Sunday, December 25, 2011

Al Fatihah Untuk Sang Syahidah



Allahyarhamah Noria Bte Idris 
1 Sept 1982 - 25 Dis 2011

Semoga rohmu berada di kalangan mereka yang beriman.
al-Fatihah

Sunday, December 11, 2011

Bila AirAsia Bergurau.....

Seperti yang mungkin korang tahu, sekarang AirAsia sedang buat promo hebat tambang murah untuk perjalanan tahun hadapan. Harga tiket bermula dari 10sen!

Seperti biasa, aku pun mula survey harga tiket promo ke destinasi pilihan dalam misi Asia Tenggara aku. Destinasi pertama yang aku check ialah Siem Reap, Cambodia.

Sementara menunggu, aku mula membayangkan dapat tiket gila murah.

Mungkinkah RM20 one-way?

Atau mungkinkah dapat RM10 one-way?

Atau mungkinkah aku berjaya dapat tiket berharga 10 SEN????

*
*

*

*

Ini yang aku dapat;





Tiket promo RM 12,400.00 FFFFFFUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU

Bila AirAsia bergurau, aku jadi sasau.



Sekali lagi. FFFFUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!!!11!!!1!!!

Tuesday, December 6, 2011

BlackBerry 7 Launch @ LUST Changkat Bukit Bintang.



Khamis 1 Disember yang lepas aku sekali lagi mendapat jemputan eksklusif dari BlackBerry Malaysia ke majlis pelancaran BB7. Kali ini bukan macam gathering pertama dan gathering kedua dahulu, tapi ialah pelancaran produk.

Tempat pelancaran ialah di LUST Changkat Bukit Bintang. Menemani aku, Akmal yang zoom dari Putrajaya.


Kali ni semua hadirin dijamu dengan dinner yang memuaskan, bukan sekadar finger food. Spaghetti, roast salmon, black pepper beef dan free flow juice & Coke.

Kenyang woi.


Seperti biasa, geng-geng BBUGMY juga turut ada bersama, dan dapat kenal-kenal geng baru. Bertukar BB Pin dah jadi kewajipan :D

Yang paling menarik perhatian aku malam tu bukannya 3 smartphone yang baru dilancarkan, tapi BlackBerry Posche Design P9981 milik big boss RIM Asia.

Harga? USD 2,000.00! O_o

BlackBerry Posche Design P9981

Persembahan lagu-lagu jazz dan akustika malam tu juga best. Lebih chill dan relax sambil borak2 dgn geng-geng dan usha smartphone baru.

Macam biasa, ada juga lucky draw dan twitpic contest.

Macam biasa, aku tak menang apa-apa.

Cis.




All in all, aku berpuas hati dan seronok. Great time with friends. 

Free dinner. Free drinks. Free BlackBerry goodies.

Hey, how about a free BlackBerry smartphone? :p

Friday, December 2, 2011

Dari Saigon, Seoul & Honolulu.


Poskad-poskad yang datang serentak.

Dari tiga destinasi, dua destinasi aku tak sampai lagi. Tak mengapa, esok masih ada. Bukan jauh sangat Korea tu :p

Apa pun, poskad dari Honolulu mmg mengancam! Thanks Hayati =)


Thursday, November 17, 2011

Jalan Jalan Saigon, Vietnam


Weekend trip 11-13 Nov 2011. 

Selepas Filipina, destinasi aku seterusnya dalam misi kembara Asia Tenggara ialah Ho Chi Minh City @ Saigon, Vietnam. Kalau ke Filipina dulu aku buat kembara solo, kali ini aku bersama 9 orang pula ke Vietnam. Group trip yo!

Peserta rombongan bersama aku kali ni ialah Akmal, Jepp, Amy, Aliya, Yantie, Farah, Hasina, Azrin dan birthday girl, Jaja.

Seperti biasa, bajet aku setiap kali keluar negara ialah RM500. Untuk Vietnam, aku siapkan 3 juta Dong (RM465).




