Sunday, January 30, 2011

BBQ Sungai Gabai


Weekend ini agak penuh dengan aktiviti yang awesome. Sebagai penutup kepada weekend yang awesome, aku bersama Deham, Ina dan Niha ke Sungai Gabai.

Acara: BBQ piknik.


Sebagai pengamal aktif acara BBQ serta pencinta makanan, aku dengan berbesar hati dan tulus ikhlas dan mulia membawa sekali set BBQ beserta ayam/sosej untuk dibakar ke tahap kelazatan mencengkam.

Ina dengan penuh gemalai dan lincah berbesar hati membawa nasi goreng dan bihun yang dimasak dengan kasih sayang sebagai pelengkap hidangan.

Deham pula berbesar perut hati membekalkan 3 botol minuman berkarbonat bercitarasa Barat sebagai pelincir tekak dan penghilang dahaga.

Niha pula berbesar hati..... errr... turut hadir.


Ayam dan sosej dibakar dengan penuh rasa kekitaan yang jitu. Berpandukan resipi turun temurun berjudul "Oh! Eksperimentasi", terhasil suatu karya suapan yang maha agung dan bijaksana.

Tiada kata dapat mencerita. Hanya gambar saksi suasana;


Of course, karya tersebut sangat sedap dimakan.


AMARAN: ayam bbq panas di tepi sungai semasa cuaca sejuk akan menjadikan anda seorang pelahap.


Sambil bersantap lincah bertanya,

Gosip dan tawa berselang-seli,
Sambil merencana lokasi seterusnya,
Semangat persahabatan semakin menjadi.


Burp~~ Alhamdulillah.

8 comments:

marmalade said...

niceeeeeee. sorry can't join. had to send a broken plant to the nursery and menjaga rumah. huhuhu.

and oh, watched the king's speech. review will follow suit :)

Hasina Terebuzzu said...

ahahaha! suka! suka! suka!


next location plssssssssss..... =p

Al Hadi said...

mala - join us on the next one ya =)

Ina - Chamang? hehehe

nihadriz said...

ajak last menet bolehla berbesar hati bawak perut. wahahahahhaa....

can't wait for the next bbq. wooowooo...make sure kali ni takde org mabuk. dahla buang tin dalam sungai.

dgn a bunch of attention seekers mcm uncle seeker. ces betul

Al Hadi said...

next bbq mesti la ada... kena buat aktiviti wajib nih.

and tq for McD :D

nihadriz said...

owh, saye kelihatan sunggul chomel di situ. wahahhahahaaa~

xetxet said...

wahhhhhhhhhhhhhhhhhh oishi des ne!!! kat sini aku asik makan seafood n veggie ye. nasib baik winter so gemuk la sikit. haha.

Al Hadi said...

next bbq kau diwajibkan join! :D