Sunday, January 2, 2011

2011

Rancangan asal ialah sambut tahun baru di Ho Chi Minh City, Vietnam. Siap dah plan tour kesana-kesini masa kat sana nanti. Pastu aku terfikir, aku nak holiday bukan nak travel. So kalau nak sambut tahun baru dengan penuh gilang gemilang, dah tentu aku ke tempat feveret aku;

Thailand.

Vietnam takkan lari kemana, macam New Zealand gak kan Akmal? hehehe.....

Anyway, 2011 dah sampai pun. Time to look forward.

Dari segi kerja, aku agak risau dengan 2011. Macam banyak giler yang menunggu. Semua kerja-kerja gila ni dah start sejak 2008 (if u get my drift).

Dari segi gajet, er... Torch? Actually aku lebih menunggu PlayBook. Apa pun aku nak start pakai jam balik la. Dah setahun lebih tak pakai jam.

Travel plans. Aku fleksibel bab ni. Tarak hal nak kemana-mana, asalkan dapat cuti. Maybe nak kurangkan travel ke Thailand tahun ni. Asyik situ je kan, nak tengok negara lain lak. Tapi kalau Phuket / Koh Phangan, anytime!

Selamat Tahun Baru!

2 comments:

Hasina Terebuzzu said...

slmt thn baru abg hadi!

Al Hadi said...

selamat tahun baru Ina! :D