Sunday, December 5, 2010

Krabi


What an awesome trip it was. Good place, great company.

Ke Krabi bersama Akmal, Zen, Hasina, Zetty, Azrin dan Nadia. Memandangkan aku decide nak join trip ni last minit (dan juga pasal bengang cuti trip ke Tianjin kena kansel), aku tak dapat nak fly. Tiket flight last minit mahal oi.

Alternatif: jalan darat.

Jalan darat ke destinasi Thailand aku pernah buat tahun lepas masa ke Koh Phangan. So, aku dah tau dan familiar pun. Tapi kena jaga-jaga sket di Hatyai, kat sana memang port orang Siam nak cekik darah orang Malaysia.

Pilihan aku memang naik bas. Harga tiket bas KL-Hatyai ialah RM45. Kalau drive, tol Damansara-Bukit Kayu Hitam (BKH) je dah RM72. Tak kira petrol lagi tu. Rabak poket aku nanti.

Bas dari KL bertolak pukul 10.30 malam. Bas ke Hatyai memang akan berhenti kat segala macam tempat nak pickup orang Siam. Lambat la sket. Murah punya pasal, redah je la. Sampai BKH dalam pukul 6 pagi. Lepas cop passport, sambung perjalanan ke Hatyai.

Sampai di Hatyai, terus disambut dengan segala macam ulat yang nak kelentong aku. Sorry la, ingat aku ni noob ke. Aku terus ke kaunter travel tour dan amik van direct ke Krabi. Harga: 250 Baht / RM25. Tempoh perjalanan Hatyai-Krabi ialah 4 jam. Stop jap kat pekan Trang. Pekan ni tempat transit ke Koh Lanta. Next trip maybe? hehehehe.....

Sampai di Krabi atau lebih spesifik, Ao Nang, tempat guesthouse kitorang. Ascot Krabi.



Ingatkan aku dah salah hotel, ntah camana bole miss diorang check in hehehe. Nasib baik jumpa gak.

Check in pastu terus lunch. Dan terus ke pantai buat aktiviti wajib.

Camwhoring :p

As usual, gi jalan-jalan / window shopping / camwhoring lagi.

Dan fish massage. Aku tak pernah try, so bila lagi kan. 150 baht jer, murah dari kat KL. So dengan yakin dan excitednya aku dan geng-geng lain buat.

Best woi! Tapi nampaknya ramai yang geli :D

Malam tu semua bincang pasal aktiviti esok. Memandangkan aku dah pergi Phi Phi Island Hopping masa kat Phuket dulu, aku ingat nak gi tour gajah je. Lagipun bajet aku untuk trip ni sangat tight. Tapi kawan-kawan menunjukkan semangat kekitaan yang jitu dan terus menubuhkan tabung "Phi Phi Untuk Hadi".


Thanks guys :D

Island hopping ke 6 pulau. Siap ada orang mabuk laut hahahaha... tapi lain yang mabuk, lain yang muntah :p

Phi Phi Don, Phi Phi Le, Maya Bay, Bamboo Island dan tah apa nama lagi tah. Akmal siap tayang six pack lagi dengan harapan nampak macam Daniel Craig :p

Dan berkenalan dengan sorang solo traveler dari US. Gila jugak rupanya dia. Dan sempoi.

Habis island hopping, gi massage lak. Foot massage for the boys, massage + mani pedi for the girls. Yang mengurut aku namanya Meaw. Nasib baik dia tak mengiau, kalau tak mesti aku syak dia tu kucing jadian.

Pastu dinner di Aeshah Restaurant. Berkenalan dengan Alena. Dah la manis, sedap lak tu. Punya la sedap (dan manis) sampai esoknya breakfast kat situ gak. Oh Alena....


Sama-sama manis :p

Hari terakhir, sempat breakfast dan window shopping jap sebelum naik tuk-tuk rushing untuk van ke Hatyai dan bas ke KL.

