Sunday, January 30, 2011

BBQ Sungai Gabai


Weekend ini agak penuh dengan aktiviti yang awesome. Sebagai penutup kepada weekend yang awesome, aku bersama Deham, Ina dan Niha ke Sungai Gabai.

Acara: BBQ piknik.


Sebagai pengamal aktif acara BBQ serta pencinta makanan, aku dengan berbesar hati dan tulus ikhlas dan mulia membawa sekali set BBQ beserta ayam/sosej untuk dibakar ke tahap kelazatan mencengkam.

Ina dengan penuh gemalai dan lincah berbesar hati membawa nasi goreng dan bihun yang dimasak dengan kasih sayang sebagai pelengkap hidangan.

Deham pula berbesar perut hati membekalkan 3 botol minuman berkarbonat bercitarasa Barat sebagai pelincir tekak dan penghilang dahaga.

Niha pula berbesar hati..... errr... turut hadir.


Ayam dan sosej dibakar dengan penuh rasa kekitaan yang jitu. Berpandukan resipi turun temurun berjudul "Oh! Eksperimentasi", terhasil suatu karya suapan yang maha agung dan bijaksana.

Tiada kata dapat mencerita. Hanya gambar saksi suasana;


Of course, karya tersebut sangat sedap dimakan.


AMARAN: ayam bbq panas di tepi sungai semasa cuaca sejuk akan menjadikan anda seorang pelahap.


Sambil bersantap lincah bertanya,

Gosip dan tawa berselang-seli,
Sambil merencana lokasi seterusnya,
Semangat persahabatan semakin menjadi.


Burp~~ Alhamdulillah.

Tuesday, January 25, 2011

Misi










One day.

Saturday, January 22, 2011

Another Weekend, Another BlackBerry Gathering


Baru je minggu lepas ada gathering dgn geng-geng BB, minggu ni ada lagi satu. Different geng, same passion =)

Majlis ramah mesra + free dinner kat Ayers Rock Wangsa Maju. Sedap gak lamb chop sini. Aku yang tak suka makan kambing pun bole hook. Dan burger sini mmg besar woi. Makan separuh pun dah cukup.


Dalam 70 orang hadir, tapi ramai lambat pasal hujan dan jem. Event hari Jumaat lepas kerja, of course la rush hour utk weekend mmg horror kan.

Tak kisah la yang lambat, aku seorang yg punctual. Datang awal, makan awal, kenyang awal mwahahahahaha.


Macam biasa, berkenalan dgn geng-geng baru. Borak pasal PlayBook dgn tuan presiden yg baru balik dari BB DevCon Asia, OS6, rumors etc etc...

Dan aktiviti wajib, bertukar-tukar PIN.

Bila lagi next gathering? :p

Saturday, January 15, 2011

BlackBerry Gathering Party


Last Thursday, i received an exclusive invitation from BlackBerry Malaysia for the first ever BlackBerry gathering party in Malaysia. Of course I'm gonna go, I'm a BB user =)

Besides myself, i am also allowed to bring two other friends. And i decided to bring another two BB users, Akmal and Jepp. I tried contacting others, but apparently they're too busy and/or didnt bother replying my BBM message. Their loss.



The party was held at Restoran Top Hat. Finding it was another challenge since i never went there before. The address said No 7, Jalan Kia Peng. Actually it's No.3, Jalan Stonor. Luckily my Garmin GPS helped a lot =)

Met Akmal and Jepp there and registered at the counter in front of the entrance. Upon registration, we were given goodies bags. Inside: a BBM t-shirt, a BB lanyard and a BBM car sticker and a number for the lucky draw event.



The actual party/event started at 7.30pm. And it was hosted by Daphne Iking!

There were food, freeflow drinks, games, treasure hunt, BBM contest, TwitPic contest etc etc. Mingled around a bit and getting to know other BB fans. Too bad my group didn't win anything, but at least Jepp won a lucky draw. And he was kind enough to give a BB cap as a token of goodwill.

Hey if it wasn't for me, he wont win anything :p



The main event is the announcement of BB Malaysia's Biggest Fan. I didnt enter that contest, so i just watched and clapped for the winner. He won a brand new BlackBerry Torch! Wow.