Tiket AirAsia KL-Saigon aku beli bulan Julai dulu berharga RM156 return inclusive tax. Aku mana mampu naik MAS hahaha. Hotel book lain, yang penting flight dulu.

Kat Saigon stay kat La Jolie Hotel & Spa. Yang paling best sebelah hotel je ada restoran halal. Bukan sekadar halal, tapi KEDAI MAKAN MELAYU! So bab makanan halal dah settle. 

Hotel ni juga terletak dalam District 1, kawasan tengah bandar Saigon. Dekat dengan tempat-tempat tumpuan pelancong.
 


Antara tempat wajib lawat di Saigon ialah Notre Dame, Pasar Ben Thanh, Opera House dan Pejabat Pos Saigon. Bangunan rekabentuk Perancis memang cun apatah lagi waktu malam. Ala-ala gothic tu.


Pasar Ben Thanh ni macam Central Market KL. Penuh dgn barangan cenderahati, beg, kain, kopi Vietnam dan ntah hapa-hapa lagi. Aku beli kopi sepaket sudah. Disini gak penuh dengan makcik-makcik Malaysia yang gelap mata shopping hahaha.


Majoriti orang Vietnam ni langsung tak reti cakap English. Memang ayam cakap dgn itik jadinya. Yang boleh cakap sangat sikit, itu pun hancur lebur.  

Harga barangan boleh kata murah, tapi kena bargain kalau di kedai-kedai biasa. Di sini juga wang US Dollar diterima gara-gara Dong yang terlalu rendah.

100,000 Dong = USD5 = RM15.




Malam pertama, terus ke Hard Rock Cafe beli t-shirt, makan-makan dan pusing-pusing Saigon ke Jalan Pham Ngu Lao cari tour untuk Sabtu dan Ahad. Beli direct kat travel agency adalah jauh lebih murah daripada book kat hotel.

Pagi Sabtu, terus naik tour van untuk Mekong River Tour. 2 jam perjalanan sebelum tiba di jeti Mekong. Pastu naik bot merentasi Sungai Mekong.





Tour ni melibatkan lawatan ke beberapa pulau, lawatan ke pusat industri kampung, naik kereta kuda, taman buaya dan naik sampan menyusuri pecahan Sungai Mekong.




Tour ni inclusive makan tengahari, sayang sekali yang disediakan ialah hidangan babi goreng FFFFUUUUUU. Terpaksalah makan vegetarian dan extra order ikan goreng berbalut rice paper. Lapar woi, telan je.




Juga ada lawatan ke pusat ternakan lebah madu. Siap ada demo teh madu. Sedap gak teh madu campur debunga lebah dan perahan limau nipis.

Siap ada persembahan nyanyian lagu tradisi Vietnam. Suara diorang macam keluar ikut hidung ngahahahaha. Saksikan dan dengar sendiri:




Siap mintak derma lagi cis hampeh. Dan aku dengan murah hati menderma senyuman aku yang paling manis untuk mereka nyeahahahahaha.....


 


Hari Ahad pula pergi ke Cu Chi Tunnel, terowong yang digunakan oleh pejuang Vietkong menentang tentera Amerika semasa perang Vietnam dulu. Sempit gak terowong tu walaupun dah dibesarkan untuk tujuan pelancongan. 

Selain terowong, ada juga tayangan video sejarah perang Vietnam, pameran perangkap maut, demonstrasi buat kasut dari tayar dan kereta kebal tinggalan tentera Amerika.

Selesai tour Cu Chi, terus kembali ke Saigon dan bersedia ke airport. Flight balik KL  pukul 8 malam. 




Jumlah masa di Saigon = 2 hari 2 malam.
Jumlah belanja (hotel + makan + tour + shopping) = RM 360. 
Siap ada baki 770,000 Dong (RM100).

Dan kini kembara Asia Tenggara aku tinggal 3 negara lagi; Cambodia, Laos dan Myanmar.
Next trip? hehehe.....

Monday, October 10, 2011

BlackBerry Malaysia 2nd Community Gathering



Selepas kejayaan Community Gathering yang pertama, BlackBerry Malaysia mengadakan gathering kedua di Zouk Club KL pula. Sebagai fanboy BB, dah tentu aku hadir :D

Kalau dulu aku hadir bersama Akmal dan Jepp, kali ni aku hadir seorang. Tak sempat nak ajak dan Gathering ni pun diadakan pada hari aku balik dari Filipina. Hadir seorang tak jadi masalah, kat Filipina pun boleh survive sorang-sorang, ini pula di KL. Lagipun ramai geng-geng BBUGMY ada disana.

Gathering kali ini tak banyak game yang dibuat, tapi lebih kepada pelancaran model-model baru dan persembahan dari The Azenders dan Nadhira.


 Nadhira!

Banyak lucky draw malam tu. Macam biasa, aku tak dapat apa-apa (cis!). Dapat goodies bag penuh dgn barangan BB pun jadi la kan. Dan dapat kenal-kenal dengan BB users yang lain :D

Gathering tamat around pukul 10, dan disambung dengan sesi teh tarik di NZ Garden bersama geng BBUGMY.


 Geng BBUGMY

OK, bila agaknya gathering ketiga?

Saturday, October 1, 2011

Catatan Filipina




Pada 26 September lepas aku bertolak dengan pesawat AirAsia menuju ke Filipina. Travel trip kali ini aku dah rancang sejak bulan Februari lepas. Perjalanan kali ini mencatat sejarah peribadi bukan saja kerana ini pertama kali aku ke Filipina, tapi ini juga kali pertama aku mengembara seorang diri ke luar negara.

Setelah berjaya melengkapkan kembara seluruh Malaysia, kini fokus aku ialah kembara seluruh Asia Tenggara. Insya-Allah.

Nasib aku tak berapa elok kerana hari pertama aku sampai di bumi Filipina (mendarat di Diosdado Macapagal International Airport, Clark) juga merupakan hari pertama Filipina dilanda Taufan Nesat

Tapi alang-alang dah sampai, taufan pun tak dapat sekat kemahuan kembara aku :D


Diorama pembunuhan Dr Jose Rizal


Segala yang aku rancang dapat aku laksanakan. Melawat Rizal Park, meneroka Intramuros, menjenguk Fort Santiago, melepak di Hard Rock Cafe (dan beli t-shirt), merasai kehidupan malam di Angeles City dan lain-lain.

Suasana di Manila, Makati dan Angeles City tak jauh berbeza dengan kotaraya Asia Tenggara yang lain. Secara peribadi, jika sudah sampai di Indonesia dan Thailand, tidak akan ada masalah di Filipina.



Tram di Intramuros


Masalah bahasa hampir tidak wujud. Di Filipina bahasa Inggeris ialah bahasa kedua mereka selepas Tagalog. Cuma mungkin pelat saja yang akan mengganggu pemahaman :)

Mencari makanan halal pula ialah satu cabaran. Agak sukar mencari makanan halal di Filipina terutama di bandar Makati. Nasib aku agak baik, dapat jumpa 2 buah restoran Arab.


Oh nasi goreng!


Harga barangan, kos pengangkutan, makanan dan lain-lain boleh dikatakan lebih murah dari di KL, bergantung pada tempat dan kehandalan tawar-menawar. Seperti biasa bila melawat tempat luar, mulut kena manis.

Orang Filipina sama seperti orang di Thailand; menghormati pelancong dan sentiasa bersedia membantu. Peramah dan mesra ;)
 

 Gadis penyeri di Angeles City

Insya-Allah, aku akan kembali lagi. Tapi tunggulah aku habiskan kembara Asia Tenggara dulu.

Thursday, September 22, 2011

Apa Mereka Tahu Tentang Islam?



 Soal jawab mengenai pemahaman orang Amerika mengenai Islam dan orang Arab.


