Sunday, December 26, 2010

Kawan Lama.

Sesekali aku menerima panggilan telefon / sms / FB msg daripada kengkawan lama yang dah lama tak jumpa. Of course la, memula dulu aku dengan naifnya seronok dapat panggilan camtu. Terus dapat revertigo. Terkenang balik kenangan-kenangan lama.

Hakikatnya tak seindah mana. Buruk ada la. Bila kawan lama ajak berjumpa, dah pasti kita akan akan expect untuk catch-up. Tapi realitinya;



1. Nak paksa masuk MLM.

2. Nak ajak beli insurans.


Sila pergi mampus.

Thursday, December 23, 2010

'Tis The Season To Be Jolly Fa La La La La La


Merry Christmas to all my Christian friends. To others, enjoy the holidays :D

Tuesday, December 21, 2010

Rentak

Ahad lepas aku dijemput menonton persembahan tari muzikal "Rhythm of Tourism". Sebagai seorang pencinta seni persembahan, sudah tentu aku takkan menolak.

Masuk pun percuma.


Ramai juga yang datang menonton, full house jugak la dewan persembahan tu. Start pukul 9 malam dan memang tak mengecewakan. Tarian yang memukau, muzik yang asyik, pyrotechnics yang simple, letupan-letupan mercun raya, lagu Ulek Mayang versi techno dan Mila yang comel.

Persembahan biola vs seruling juga memukau. Tarian dan lagu-lagu diselang seli dengan slideshow / video pelancongan Malaysia.


Tapi yang paling mencuri tumpuan dan menggamatkan suasana sudah tentu persembahan bertenaga dari White Percussion Unit. Memang hebat. Rasa tak puas tengok performance mantap diorang.

Sempat lagi aku rakam video;



Respek!

Monday, December 20, 2010

Dilema

Kerja di pejabat dah agak surut. Dan aku berazam nak habiskan segala kerja yang berbaki selewat-lewatnya pada Jumaat ini atau Isnin depan.

Maknanya aku ada 4 hari nak cuti dan pergi menikmati sambutan tahun baru 2011.

Jadi persoalannya ialah;



KOH PHANGAN atau HO CHI MINH?


UPDATE:

Keputusan dah dibuat. Aku ke Vietnam nampaknya :D



UPDATE 2:

Aku nak holiday, bukan nak travel. So, Thailand lagi hehehehe

Thursday, December 16, 2010

Review - TRON Legacy

TRON Legacy! Hari pertama wahahaha!

Aku lupa bila last aku tengok filem Tron yang pertama tu, jalan cerita pun agak-agak lupa. Ah layankan je la.

Seperti yang aku expect, filem ni ialah definisi terkini eye-orgasm. Cantik dan menakjubkan. Satu perkataan je untuk filem ni: AWESOME.

Discwar scene: awesome.
Lightcycle scene: awesome.
Fightscene: awesome.
soundtrack: awesome.
Olivia Wilde: hot.


Untuk kesan terbaik, sila layan dalam 3D.

Sunday, December 12, 2010

Biru Mata Hitamnya

Seperti biasa, aku terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan. Selain dari tugas, dah memang minat aku jugak nak bergaul dengan masyarakat.

Alkisah aku sedang melayan BBM kat BlackBerry aku. Sekonyong-konyong muncul sorang budak tak cukup umur dan dok sebelah aku. Mata dia leka memerhati BlackBerry aku. Penuh kagum dan takjub.

Kemudian dia bersuara;



"Bang, kenapa situ tulis BlackBerry? kan patut BLUEBERRY?"


Aku pandang budak tu. Dia pandang aku balik.

*sigh*

Sunday, December 5, 2010

Krabi


What an awesome trip it was. Good place, great company.

Ke Krabi bersama Akmal, Zen, Hasina, Zetty, Azrin dan Nadia. Memandangkan aku decide nak join trip ni last minit (dan juga pasal bengang cuti trip ke Tianjin kena kansel), aku tak dapat nak fly. Tiket flight last minit mahal oi.

