Saturday, October 23, 2010

Jalan-Jalan Hujung Minggu

"Wei, bosan la weekend ni."

"Jom gi mana-mana."

"Jom!"


"Eh, aku tak pernah gi Danok. Apa best sana?"

"Haa... kau sampai sana nanti tau la"

"Aku beli selipar je la ek. Selipar keyboard tu!"

"WTF. Jauh-jauh drive kau nak beli selipar je?"


"Dah beli selipar? Jom tolong aku cari jap"

"Kau nak cari apa?"

"Jap lagi kau nampak la"

"Ok......"


"Hah tengok sana"

"Yang tu ke?"

"Yup. Nampak dah?"

"Astaghfirullah...."



Jauh perjalanan, luas pandangan.

Kat Danok memang luas pandangan.

Ooohh murahnya kentang, kacang dan ikan bilis!


"Dah, jom balik."

Tuesday, October 19, 2010

Bro Atau Dude?

1. Biasa la kan. Zaman dan umur sekarang macam agak geli kalo seorang lelaki nak panggil lelaki lain 'abang' melainkan perbezaan umur yang sangat ketara. Bayangkan kalau aku panggil Idham sebagai 'abang deham'. Mesti ramai yang muntah darah.

2. Secara peribadi aku tak kisah dan tak peduli sangat pun. Kalau aku dipanggil bro, aku akan return the favor dengan bro jugak. Sama kes macam dude. Just go with flow.

3. Bro ni biasanya lebih memaparkan sifat persaudaraan dan bonding yang lebih kuat, walaupun kadang-kadang bunyi macam hipster lak. Kekadang nampak cool, kekadang nampak poyo. Dan kekadang nampak cam douchebag.

4. Dude pulak selalunya stoner yang guna. Duuuuuudddddeee..... panggil orang sambil high lepas pekena weed. Lebih kasual dan tak formal. Lepak sambil chill kat kafe tepi jalan sambil berasap dan mengushar orang lalu-lalang.

5. Oleh kerana sebutan huruf R aku tak berapa champion, maka aku memilih dude.

6. Duuuuuuuuuuuddddddeeeeee.....................

Monday, October 18, 2010

Dengki? Gunakan Agama!

1. Ada sekelompok manusia. Semua punya PHD yang sangat tebal.

2. Mereka melihat rakan-rakan mereka.

3. Rasa dengki membuak-buak melihat seorang memiliki kehidupan yang happy go lucky. Apatah lagi selalu travel keluar negara. Enjoying life and travel.

4. Sekelompok manusia ini tak boleh tahan. Mereka dengki, irihati, sakit hati. Kehidupan mereka sangat dull, bosan, macam sampah. Mereka mesti hentam orang lain.

5. Tapi apa cara? Mereka tak pernah buat apa-apa untuk senang kan kehidupan orang lain. Yang mereka tahu, orang lain tak boleh lebih baik dari mereka. Mereka harus menyerang!

6. Oh ya! Gunakan unsur agama! Buat yang lain rasa bersalah. hanya ini cara untuk naikkan jati diri mereka!

7. Dan serangan bermula. Kenapa tak pergi Mekah? Kenapa tak hantar mak bapak pergi haji? Kenapa itu? Kenapa ini? Kenapa kau mesti lebih dari aku? Kenapa??????

8. Mereka kini puas.

Tuesday, October 12, 2010

Oh Reactionist, Kau Datang Lagi

Bas eksiden lagi. Orang mati lagi. Rasanya korang semua dah tau pun. Dan pastinya ramai dah kena tag dalam gambar-gambar dan video eksiden.

Dan bila kejadian macam ni jadi, kita semua dah boleh agak apa akan berlaku. Setiap kali jadi sesuatu, benda yang sama akan berulang. Pastinya akan ada;

1. Shock & Trauma
Semua terkejut. Semua terperanjat. Semua Tak menduga. Semua Terpaku.

2. Sedih & Kasihan
Semua sedih. Nyawa yang tak berdosa melayang sekelip mata. Cedera parah tanpa diminta. Yang mati akan didoa, yang kritikal akan dijaga.

3. Drama Tuduh Menuduh
Semua mencari punca, semua mencari angkara. Persoalan perlu dijawab, amarah perlu diserap.
Yang pertama menjadi tuduhan sudah pasti pemandu. adakah dia cuai? Adakah dia lalai? Adakah lesen masih hidup? Adakah dalam mahkamah dia pernah disebut?
Sudah pasti kerajaan turut diheret. Mengapa peraturan tidak dikuatkuasa? Mana pergi tanggungjawab menjaga rakyat? Apakah agensi-agensi sudah leka?
Semua pihak mula panas. Jari dituding, mulut membalas.
"Bukan salah aku. Salah dia!"

4. Sejuk
Bila masa melangkah jauh, semua memusing kepala. Banyak lagi yang perlu difikir, banyak lagi yang perlu dizahir.

5. Lupa
Kemalangan? Bila?


Repeat as needed.

Tuesday, October 5, 2010

Teater Tun Mahathir

Malam tadi aku berkesempatan menonton Teater Tun Mahathir yang berlangsung di Istana Budaya. Tiket free, layan je la. Lagipun aku tak pernah menonton di Istana Budaya, nak tahu juga suasananya.

Pengalaman menonton teater aku tak banyak mana. Lepas aktif dalam teater di U dulu, dah makin kurang melibatkan diri. Sekadar menonton di MATIC entah berapa tahun sudah. Itu pun persembahan pelajar-pelajar tahun akhir ASWARA.

Apa yang boleh aku katakan mengenai teater Tun Mahathir?

"I've seen better"
  • Adegan banyak meleret-leret.
  • Dance choreography yang hampir sama.
  • Set / prop yang langsung tak tertutup masa keluar masuk pentas.
  • Krew production yang muncul keluar masuk.
  • Audio yang tenggelam timbul.
  • Jalan cerita yang slow.
  • Kostum / props yang recycle utk beberapa babak sama.
Pun begitu, ada dua babak yang bagi aku sangat berkesan. Babak dimana permainan drama antara Tun M dan 3 bekas timbalannya dan babak dimana Tun M mengumumkan persaraannya. Bagi aku adalah lebih baik jika 2 babak ini yang diberi perhatian lebih.

Production-wise, memang tak setanding dengan Phuket FantaSea. Jauh sekali bezanya.

Aku tertido half-way. Sampai camtu sekali.

Sunday, October 3, 2010

Selamat Pengantin Baru Ara & Ajun

3 Oktober 2010

Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak.

Wedding Ara & Ajun.

Walalalalala ACTION!


Macam mini-reunion plak.

Masing-masing bawak bini / laki / tunang / anak / badan.



WALALALALA ACTION!

Puaka senyum sick.

Max yang hmmmpphh aaaahhhhh.

Kumar takut bini.

Fariq memendam hati.

Khairul & Alia yang merancang.


Mala yang ceria.

Jojo yang hot.

Yasir yang pervert.

Abang Lan yang gilo.

Hasina yang sunburn.

Ila yang expecting.

Shira yang flirty.

Ainil yang tersengih.

Ba'ayah yang ketawa.

Aina yang grrrrrr.

Selamat Pengantin Baru!

Moga kekal ke anak cucu :D