1. What food that Muslims cannot eat? - Beef.

2. What is the Muslim's holy month? - Jihad.

3. What is the Muslim's holy month? - January.

4. Where is Mecca? - India

5. Where is Mecca? - Israel.

6. Where is Mecca? - Pakistan.

7. Why do Arabs wear turban? - Because they have no hair.


Rasa kelakar dan sedih tengok video nih -.-

Monday, September 19, 2011

Konflik Warna


First of all, tahniah kepada Ms Leila Lopes dari Angola yang dinobatkan sebagai Miss Universe 2011 menewaskan ramai lagi hot chicks dari negara-negara lain.

Macam biasa, kemenangan seorang peserta berkulit hitam akan mencetus ayat-ayat seperti;
  • "Black is beautiful"
  • "Hitam itu menawan"
  • "Once you go black, you never go back"
Hahaha habis tu kenapa produk putihkan kulit berlambak kat pasaran? Bila nak ada produk hitamkan kulit ye. 

Rasanya syarikat yg keluarkan Fair N Lovely akan keluarkan tak produk bernama Dark N Lovely? 

Atau mungkin syarikat De' Putih akan keluarkan produk De' Hitam?

Atau akan ada Night Darkening Cream?





Sudah tentu takkan ada.

Wednesday, September 7, 2011

Tuan Kedai Yang Suka Bergurau

Di suatu hari tak lama dulu, aku ke sebuah kedai makan. Aku order nasi goreng cendawan dan teh o halia. Aku pesan nak extra halia, lebih power. Aku memang penggemar halia dalam minuman dan makanan aku. Tak kisah la walau lepas tu asyik berangin je badan.

Macam biasa, minuman akan sampai dulu.

Ini yang aku dapat;




Woi tuan kedai, kau sindir aku ye?

Hampeh.

Sunday, August 14, 2011

BlackBerry PlayBook Workshop


Semalam aku menghadiri sebuah bengkel anjuran Research In Motion (RIM) dan BlackBerry User Group Malaysia (BbugMY) di Hotel Boulevard, Midvalley. Walaupun aku dah tahu dan faham tatacara penggunaan PlayBook, tak salah turut sertai bengkel ni. Dapat gak free gift dari RIM :p


Kehadiran pakar terlatih dari RIM sangat membantu dalam mendalami selok-belok penggunaan tablet ni terutama pada mereka yang baru memilikinya. Selain aspek pengenalan, penggunaan melalui aspek yang lebih teknikal turut diperjelaskan beserta demonstrasi dan tunjuk ajar.



Seronok gak berjumpa rakan-rakan pengguna PlayBook yang lain. Lagi best bila dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru yang sama minat. Berbincang mengenai OS7, model-model BB baru dan macam biasa, bertukar-tukar BB pin.



Tapi yang paling buat aku teruja sudah pasti Android App Player. Sayang sekali masih lagi dalam beta build dan belum ada versi rasmi.

Takpe, bukankah sabar itu separuh dari iman? :D

Thursday, August 4, 2011

Kalau Jeles Kata Je La Jeles

Aku yakin korang ada terbaca post ni yang asyik di-repost balik kat facebook:

When I was a kid, I didn't have a laptop, iPod, Blackberry , PS3, Wifi or iPads. I played outside with friends, bruised my knees, made up stories and played hide and seek. I ate what my mom made. I would think twice before I said "no" to my parents. Life wasn't hard, it was good & I survived. Kids these days are spoiled. Re-post this if you appreciate the way you were raised. I think we were happier kids.

Happier kids? LOL WTFBBQ2INCI

Kalau jeles tu kata je la jeles hahahahahahahahaha..... Dengki ke tengok budak-budak sekarang main iPad sambil BBM dengan kawan-kawan?

Cuba bayangkan kalau mak bapak kita dulu ada facebook. Mungkin akan ada post macam ni;

When I was a kid, I didn't have a walkman, electronic calculator, Super Nintendo, or saturday morning cartoons. I played outside with friends, bruised my knees, and played Tetris. I ate what my mom made or buy. I would never think of saying "no" to my parents. Life wasn't hard, it was good & I survived. Kids these days are spoiled. Re-post this if you appreciate the way you were raised. I think WE were happier kids.