The party ended around 10pm-ish. After some camwhoring session and saying goodbyes, we left Restoran Top Hat to another venue for drinks and live music.



I can see the satisfied look on Akmal and Jepp's faces. Thanks for coming guys :D

Infinite thanks to BlackBerry Malaysia for organizing this event. It was truly a memorable one. Go BlackBerry!

And I cant wait for the next one =)

Tuesday, January 11, 2011

Di Atas Dunia


Keyakinan hebat pemilik gerai satay ni membuat aku teruja. Apakah benar satay beliau berada di tahap "di atas dunia" / kayangan / syurga?

Aku mesti cuba!

Kah Kah Kah!

Kah Kah Kah!

Tah hapa-hapa la diorang ni. Kecoh betul berita kononnya FaceBook akan ditutup 15 Mac ni pasal Mark Zuckerberg dah "terlalu tertekan". Punya lah heboh sampai ramai yang panik, siap merayu-rayu lagi.

Kah Kah Kah!

Hebat betul penangan FaceBook kan? Sampai akhbar Kosmo! pun siap buat laporan.

Kah Kah Kah!

Amende la diorang ni... check la dulu sumber "berita" tu. Ini baru baca sket, dah terus panik.

Kah Kah Kah!

Sumber yang kata kononnya FaceBook akan ditutup tu juga melaporkan yang Michael Jackson masih hidup dan kini berada di bulan! Siap ada bukti bergambar MJ tgh menari moonwalk kat bulan.

Kah Kah Kah!

Tu la... percaya sangat berita internet.

Meminjam kata-kata seseorang di page Twitter beliau;

"If you trust everything people wrote in the net, then you're a twat. Period. Periodical TWAT."

Kah Kah Kah!

Sunday, January 9, 2011

Ecstasy




Dash Berlin a.k.a The Flying Dutchman.

First time ever LIVE in Malaysia.

Euphoria: Ministry of Sound, Sunway.

An awesome weekend opener.

Wednesday, January 5, 2011

Tipikal

Kadang-kadang aku agak emo bila berborak dengan rakan-rakan yang bekerja di sektor swasta, terutamanya di syarikat-syarikat besar yang popular dan gah di mata masyarakat. Tak perlu aku namakan syarikat mana, korang sendiri boleh agak.

Topik yang buat aku emo dah tentu anggapan bahawa sebagai penjawat awam, aku tak banyak kerja, keluar minum teh tarik 4 kali sehari, kerja sangat mudah dan lain-lain.



Mungkin mereka patut cuba bekerja di Bahagian Kabinet, JPM.

Mungkin mereka patut cuba bekerja di Kementerian Kewangan.

Mungkin mereka patut cuba bekerja di Parlimen.

Mungkin mereka patut cuba bekerja di Cawangan Khas, PDRM.

Mungkin mereka patut cuba bekerja di Unit Perancangan Ekonomi.

Mungkin mereka patut cuba bekerja di pejabat aku.



Beranggapan memang mudah, cuba buat?

Sunday, January 2, 2011

2011

Rancangan asal ialah sambut tahun baru di Ho Chi Minh City, Vietnam. Siap dah plan tour kesana-kesini masa kat sana nanti. Pastu aku terfikir, aku nak holiday bukan nak travel. So kalau nak sambut tahun baru dengan penuh gilang gemilang, dah tentu aku ke tempat feveret aku;

Thailand.

Vietnam takkan lari kemana, macam New Zealand gak kan Akmal? hehehe.....

Anyway, 2011 dah sampai pun. Time to look forward.

Dari segi kerja, aku agak risau dengan 2011. Macam banyak giler yang menunggu. Semua kerja-kerja gila ni dah start sejak 2008 (if u get my drift).

Dari segi gajet, er... Torch? Actually aku lebih menunggu PlayBook. Apa pun aku nak start pakai jam balik la. Dah setahun lebih tak pakai jam.

Travel plans. Aku fleksibel bab ni. Tarak hal nak kemana-mana, asalkan dapat cuti. Maybe nak kurangkan travel ke Thailand tahun ni. Asyik situ je kan, nak tengok negara lain lak. Tapi kalau Phuket / Koh Phangan, anytime!

Selamat Tahun Baru!