Tuesday, November 2, 2010

Jalan-Jalan Kebajikan (Sambil Meratah KFC)

Antara acara kebajikan tahunan yang aku akan join ialah KFC Fight The Hunger Walkathon. Tahun lepas aku join, dibuat di Padang Merbok KL. Tahun ni buat kat Putrajaya lak.

Kalau marathon atau sebarang aktiviti yang melibatkan larian, aku memang tak into sangat. Masa DPA pun aku jalan kaki je hahahahaha. Kalau mendaki, aku memang champion. Eh, dah lama aku tak mendaki rupanya.

Jadi untuk menjalankan kerja kebajikan sambil meratah KFC free, aku join la acara tahun ni.

Ramai beb, 6000 orang!


Bukan pertandingan, bukan cabaran. Sekadar memberi sokongan pada cause yang dibuat. Tahun lepas Tan Sri KFC yang rasmi, tapi tahun ni siap Menteri Wilayah.

Gimik tahun ni pun tak berapa best, guna lori kontena. Tahun lepas guna helikopter! Bajet kurang kot. Kita kan kena berjimat cermat :p

Tapi sayang, tahun ni punya event macam kelam-kabut, tak macam tahun lepas yang tersusun dan jelas pergerakan acara. Salah sapa, aku tak tau.

Pistol ditembak, aku pun start berjalan.

Dan berjalan beriringan memang syok :D



Siap ada couple pakai rollerblade dan budak-budak bawak basikal!

Cheaters.

Tak jauh mana pun berjalan, 3.5km je. Yang penting pengalaman.

Tapi menikmati KFC lepas berjalan mmg sangat champion!


Next year join lagi!

2 comments:

Hasina Terebuzzu said...

masuk acara bab2 makan je terus lupakan kwn2 lain.. hampeh je.. =p

Al Hadi said...

mana ada. itu acara berjalan la :p