Kita langkau satu lagi generasi. Agaknya kalau datuk nenek kita pulak ada facebook camni kot post diorang;

When I was a kid, I didn't have a TV, refrigerator or even a proper kitchen. I have no time to play. We have to work to help our family. It was wartime, and the Japanese didnt make our lives any easier. I ate what we can find. I would never say "no" to THE JAPANESE ARMY. Life was so damn hard, but I survived. Kids these days are SO spoiled. Re-post this if you appreciate the way you were raised. I think WE were happier kids.

Nampak perbezaan? Tidak adil untuk membandingkan generasi sekarang dengan generasi lama.

Masa sudah berubah. Kenapa nak kekal di takuk lama?

Wednesday, August 3, 2011

Kelazatan BlackBerry

Akhirnya setelah beberapa bulan menunggu, RIM dah melancarkan LIMA smartphone BlackBerry terbaru. Dan yang paling menarik perhatian aku semestinya BlackBerry Torch 9850.

Dah 2 tahun setengah aku setia dengan Bold 9000. Rasanya dah tiba masa untuk aku upgrade.






Cepat la sampai Malaysia :D

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

Wahai orang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu supaya kamu bertakwa. (puasa yang wajib itu ialah) beberapa hari yang tertentu:sesiapa antara kamu yang sakit ataupun dalam musafir, (bolehlah ia berbuka). Kemudian dia wajib berpuasa (sebanyak hari yang dia berbuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan fidyah, maka itu adalah satu kebaikan baginya (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui”.

Surah al-Baqarah, ayat 183 – 184


Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua pembaca blog aku. Moga kita mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini. Insya-Allah.

Wednesday, July 27, 2011

Kundasang War Memorial


Antara tempat yang aku pergi semasa di Sabah ialah Kundasang War Memorial. Tak jauh dari Kinabalu, aku tertarik nak melawat tempat ni selepas melawat sebuah memorial Perang Dunia Kedua di Labuan.


Memorial ni dibuat bagi mengenang 2,500 tawanan perang Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Hampir kesemua tawanan ialah askar Australia dan bakinya askar British. Dah namanya pun tawanan perang (POW), sudah pasti jadi buruh paksa. Daripada 2,500 tawan perang yang dijadikan buruh paksa, hanya 6 yang terselamat dan berjaya melarikan diri.



Aku kagum dengan cara memorial ini dijaga. Bersih, kemas dan mengundang rasa simpati kepada askar-askar Australia yang mati akibat diseksa tentera Jepun semasa membina landasan keretapi. Peruntukan daripada kerajaan Australia melalui Office of Australian War Graves memastikan semua memorial yang melibatkan askar Australia berada dalam keadaan terbaik.



Memorial ini terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian pertama ialah British Garden bagi mengenang dan menghormati askar-askar British yang terkorban. Bahagian kedua, Australian Garden pula bagi askar-askar Australia manakala bahagian ketiga ialah sebuah ruang luas yang menempatkan plak nama-nama semua tawanan perang yang terkorban.



Melihat betapa memorial ini dijaga, aku tertanya juga. Mengapa kita tidak ada memorial sebegini? Mana memorial Leftenan Adnan? Mengapa makam Hang Lekir dan Hang Lekiu tiada? Takkan kita tak menghargai pahlawan-pahlawan kita?

Kepada siapa aku perlu bertanya.

Monday, July 25, 2011

In Love With Korean Food


Lately aku sangat suka makan hidangan Korea. Tak tau la apa yang sampuk aku, tapi tak mungkin pengaruh kumpulan SNSD kot.

Dan of course bukan pengaruh kumpulan melayu perasan korea yang sangat shitbrix.

