

Kuching Weekend Backpacking

Weekend lepas aku backpacking ke Kuching. Sekadar weekend trip 3 hari 2 malam, rasa macam dah berzaman aku tak holiday kemana-mana. Saja nak melepas gian naik kapal terbang :p

Ini kali kedua aku ke Sarawak, dan pertama kali sampai di Kuching. Oleh kerana banyak tempat aku nak pergi dan takut kena sembelih dengan teksi, aku sewa kereta kat airport terus. Viva 1.0 Auto sewa RM120 sehari. Kira standard la mcm harga harga kat KL pun. Nak kesana-sini, Encik Garmin memang banyak membantu.

Stay kat Basaga Holiday Residences. Cantik tempat ni, bilik luas, aircond tahap beku, parking senang, lokasi pun strategik. Rate bilik ialah RM 130 semalam untuk weekend. Terbaik!


Pool Basaga memang syok!

Kuching Waterfront memang tempat wajib. Cari kek lapis yang lazat, lepak Planet Sambal dan Top Spot. Kat sini jugak merasa laksa Sarawak yg original dan first time merasa Midin (hidangan pucuk paku) dan siput Ambal masak kari. Gile sedap weh!

Melawat pasar Srikin di sempadan Sarawak-Kalimantan. Takde apa yg aku beli, just nak tau camana rupa tempat tu. Tapi kalau shopaholics yg datang dengan barisan anak, memang habih duit kat sini je.

Gua Kilafairy Fairy aku tak sampai walaupun satu laluan ke Serikin. Tah mana ceruk tah gua tu. Gagal hasrat aku nak cave trekking. So, terus ke Santubong.

Area Santubong memang sangat heavenly. Deretan pepohon, view laut, dan gunung di background. Memang cun habis. Gunung Santubong, tak sempat merasa ke puncak. Aku mesti cuba lagi!

Sarawak Cultural Village yang ala-ala Mini Malaysia kat Melaka tu. Segala macam rumah, muzik, senjata & tarian dari seluruh Sarawak ada kat sini. Bayaran masuk RM60 sorang, all day access. Sila pergi kalau dah sampai Kuching.


Interior Rumah Iban.

Antara perkara wajib kalau di Kuching ialah singgah di Satok. Kat sini ada pasar Satok yang ala-ala pasar tani je aku tengok. Tapi makanan sini memang taste Sarawak, so memang unik. Nak cari souvenir, baju, gajet, makanan semua ada.Macam Uptown.

Sebut pasal Satok, bukan beli ikan terubuk je. Kat sini juga lokasi mee kolok yang terbaik! Sudah pastinya di Restoran Sepinang Sari, mee kolok Haji Salleh yang terkenal. Kalau pergi weekend memang penuh dengan pelanggan. Pekena mee kolok special + teh c peng special.


Sekali pandang, nampak biasa. Sekali rasa, ORGASMIC!

Punya la sedap, aku order 2 mangkuk. Licin aku telan. Its THAT delicious! Sampai sekarang aku masih terasa sedapnya. Mana la aku nak cari mee kolok kat KL ni?

All & all, aku sangat enjoy trip ni. Next time pergi sana, aku nak;
  • pergi Taman Negara Bako.
  • makan di Raja Ayam Penyet.
  • naik jungle river kayak cruise.
  • makan ulat sagu.
  • pergi Tebedu.
  • makan mee kolok Haji Salleh lagi!

I LOVE KUCHING!

Tuesday, May 10, 2011

Bellamy & Superstar


Aku memang suka belanja kawan-kawan.

Especially kalau masa sambutan ulangtahun kelahiran.

Semalam, ikan bakar Bellamy di tengahari, Superstar karaoke di waktu malam.

Happy birthday cik Rambina Hasina :D