Monday, February 14, 2011

Songkhla

Weekend lepas aku xde apa plan. So aku pack satu beg dan terus ke Songkhla, Thailand.

Weekend backpacking yo!

Walaupun Songkhla adalah antara destinasi popular bagi orang Malaysia, ntah kenapa aku tak pernah sampai sana. Alang-alang dah tergerak hati, terusssss!

Tahun ni kononnya nak kurangkan gi Thailand, nampaknya gagal hehehe... Thailand memang destinasi terbaik bagi backpackers macam aku.

Macam biasa, akan transit di Hatyai dulu sebelum ke destinasi lain di Thailand. Perjalanan dari Hatyai ke Songkhla lebih kurang setengah jam je.

Songkhla lebih kurang macam Port Dickson. Bandar tepi pantai yang lebih kepada percutian relaks dan bermalas-malas sambil tengok laut.


Nag yang setia memancut air sepanjang hari.

Antara monumen wajib pergi ialah tugu naga laut bernama Nag. Ikut kata lagenda, Nag ni bawak tuah kat penduduk Songkhla. Yang menarik, tugu ni bukan satu, tapi tiga. Satu tugu kepala, satu tugu badan dan satu tugu ekor. Jarak antara tugu ialah 5km! Kononnya Nag ni panjangnya 10 km. Giler panjang naga ni.

Next stop; Bukit Tang Kuan. Tak tinggi sangat, tapi kena naik cable car gak nak naik atas. Bayaran naik hanya 30 baht (RM3). Ada tokong apa tah kat atas tu dan satu rumah api. Tapi yang cantik ialah view seluruh bandar Songkhla dan teluk Siam.


Diatas bukit Tang Kuan, Songkhla.


Panorama seluruh bandar Songkhla.


Next stop; Samila Beach. Juga antara tempat wajib pergi di Songkhla. Pantai yang bersih, penjual yang peramah dan barangan cenderahati yang gila murah.

Ada dua monumen disini. Tugu kucing dan Golden Mermaid.

Of course la aku nak peluk duyung :p

Samila Beach yang bersih.


Duyung Emas yang seksi :D


Kembali ke Hatyai untuk bersedia balik KL. Kat Hatyai aku tak risau, hotel banyak. RM50 je satu malam. Restoran halal merata-rata, wifi percuma pun banyak muehehehe..


Dengan jejaka jambu :p


Satu lagi weekend yang awesome.

5 comments:

Lein Nazir said...

Ok aku confuse nape tiba-tiba Fadh boleh muncul...

muhamadakmalwahab said...

huh?
camna jejaka jambu boleh tersesat ke thailand dengan ko...
mengapakah aku tidak dijemput menyertai...
mengapa
mengapa
mengapa

*tetiba down*
hahahah

Al Hadi said...

Lein: Fadh kan ke sana jugak weekend lepas.

Akmal: tak plan hapa pun. tetiba tergerak hati, terus gerak je.

xetxet said...

damnnnn...

cacah said...

wee... ada fadh... lama tak jumpa watak ni...