Btw, nama hidangan yang aku suka ni ialah Bul Go Gi. Atau bahasa melayunya; nasi putih dan daging black pepper sizzling. Selain tu ada gak ikan bilis sambal, kobis pedas, sup teratai, ntah apa sengkuang dan rumput lagi tah yang aku tak ingat. Nasi pun guna beras kanji, so boleh disepit dengan chopstik. Aneh gak makan nasi guna chopstik ni :p

Selain tu aku ada try gak Yuk Gae Jang atau bahasa melayunya; nasi tomyam. Sedap gak tapi kurang kaw bagi manusia maging macam aku.

So, kalau ada selera dan nak cuba something new, sila cari di restoran Korea berhampiran.

Monday, July 18, 2011

30 Tahun


Alhamdulillah.

14 Julai 2011, genap usia aku 30 tahun. Agak signifikan memandangkan angka didepan dah bertukar sekali lagi selepas 10 tahun dulu.

Menyambut usia 30 aku laksana dengan melengkapkan kembara seluruh Malaysia. Akhirnya aku menjejak kaki di negeri Sabah dan di Labuan. Lengkap sudah 13 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan di Malaysia aku jejaki.

Misi seterusnya, seluruh Asia Tenggara? :)

Aku rasa macam aku patut menulis pelbagai perasaan, kehendak, keperluan, perspektif dan pelbagai lagi bila usia dah menjangkau 3 dekad. Aku tahu selepas ini sedikit demi sedikt, kehidupan akan berubah.

Tidak akan ada lagi kegilaan semasa aku berusia 17 tahun. Tidak akan ada lagi keseronokan tanpa peduli semasa aku berusia 21 tahun. Tidak akan ada lagi debaran menjelang hari-hari terakhir usia 20-an.

Orang boleh berkata; "Life starts at 40", "Age is just a number" dan lain-lain. Tapi aku takkan dapat ubah apa perasaan sebenar dalam hati, perspektif baru kehidupan aku dan kesedaran aku tentang erti sebuah tanggungjawab.

Mungkinkah aku sudah mula matang?

Mungkin.

Kemungkinan besar aku takkan berubah banyak dari segi pergaulan sosial dan dari segi komunikasi sesama rakan. Itu memang sukar diubah. Kalau boleh diubah pun bukan dalam masa singkat. Mengubah diri selepas 30 tahun bukannya sesuatu yang mudah.

Kepada keluargaku, ketahuilah aku berazam mahu menjadi seorang insan yang lebih baik, lebih matang dan lebih bertanggungjawab.

Kepada para sahabat, aku masih seperti dulu. Gila mengembara dan masih seorang sicko. Umur yang bertambah tak menjanjikan perubahan kelakuan yang drastik :D

Moga usia 30-an ini bakal aku lalui dengan izin-Nya dalam mencapai kenikmatan hidup.

Insya-Allah.

Monday, July 4, 2011

Universal Studios Singapore


Akhirnya aku sampai jua di bumi Singapura. Bukan tak mahu pergi, tapi tukaran mata wang yang tak menguntungkan selain tak reti transportation membantutkan hasrat aku. Perjalanan ni pun bukanlah rancangan asal. Plan asal sebenarnya nak ke Pulau Tioman, akhirnya tukar last minute ke Universal Studios Singapore.

Dan alhamdulillah, sampai jua akhirnya :D



Untuk memudahkan perjalanan ke sana, aku dapatkan khidmat "orang dalam" iaitu ejen pelancongan yang direkomen kawan. Dah siap kawtim, so dapat la harga lebih murah dari biasa. Pakej hotel, kereta + driver a.ka tour guide, dan tiket masuk USS.

Oh ya, tiket masuk USS ialah SGD72 pada weekend dan SGD62 pada hari biasa.

Ini kali pertama aku masuk Singapura, aku tak tau nak bawak berapa dollar. Just to be safe, aku bawak SGD200. Mana la tau nak beli apa-apa kan.



Bergerak dari JB Central Hotel pukul 8 pagi terus ke USS di Sentosa Island. Biasanya kalau party-goers pasti biasa ke Siloso Beach, venue untuk ZoukOut.

Trafik lancar, malah boleh kata kosong jalan masuk ke Singapura. BIasanya weekend memang macam tu, orang Singapura akan masuk Malaysia masa weekend. Lebih murah nak holiday dan shopping di Malaysia ;)


Apa yang best di USS? Semua best!

