Wednesday, January 5, 2011

Tipikal

Kadang-kadang aku agak emo bila berborak dengan rakan-rakan yang bekerja di sektor swasta, terutamanya di syarikat-syarikat besar yang popular dan gah di mata masyarakat. Tak perlu aku namakan syarikat mana, korang sendiri boleh agak.

Topik yang buat aku emo dah tentu anggapan bahawa sebagai penjawat awam, aku tak banyak kerja, keluar minum teh tarik 4 kali sehari, kerja sangat mudah dan lain-lain.



Mungkin mereka patut cuba bekerja di Bahagian Kabinet, JPM.

Mungkin mereka patut cuba bekerja di Kementerian Kewangan.

Mungkin mereka patut cuba bekerja di Parlimen.

Mungkin mereka patut cuba bekerja di Cawangan Khas, PDRM.

Mungkin mereka patut cuba bekerja di Unit Perancangan Ekonomi.

Mungkin mereka patut cuba bekerja di pejabat aku.



Beranggapan memang mudah, cuba buat?

11 comments:

marmalade said...

complain pandai, suruh manage nanti baru tau! hahahahaha. tapi mana lebih cool, hadi?

"i work for s*ell/pw*c/kedai peng soon"

OR

"i work for the government." lepastuh buat muka misteri-misteri sikit. hahahahahahahaha.

Al Hadi said...

muka misteri-misteri tu rasanya Uncle Seekers pandai buat kot hehehe

muhamadakmalwahab said...

aku pernah kena juga...last last...maleh nak layan...

Al Hadi said...

kadang-kadang kena sergah gak diorang ni. ingat kita makan gaji buta ke?

Lein Nazir said...

yes...mmg sgt tipikal....
tp tidak dinafikan ada jg org yg asyik pegi minum je..tu bkn xde keje..itu pemalas kaki bodek namanya

papaYA said...

Nak tambah,
Mungkin mereka patut cuba bekerja di pentadbiran hospital yang ada berpuloh2 skim dengan beratus2 perangai sengal..

Nak buat macam mana Hadi, lembu lain buat taik, sekawan lembu bau busuk..

Al Hadi said...

Lein - mereka itu la yg buat taik.

Yaya - betul. mereka mmg lembu.

ara said...

yang pk camtu sebenarnya ingat post drebar je dalam government ni. tu yang diorang nampak selalu lepak minum tu. hahaha

Mr. Moshuchi said...

hadi, 'kita' kalau tengah layan teh tarik dgn orang2 tertentu pun sebenarnya tengah keja tu...betul, suruh keja kat ofis cam kita tengok...

bukan je tipikal ngan penjawat awam, tapi turut tipikal sebab kita pitidi...

mangkuk...

Hasina Terebuzzu said...

lempang je sekor2 tu.. aku cabar kwn2 aku suh tukar tmpt ngn aku.. tak berani plk..bising je lebey (org kurg kasih syg.. sb xdpt kerja)

frankie said...

tu ar..cube keje sket kat sini