Alternatif: jalan darat.

Jalan darat ke destinasi Thailand aku pernah buat tahun lepas masa ke Koh Phangan. So, aku dah tau dan familiar pun. Tapi kena jaga-jaga sket di Hatyai, kat sana memang port orang Siam nak cekik darah orang Malaysia.

Pilihan aku memang naik bas. Harga tiket bas KL-Hatyai ialah RM45. Kalau drive, tol Damansara-Bukit Kayu Hitam (BKH) je dah RM72. Tak kira petrol lagi tu. Rabak poket aku nanti.

Bas dari KL bertolak pukul 10.30 malam. Bas ke Hatyai memang akan berhenti kat segala macam tempat nak pickup orang Siam. Lambat la sket. Murah punya pasal, redah je la. Sampai BKH dalam pukul 6 pagi. Lepas cop passport, sambung perjalanan ke Hatyai.

Sampai di Hatyai, terus disambut dengan segala macam ulat yang nak kelentong aku. Sorry la, ingat aku ni noob ke. Aku terus ke kaunter travel tour dan amik van direct ke Krabi. Harga: 250 Baht / RM25. Tempoh perjalanan Hatyai-Krabi ialah 4 jam. Stop jap kat pekan Trang. Pekan ni tempat transit ke Koh Lanta. Next trip maybe? hehehehe.....

Sampai di Krabi atau lebih spesifik, Ao Nang, tempat guesthouse kitorang. Ascot Krabi.



Ingatkan aku dah salah hotel, ntah camana bole miss diorang check in hehehe. Nasib baik jumpa gak.

Check in pastu terus lunch. Dan terus ke pantai buat aktiviti wajib.

Camwhoring :p

As usual, gi jalan-jalan / window shopping / camwhoring lagi.

Dan fish massage. Aku tak pernah try, so bila lagi kan. 150 baht jer, murah dari kat KL. So dengan yakin dan excitednya aku dan geng-geng lain buat.

Best woi! Tapi nampaknya ramai yang geli :D

Malam tu semua bincang pasal aktiviti esok. Memandangkan aku dah pergi Phi Phi Island Hopping masa kat Phuket dulu, aku ingat nak gi tour gajah je. Lagipun bajet aku untuk trip ni sangat tight. Tapi kawan-kawan menunjukkan semangat kekitaan yang jitu dan terus menubuhkan tabung "Phi Phi Untuk Hadi".


Thanks guys :D

Island hopping ke 6 pulau. Siap ada orang mabuk laut hahahaha... tapi lain yang mabuk, lain yang muntah :p

Phi Phi Don, Phi Phi Le, Maya Bay, Bamboo Island dan tah apa nama lagi tah. Akmal siap tayang six pack lagi dengan harapan nampak macam Daniel Craig :p

Dan berkenalan dengan sorang solo traveler dari US. Gila jugak rupanya dia. Dan sempoi.

Habis island hopping, gi massage lak. Foot massage for the boys, massage + mani pedi for the girls. Yang mengurut aku namanya Meaw. Nasib baik dia tak mengiau, kalau tak mesti aku syak dia tu kucing jadian.

Pastu dinner di Aeshah Restaurant. Berkenalan dengan Alena. Dah la manis, sedap lak tu. Punya la sedap (dan manis) sampai esoknya breakfast kat situ gak. Oh Alena....


Sama-sama manis :p

Hari terakhir, sempat breakfast dan window shopping jap sebelum naik tuk-tuk rushing untuk van ke Hatyai dan bas ke KL.

Secara peribadi, Krabi tak jauh beza dengan Bali. Ada pantai, penuh dengan orang puteh, lebih kepada percutian relaks dan aman. Phuket jauh lebih happening kalau mahukan hiburan malam. Tapi selain tempat, percutian kemana pun akan jadi hebat bila bersama geng-geng yang sama hebat. Thanks for the awesome memories....


Awesome friends.

Selamat tinggal Krabi. Ada rezeki pasti aku kesana lagi.