Monday, February 28, 2011

Saman, Diskaun, Blacklist & Alasan

Hari ni ialah hari terakhir nak jelaskan bayaran saman trafik dengan potongan 50% sebelum kembali ke rate asal dan diancam dengan halangan nak renew roadtax.

Tempoh yang diberi? 1 Disember 2010 hingga 28 Feb 2011.

TIGA BULAN.

Macam biasa, bermula minggu lepas baru nampak orang di kaunter saman trafik PDRM. Penuh berpusu-pusu. Seawal 7 pagi pun dah ada yang menunggu pasal takut kena blacklist. Pukul 10 pagi, nombor giliran dah habis. Server PDRM untuk pembayaran online terus jem dek login yang mengalahkan sale AirAsia.

Pastu macam-macam alasan kita akan dengar. Bila ditanya kenapa nak bayar last minit. rasanya mungkin dah ada skema jawapan yang standard. Ayat cliche:

"Saya baru tau malam tadi."

"Kerajaan sepatutnya panjangkan tempoh!"

"Kenapa sistem PDRM sangat lembab? Kenapa susahkan kami?"

"Sepatutnya lebih banyak kaunter dibuka untuk keselesaan kami."




Ah, sudah lah!

4 comments:

marmalade said...

typical lah!

Mr. Moshuchi said...

saman trafik - rakyat kena bagi duit kat kerajaan..
wang ihsan banjir - kerajaan nak bagi duit kat rakyat..

kedua-dua situasi ni sama je, yang salah yang jahat yang tak betul yang menyusahkan yang tak cekap yang takde sistem terbaik dlllllll..semuanya kerajaan.

mungkin rakyat kita dah terlalu bijak.

kata pepatah sesat di hujung jalan, pulanglah ke pangkal jalan. pangkal jalannya adalah sikap. lihatlah diri sendiri, betul ke salah. jangan asyik nak menyalahkan orang lain saja. sikap yang tidak pernah endah dengan peraturan/tidak ikut peraturanlah punca segala.

kalau ikut peraturan (tak lakukan kesalahan jalan raya) tentunya takde saman, tak perlu bayar saman, tak perlu berbaris panjang, tak perlu salahkan orang lain/kerajaan.

ubahlah sikap.

datuk d said...

kepada yang bayar saman lewat dan terutamanya yang tak dapat bayar saman sebab korang punya ignorance:

PADAN MUKA!

ryann said...

tapi yg bestnya ada yang cakap "biasalah, kita kan suka last minutes".