Taman tema perfileman, of course la best. Macam-macam theme ada sini. Mula-mula masuk akan lalu Hollywood Boulevard. Sini je dah banyak benda nak tengok. Tapi apa-apahal kena lunch dulu kat 80's cafe. Sebijik macam dalam filem Back To The Future.

Nak makan takut tak halal, so order burger ikan je. Dah habis bayar baru nampak lambang halal. Sungguh hampeh.

Sesekali akan ada watak-watak filem/kartun yang muncul. Yang aku jumpa ialah Betelgeuse, Betty Boop, Po, Woody Woodpecker dan Charlie Chaplin.


Antara bahagian-bahagian dalam USS ni ialah:
  • Sci-Fi City
  • BattleStar Galactica (high speed roller-coaster)
  • Revenge Of The Mummy
  • Madagascar
  • Jurassic Park
  • Shrek 4D
  • Waterworld
Ride Madagascar sangat best dan buat orang panik hahahaha.

Tapi ride Shrek 4D kena bayar extra SGD40, so aku xnak buang duit kat sini. Next time kot.



Pasal aku pergi weekend, punya la ramai beratur nak main. Tak sempat nak naik semua ride. Ada yang kena tunggu 2 jam baru dapat naik aaaaaaaaaaa hangin aku. Takpe, aku mesti pergi lagi. Dan elakkan weekend!

Selain ride bertemakan filem, banyak ride/show lain bertemakan Hollywood dan muzikal. Show Lights, Camera, Action! menampilkan special effect yg sangat best.

Sebelum keluar, sempat lagi singgah Universal Studios Store dan beli barang cenderahati. Sorry la, aku tak dapat nak belikan keychain ke hapa. Gila ah mahal.



Universal Studios Singapore, aku akan kembali!

Wednesday, June 29, 2011

Review - Transformers: Dark Of The Moon


Malam tadi aku menonton Transformers: Dark Of The Moon. Biasa la, semua movie Transformers memang aku tengok kat wayang pada hari pertama tayangan. Mari kita mulakan review!

Sentinel Prime, Ironhide, Starscream dan Megatron mati di hujung filem. Sentinel Prime rupanya dah berpakat dengan Megatron nak bunuh semua Autobots. Eh, ini spoiler. Sori, kita mulakan review sebenar!

Filem Transformers ketiga ni jauh lebih hebat dari filem pertama dan kedua. Untuk lebih mudah, aku buat secara point form.

AKSI / LETUP / GADUH:
  • Terbaik!
  • 10 kali lebih hebat dari filem kedua!
  • Lebih detail!
  • Lebih awesome!
  • Lebih mind-boggling!
  • Optimus dengan double-sword!
  • Sentinel dengan parang gergasi!

AWEK PENGGANTI MEGAN FOX:

  • Shot pertama untuk tunjuk awek ni ialah bontot beliau. Serius.
  • Muka kadang-kadang boleh blah gak la.
  • Paha ada selulit wtf
  • Lakonan macam kayu.
  • Pelat British maha pekat.
  • Sila lihat gambar yang agak yummy.

PLOT / JALAN CERITA:
  • Mana ada plot.
  • Mana ada jalan cerita.
  • Teknik perfileman cut & paste macam budak universiti je.
  • Semua yang dikatakan "plot" ialah filler antara robots fighting each other.

CHARACTER DEVELOPMENT:
  • Mana ada character development.
  • Sam masih lagi goofy.
  • Mak bapak still annoying.
  • Agent Simmons still vomit-inducing.
  • Other supporting "actors" still looked like they're constipated throughout the movie.

VERDICT:
  • Eye-candy yang sungguh orgasmik. Tonton segera!

Monday, June 20, 2011

Pemanduan Selamba


Memandu sambil mengguna handset adalah perbuatan bahaya.

Memandu sambil check e-mail dengan BlackBerry PlayBook adalah awesome.