Sunday, September 19, 2010

Selamat Pengantin Baru Shukor & Faizah

Alhamdulillah, setelah sekian lama, Shukor & Pae selamat diijabkabulkan dan dah sah jadi laki bini. Dah halal, so pandai-pandai korang la lepas ni ek :p

Seperti biasa, sebagai meraikan kegembiraan sahabat, road trip ke utara bersama Frankie.


Memecut Vios 150km/j di waktu Ops Sikap tengah on. Gila ke hapa. Tapi dengar Tiesto masa speeding memang sangat layan. Next time ingatkan aku bawak CD David Guetta / Armin Van Buuren lak.


Fariq, kau sorang je jejaka single yang masih tinggal. Rileks je bro. Jangan termakan kata-kata Shuko tu. Dulu dia pun sama cam kau gak hahahaha....


Pae. Tersengih lebar di hari persandingan. Dengan gaya rambut yang mengonfiuskan aku yang naif pasal rambut :p

Dari jauh ingatkan dia pakai songkok.

Setahun yang lepas, 5 orang yang sama berbuka puasa di Pavilion KL. Setahun kemudian, reunited di wedding lak.

Kalau ada sumur di ladang....


Mastura yang excited dan sempat mintak tips kat Pae. Takpe, kami faham. You're next!

Rosli a.k.a leLabu, yang sangat macho parking Ninja kat laluan masuk.

Anis & Razaly yang ceria luar biasa. Teringat zaman High 5 dulu :D


Selamat Pengantin Baru Shukor & Faizah. Moga bahagia ke anak cucu.

4 comments:

Mr. Moshuchi said...

terima kasih beb datang...
jauh2.
sgt2 menghargainya.
sorry la tak sempat layan korang lama2.

terima kasih kpd semua yg datang..juga yg meraikannya dari jauh (tak dapat datang).

Anonymous said...

ooohhh..i like the part where u said setahun lepas di pavilion..complete with almost the same picture..heheh.. i guess, friends forever and forever friends

marmalade said...

alahhhhhhhhh sedihhhhhh :(
hayati miss!

j.e.j.a.r.i. said...

hadi : kata si tukang solek, gaya rambut tu terpaksa dibuat tinggi sbb crown tu besar & tinggi. jd sy yg juga naif psl rambut jd pasrah di situ :-)

nway..thank you so much guys sudi dtg jauh2 meraikan ktorg. yaa..frens forever :-)