Tuesday, October 5, 2010

Teater Tun Mahathir

Malam tadi aku berkesempatan menonton Teater Tun Mahathir yang berlangsung di Istana Budaya. Tiket free, layan je la. Lagipun aku tak pernah menonton di Istana Budaya, nak tahu juga suasananya.

Pengalaman menonton teater aku tak banyak mana. Lepas aktif dalam teater di U dulu, dah makin kurang melibatkan diri. Sekadar menonton di MATIC entah berapa tahun sudah. Itu pun persembahan pelajar-pelajar tahun akhir ASWARA.

Apa yang boleh aku katakan mengenai teater Tun Mahathir?

"I've seen better"
  • Adegan banyak meleret-leret.
  • Dance choreography yang hampir sama.
  • Set / prop yang langsung tak tertutup masa keluar masuk pentas.
  • Krew production yang muncul keluar masuk.
  • Audio yang tenggelam timbul.
  • Jalan cerita yang slow.
  • Kostum / props yang recycle utk beberapa babak sama.
Pun begitu, ada dua babak yang bagi aku sangat berkesan. Babak dimana permainan drama antara Tun M dan 3 bekas timbalannya dan babak dimana Tun M mengumumkan persaraannya. Bagi aku adalah lebih baik jika 2 babak ini yang diberi perhatian lebih.

Production-wise, memang tak setanding dengan Phuket FantaSea. Jauh sekali bezanya.

Aku tertido half-way. Sampai camtu sekali.

2 comments:

nihadriz said...

pernah tengok Natrah tak?

As for me, a newbie in theatre-going, Natrah's props awed me (sebab ada rumah 2 tingkat. Gigih tuuu nak buat hehe)

Al Hadi said...

Tak sempat tgk Natrah, but its coming back soon.