Secara peribadi, Krabi tak jauh beza dengan Bali. Ada pantai, penuh dengan orang puteh, lebih kepada percutian relaks dan aman. Phuket jauh lebih happening kalau mahukan hiburan malam. Tapi selain tempat, percutian kemana pun akan jadi hebat bila bersama geng-geng yang sama hebat. Thanks for the awesome memories....


Awesome friends.

Selamat tinggal Krabi. Ada rezeki pasti aku kesana lagi.

15 comments:

muhamadakmalwahab said...

aku sangat setuju dengan statement last itu...mana mana pon akan jadi best kalau geng yang pergi adalah best...hehehe...lets do this again...hehehe...

marmalade said...

wahhhhh! :)
lain yang mabuk, lain yang muntah ye hadi? hahahahaha. i wonder who lah.
nampak cantik sangat the beaches and the sea. but am not a big fan of laut lah. dunno why.

nihadriz said...

wah! too bad couldn't join u guys. kawin punya pasal. wahahah~

Hasina Terebuzzu said...

muahahha! cik mala.. nk aku bgtau ke sapa yg mabuk itu?? kalo nk.. blekberi 1! hehehe

Al Hadi said...

Akmal - yes we should. And we will :D

mala - lain orang lain minat kan. maybe u suka gi mountains ke?

niha - next trip bole je join :p

Ina - weh jgn la paksa Mala tuh hehehe

fadhlullahomar said...

ko lalu jalan darat? gila gigih ko di...tabik spring!!!

mell said...

awak! thanks ya.. ur bolg gimme some info untuk kesana :))

Al Hadi said...

no prob. enjoy your trip :)

mell said...

dah2!!~ saya dah balik malaysia balik dah.. saya guna info dari blog awak ni :)) hehehe

salam kenal!!~

Anonymous said...

bro, total travel time kl krabi bape jam eh? sampai hatnyai, nk pg kaunter travel mne 1? pendapat lu bro, ok x amik pakej bla dah sampai sne>? guest house lu x sbut pon bape rm?

Al Hadi said...

1. KL-Hatyai bergantung pada kelajuan pemanduan bas. Biasa dlm 8 jam. Hatyai-Krabi 4 jam. So total dalam 12 jam.

2. Mana-mana kaunter pelancongan yg ada kat tempat bas tu berhenti kat hatyai. Paling mahal naik van ialah 300baht. jangan bayar lebih, itu semua penipu.

3. Pakej actually x perlu. kat sana banyak choice. guesthouse pun xyah booking kalau x kisah keselesaan. ada yang 150baht(RM15) je satu malam, tapi faham sendiri la keadaan camana ye.

Anonymous said...

tapi kan bro, skrg ade ek kl-danok..then dr danok - krabi..gua ade baca info tu tp x detail la...puas cri kt tenet tp x dapat....then ticket return lu balik bli kt hatyai eh? othe spot ke sbb gua tkut tba hatyai mlm, kaunter tarak, pitam gua kat negeri org...agak2 lone ranger ok x eh? gua cdgnye nak terjah jekni ala2 azhar mansor..

Al Hadi said...

tiket balik tetap akan ada. sana mmg tumpuan pelancong, van/bas mmg banyak.

lone ranger je. Thailand sgt mesra dgn pelancong, yg penting kena pandai bawak diri

wan said...

bro, gua baru balik..so far not bad..cuma gua tringin nak nek bas dari krabi ke hadyai..tp byk sgt info yg penin even dr local people..bus stand dia pon gua confuse..deke 4.30 dah tutup???! pehtu pkul 10.30 dah boleh guling2 atas jalan..adu....cuma masalah utama, ramai sangat x tau cakap omputih xcept org tagency......yg puaka kat aonang, gua kena paiseh..ngalah p.s kl lak..ade ke paksa2 org beli, gua tya baik2, dia jawab cam bsuidhisuhd..bengan seh mode holiday gua..! siap follow gua 3 kedai, then usha kawan2 dia..celaka nau!

Al Hadi said...

ulat travel ni mmg maha annoying. jangan bagi muka je.

so far dari Krabi ke Hatyai bole mintak hotel uruskan. at least senang komunikasi dan jelas.