Sunday, April 10, 2011

RIP Bold 9000

Dukacita dimaklumkan BlackBerry Bold 9000 yang disayangi dah meninggal dunia pagi tadi akibat penyakit misteri. Beliau meninggalkan seorang pemilik yang amat sedih serta beberapa aksesori yang bakal dimasukkan dalam stor.

Selepas Zohor, mayat beliau akan dihantar ke PopMyBerry untuk totalwipe.

Atau mencari pengganti?


UPDATE:

Bold 9000 berjaya dihidupkan semula!

Walaupun roh yang lama (OS 4.6) dah tiada, aku masukkan roh yang baru (OS 5) dan kini Bold 9000 kembali bernafas, kembali beraksi, kembali lincah!

Kenduri tahlil yang dirancang malam tadi dah bertukar jadi kenduri doa selamat. Alhamdulillah.

Ye, sapa yg pakai Bold 3 atau Torch dah lama pakai OS 6, aku baru nak pakai OS 5. *slowpoke*

7 comments:

Naz said...

nak kena cari tourch la tuuuu! haha!

Hasina Terebuzzu said...

innallilah... kenapakah smpai begitu sekali kematiannya???? huhuhu... sabar ye.. mana tahu tetiba megik berlaku...

MJ said...

yeah ada alasan angkat phone lagi canggih!

marmalade said...

kesiannya bold :(
but i saw in our group, your bb is now ok? hihihi.

and the name popmyberry is soooooooo not appropriate hahahahahahaha

Al Hadi said...

Naz - sabar... tunggu Torch 2 gak :)

Ina - magik sudah pun berlaku :D

MJ - ada alasan tapi takde duit pun x guna gak hehehehe

Mala - yeah, its back! better than before. and i should take u to PopMyBerry (yeah that sounds wrong too ;p)

xetxet said...

sedihnya i baca entry ni. you memang takleh berpisah dengan Bold 9000 tu rupanya. Tapi nampaknya Bold 9000 tu masih mampu bertahan dengan life support OS5. Gambatte Bold 9000!

Al Hadi said...

Gambatte!

OS 5 setakat ni buat Bold 9000 lebih stabil, lebih laju dan lebih banyak free memory.

Alhamdulillah =)