Tuesday, October 12, 2010

Oh Reactionist, Kau Datang Lagi

Bas eksiden lagi. Orang mati lagi. Rasanya korang semua dah tau pun. Dan pastinya ramai dah kena tag dalam gambar-gambar dan video eksiden.

Dan bila kejadian macam ni jadi, kita semua dah boleh agak apa akan berlaku. Setiap kali jadi sesuatu, benda yang sama akan berulang. Pastinya akan ada;

1. Shock & Trauma
Semua terkejut. Semua terperanjat. Semua Tak menduga. Semua Terpaku.

2. Sedih & Kasihan
Semua sedih. Nyawa yang tak berdosa melayang sekelip mata. Cedera parah tanpa diminta. Yang mati akan didoa, yang kritikal akan dijaga.

3. Drama Tuduh Menuduh
Semua mencari punca, semua mencari angkara. Persoalan perlu dijawab, amarah perlu diserap.
Yang pertama menjadi tuduhan sudah pasti pemandu. adakah dia cuai? Adakah dia lalai? Adakah lesen masih hidup? Adakah dalam mahkamah dia pernah disebut?
Sudah pasti kerajaan turut diheret. Mengapa peraturan tidak dikuatkuasa? Mana pergi tanggungjawab menjaga rakyat? Apakah agensi-agensi sudah leka?
Semua pihak mula panas. Jari dituding, mulut membalas.
"Bukan salah aku. Salah dia!"

4. Sejuk
Bila masa melangkah jauh, semua memusing kepala. Banyak lagi yang perlu difikir, banyak lagi yang perlu dizahir.

5. Lupa
Kemalangan? Bila?


Repeat as needed.

2 comments: