Monday, November 22, 2010

Malu Bertanya Sesat Jalan

Itu dulu.

Sekarang aku tanya je Garmin nih. Konfirm tak sesat!

RM699 kat Low Yat Plaza. Orait la tu kan, dah malas aku nak selak buku Klang Valley Map tuh. Teknologi memudahkan!

Oh ya, selain peta Malaysia dan Singapore, aku download gak peta Brunei, Thailand, Laos, Cambodia & Vietnam! Pasni bawak skuter di negara orang pasti lebih menyedapkan.

Dan destinasi pertama bersama En. Garmin: KRABI.

Oh yeah.

Sunday, November 21, 2010

Review ala Snippet

Aku tersangat la sibuk bulan ni. Kena paksa buat 9 program masyarakat. Sampaikan plan aku nak ke Beijing dengan Akmal, Hasina dll tu terpaksa kansel pasal cuti kena tarik T_T

Beberapa movie yang aku tengok, tapi malas nak buat review. So aku buat review secara snippet je la ek. Tak pun korang gi tengok sendiri je la.

1. Harry Potter & The Deathly Hallows Part 1.
Best. Better dari Order Of The Phoenix tapi still takleh lawan Prisoner of Azkaban.

2. Takers
Filem heist yang tak berapa kosentret kat heist. Tak mengecewakan, tapi tak la explosive macam The Italian Job.

3. Estet
Yang pengarah emo nak mampus pasal tak menang Pengarah Terbaik. Aku gi la tengok aritu. Kesimpulan; filem macam sampah. Sumpah aku takkan tengok lagi mana-mana filem pengarah emo tu lagi.

4. RED
Awesome as expected. Ada Bruce Willis n Morgan Freeman. Karl Urban nampak sangat macho dalam filem nih.

BONUS:

2 Alam
Ada sesapa gi tengok ke? Aku langsung tak hingin. Apatah lagi bila dah digelar sebagai Filem Laknat 2010. Dan aku bukan pengamal produk kempis perut. Aku juga agak rimas bila ada rambut di dahi.

Sunday, November 14, 2010

Guys Day Out

Setelah bekerja dan jadi gila semalam, aku, Fariq dan Lokman melepak di KLCC arini. Alang-alang ada GoMobile Expo kat sana, apa lagi kan.

Orang memang ramai, tapi tak la ramai sampai tahap Matta Fair. Kalo gi Matta Fair hari Ahad, boleh vertigo / muntah darah kalau takde stamina.

Oooohh banyaknya gadget!

Phone museum! ATUR Mobile! handset pertama aku pun ada! BlackBerry oldskool! iPhone pun dah masuk muzium?



Tablet disana-sini.

Apple iPad! Samsung Galaxy Tab!

CSL Spice pun ada!

Err.. no thanks. Aku menunggu PlayBook.



Broadband!

Aku tether BlackBerry. Tak perlu modem.

Garmin GPS!

Ah itu nanti dulu la. Keperluan belum mendesak.



Kad kredit!

Siap ada genie mata menggoda lagi.

Baru la semangat orang nak apply.

Tapi takyah la, aku baru je tutup satu kad. Lagi satu just for emergency.



Letih berjalan pekena Starbucks.

Kena jaga-jaga la kalau gi gadgets fair camni. Boleh rabak poket aku.

Thursday, November 11, 2010

Godaan

Kau sangat seksi.

Kau sangat cantik.

Kau sangat slim.

Kau sangat memukau.

Kau sangat menggoda.


Oh Torch!

Wednesday, November 3, 2010

Amanah

Setiap Sultan ada Bendahara.

Setiap Menteri ada Timbalan.

Setiap SUB ada PSU.

Setiap Pengantin ada pengapit.

Jadi pengapit lagi.

Walaupun tugas ni mudah, tapi tak boleh nak ambil mudah.

Dressing, attitude, integrity(!)

Pelengkap kepada sang raja sehari.

Its truly an honor.

Tahniah lagi sekali, Ara & Ajun :D



*Gambar dicilok dari FB.

Tuesday, November 2, 2010

Jalan-Jalan Kebajikan (Sambil Meratah KFC)

Antara acara kebajikan tahunan yang aku akan join ialah KFC Fight The Hunger Walkathon. Tahun lepas aku join, dibuat di Padang Merbok KL. Tahun ni buat kat Putrajaya lak.

Kalau marathon atau sebarang aktiviti yang melibatkan larian, aku memang tak into sangat. Masa DPA pun aku jalan kaki je hahahahaha. Kalau mendaki, aku memang champion. Eh, dah lama aku tak mendaki rupanya.

Jadi untuk menjalankan kerja kebajikan sambil meratah KFC free, aku join la acara tahun ni.

Ramai beb, 6000 orang!


Bukan pertandingan, bukan cabaran. Sekadar memberi sokongan pada cause yang dibuat. Tahun lepas Tan Sri KFC yang rasmi, tapi tahun ni siap Menteri Wilayah.

Gimik tahun ni pun tak berapa best, guna lori kontena. Tahun lepas guna helikopter! Bajet kurang kot. Kita kan kena berjimat cermat :p

Tapi sayang, tahun ni punya event macam kelam-kabut, tak macam tahun lepas yang tersusun dan jelas pergerakan acara. Salah sapa, aku tak tau.

Pistol ditembak, aku pun start berjalan.

Dan berjalan beriringan memang syok :D



Siap ada couple pakai rollerblade dan budak-budak bawak basikal!

Cheaters.

Tak jauh mana pun berjalan, 3.5km je. Yang penting pengalaman.

Tapi menikmati KFC lepas berjalan mmg sangat champion!


Next year join lagi!